Derg
Derg[ue] (Bahasa Ge'ez: ደርግ, bermaksud "jawatankuasa" atau "majlis") adalah nama pendek Jawatankuasa Selenggara Angkatan Tentera, Polis dan Tentera Wilayah yang memerintah Habsyah dari tahun 1974 sehingga tahun 1987 dengan nama rasminya Pemerintah Tentera Sementara Sosialis Habsyah, setelah menggulingkan Haile Selassie I pada tahun 1975. Pihak ini berpegang kepada ideologi Komunisme dengan tujuan menghapuskan feudalisme, membuat dasar-dasar pembaharuan tanah baru, celik huruf dan pendidikan dalam kalangan rakyat negara itu.
Pembentukan
[sunting | sunting sumber]Pergerakan ini bermula tidak lama selepas revolus yang bergolak pada tahun 1974, terutamanya oleh salah laku askar-askar Briged ke-4 Divisyen Tentera Darat ke-4 Nagelle[1] yang berpunca daripada ketidakpuasan briged tersebut dengan bekalan yang diberikan kepada mereka sehingga menahan komander mereka dan pegawai-pegawai lain.
Sebuah "Jawatankuasa Selenggara Angkatan Tentera, Polis dan Tentera Wilayah" dibentuk sebagai tindak balas kepada ketidakupayaan pemerintah sedia ada bagi menangani kes dahagi dalam kalangan anggota tentera ketika itu.
Akhir pemerintahan
[sunting | sunting sumber]Sebuah referendum meluluskan suatu perlembagaan baru untuk Republik Rakyat Demokratik Habsyah yang baru mengakhiri pemerintahan pihak Derg secara rasmi pada 22 Februari 1987, namun pemerintahan baru tidak memansuhkan pihak tersebut secara rasmi sehingga pada bulan September yang sama.[2] Anggota-anggota Derg yang masih hidup, termasuk Mengistu, kekal dalam pemerintahan rejim baru ini.
Menjelang akhir bulan Januari 1991, gabungan pasukan pemberontak iaitu Barisan Revolusi Rakyat Demokratik Habsyah menawan Gondar, Bahar Dar dan Dessie manakala Barisan Pembebasan Rakyat Eritrea telah menguasai semua kawasan Eritrea kecuali Asmara dan Assab di selatan. Keadaan Kesatuan Soviet yang begitu rapuh menyebabkan negara tersebut tidak mampu lagi memeberikan sokongan mereka kepasda pihak Derg.[3] Mengistu melarikan diri dari negara tersebut pada 21 Mei ke suatu pangkalan di selatan Ethiopia, kemudiannya ke Kenya di mana beliau dan keluarga terdekatnya berlepas ke Zimbabwe mendapatkan suaka di sana.
Senarai Pengerusi
[sunting | sunting sumber]- Aman Mikael Andom (12 September 1974 – 17 November, 1974)
- Mengistu Haile Mariam (17 November 1974 – 28 November 1974, penggal pertama)
- Tafari Benti (28 November 1974 – 3 Februari 1977)
- Mengistu Haile Mariam (3 Februari 1977 – 10 September 1987, penggal kedua; sebagai pemangku pada 11 Februari 1977)
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Bahru Zewde, 'The Military and Militarism in Africa: The Case of Ethiopia,' 269-70, citing Hall 1977, 115-119, in Hutchful and Bathily, 'The Military and Militarism in Africa,' CODESRIA, 1998, ISBN 2-86978-069-9
- ^ Templat:Country study
- ^ Henze 2000, 322.