Pergi ke kandungan

Dukun Diva

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dukun Diva
GenreDrama, komedi, seram
Ditulis olehAlfie Palermo
PengarahAriff Zulkarnain
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Jangan Terlepas Pandang" oleh Wani Kayrie
Lagu penutup"Jangan Terlepas Pandang" oleh Wani Kayrie
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu Malaysia
Bilangan episod8
Penerbitan
Penerbit eksekutifRaja Jastina Raja Arshad
Penerbit
LokasiMalaysia
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Penyiaran
Saluran asalAstro Citra
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal6 Disember 2021 (2021-12-06) – 24 Januari 2022 (2022-01-24)
Kronologi
MengikutiI-Tanggang
Diikuti olehKuasa

Dukun Diva: They Put the Sham in Shaman ("Mereka Memalukan Dukun Lain") ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 yang dicipta dan ditulis oleh Alfie Palermo dan diarahkan oleh Ariff Zulkarnain, dibintangi oleh Nadia Aqilah, Eyka Farhana, Emelda Rosmila, Tony Eusoff, Adlin Aman Ramlie, Siti Khadijah Halim, Kahoe Hon dan Aloy Paradoks.[1][2][3] Siri ini diuar-uarkan sebagai drama Malaysia pertama yang menampilkan watak seorang penipu ('con artist’) dan 'antiwira' wanita.[4][5] Ia diterbitkan Astro di bawah jenama Originals dan disiarkan di Astro Citra bermula 6 Disember 2021 sehingga 24 Januari 2022.[6]

Mengisahkan tentang Rubiah Samsudin atau gelaran popularnya Che Yah gagal menjadi pelakon terkenal dan kini bekerja sebagai wanita pelayan pelanggan (GRO) di sebuah kelab malam. Hakikat tersebut menyebabkan Che Yah sangat malu untuk pulang menemui keluarganya di kampung. Satu hari, Che Yah menerima panggilan daripada hospital memaklumkan kakaknya, Aishah sedang nazak. Di sini bermulanya perubahan dalam hidup Che Yah bila mengetahui dia bakal menjaga anak saudaranya, Lola seorang remaja yang bermasalah.

Ketegangan mula berlaku di antara Che Yah dan Lola. Dalam pada masa yang sama mereka telah didatangi didatangi oleh Abang Long yang mengugut untuk membunuh Che Yah jika tidak membayar hutangnya. Mereka terpaksa mencari jalan bagi menyelesaikan hutang Che Yah serta menyelamatkan nyawa mereka.

Barisan pelakon

[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]
Nadia Aqilah sebagai Che Yah

Pelakon undangan

[sunting | sunting sumber]

Senarai pisod

[sunting | sunting sumber]
No.TajukTarikh penyiaran asal
1"Rubiah Samsudin The Primadona"6 Disember 2021 (2021-12-06)
2"Happy, Together, Forever"13 Disember 2021 (2021-12-13)
3"Giselle, Oh Giselle"20 Disember 2021 (2021-12-20)
4"Kita Family"27 Disember 2021 (2021-12-27)
5"Camp Cinta Abadi"3 Januari 2022 (2022-01-03)
6"Che Yah's Beauty Cream"10 Januari 2022 (2022-01-10)
7"You, Me and Jeju"17 Januari 2022 (2022-01-17)
8"Mengejar Mimpi"24 Januari 2022 (2022-01-24)

Pembikinan

[sunting | sunting sumber]

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Idea asal Dukun Diva dikembangkan Alfie Palermo, pemenang anugerah Skrip Terbaik di Anugerah International Motivational Film Festival Bridge of Arts (IMFF), Rusia pada tahun 2016 dan Lakon Layar Terbaik di Anugerah Lawak Warna 2015. Ia diarahkan oleh Ariff Zulkarnain yang pernah mengarahkan telefilem Shiba Shiba Doo, Cerai dan Rompak Raya.[4][8][9][10]

Dukun Diva memulakan siaran perdana di saluran Astro Citra pada 6 Disember 2021 menggantikan i-Tanggang.[11][12][13]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2022 Anugerah Seri Angkasa 2022 Drama Bersiri TV Terbaik Dukun Diva Menang [14]
  1. ^ a b c d e f g h i "Dukun Diva". My Infotaip. 6 Disember 2021. Dicapai pada 15 September 2022.
  2. ^ Najiy Jefri (3 Disember 2021). "Dukun Diva ada kelainan". Harian Metro. Dicapai pada 6 Januari 2022.
  3. ^ Helmi Anuar (7 Disember 2021). "'Dukun Diva' Menghiburkan!". Getaran. Dicapai pada 6 Januari 2022.
  4. ^ a b "'Dukun Diva' tampil seribu kelainan, papar kisah 'female con artist' pertama di Malaysia" (Kenyataan media). Astro Awani. 3 Disember 2021. Dicapai pada 27 Disember 2021.
  5. ^ RD Minion (6 Disember 2021). "Astro Originals Brings An Anti-Hero Story Featuring Malaysia's First Female Con Artists With 'Dukun Diva'". Rojak Daily. Astro Gempak. Dicapai pada 27 Disember 2021.
  6. ^ Azwa Rahman (24 Januari 2022). "Siapa Yang Terkena & Mengena? Semuanya Terjawab Dalam Episod Akhir Dukun Diva Malam Ini". Astro Gempak. Dicapai pada 7 Ogos 2022.
  7. ^ a b Fiza Kamarudin (2 Disember 2021). ""Tak Susah Cari Keserasian, Hari Pertama Jumpa Pun Terus 'Click'…" – Gandingan Mantap Eyka Farhana & Nadia Aqilah Dalam Dukun Diva". Astro Gempak. Dicapai pada 30 November 2022.
  8. ^ "DUKUN DIVA DIINSPIRASIKAN DARI ISU ISU SEBENAR BERLAKU DI MALAYSIA". Fariza Saidin. 13 Disember 2021. Dicapai pada 7 Ogos 2022.
  9. ^ "DRAMA BERSIRI DUKUN DIVA, MENGETENGAHKAN NORMALISASI MASYARAKAT DENGAN KEUNIKAN TERSENDIRI". Ruby.my. 1 Disember 2021. Dicapai pada 7 Ogos 2022.
  10. ^ "Dukun Diva Angkat Tema 'Female Con Artist', Kisah Dukun Palsu Tipu Jutawan Kosmetik Demi Wang". Kopiplanet. 4 Disember 2021. Dicapai pada 30 November 2022.
  11. ^ Ain Mahthir (10 Disember 2021). "Dukun Diva Ganti I-Tanggang, Baru Episod 1 Dah Raih Perhatian!". Himpunan Cerita Lawak. Dicapai pada 7 Ogos 2022.
  12. ^ "DUKUN DIVA, Drama Komedi dan Aksi Yang Cukup Menghiburkan". Ayu Arjuna. 1 Disember 2021. Dicapai pada 15 September 2022.
  13. ^ Fiza Kamarudin (6 Disember 2021). ""Astro Originals Tak Pernah Mengecewakan, Tak Sabar Nak Tengok Dukun Diva Malam Ni!" – Ramai Dah Tak Sabar". Astro Gempak. Dicapai pada 18 Oktober 2022.
  14. ^ Syafiqah Jalal (30 Oktober 2022). "Anugerah Seri Angkasa 2022: Dukun Diva rangkul Drama Bersiri TV Terbaik". Astro Gempak. Dicapai pada 3 November 2022.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]