Gerakan Mansuhkan ISA
Gerakan Mansuhkan ISA merupakan satu gerakan bersepadu daripada NGO di Malaysia terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri Malaysia (ISA). ISA telah diperkenalkan di Malaysia oleh penjajah British sejak 1948 bagi membendung keganasan komunis yang menyerang lombong bijih timah, ladang getah milik majikan British dan orang awam selain pasukan keselamatan.
Gerakan Mansuhkan ISA bermula pada Oktober 2008 selepas beberapa negeri tumbang ke tangan Pakatan Rakyat pada 8 Mac 2008. Perhimpunan Bersih diadakan di Kuala Lumpur dan mendapat sambutan dari kalangan rakyat. Perarakan menghantar memorandum bantahan terhadap PPSMI dilakukan oleh Gerakan Mansuhkan PPSMI atau singkatnya GMP. Perhimpunan Hindraf di Jalan Ampang dan Batu Caves pada 2007 juga mendapat sambutan dari kaum India dan ramai pemimpinnya ditahan di bawah ISA.
Pra perlancaran GMI diadakan di Stadium Bandar Baru Bangi oleh pemimpin kanan PAS iaitu Mohamad Sabu. Pemimpin lain yang turut hadir ialah Arulchelvam dari PSM, isteri Raja Petra Kamaruddin dan lain-lain.
Ahli-ahli GMI
[sunting | sunting sumber]
Malaysia (GAMIS)
|
|
Isu
[sunting | sunting sumber]Agus Salim
[sunting | sunting sumber]Pada 1 Mac 2009, Agus Salim seorang rakyat Indonesia telah ditahan mengikut ISA dan telah dimaklumkan kepada majikannya pada hari dia ditangkap iaitu 1 Mac .Lawatan keluarga tahanan tidak dapat diadakan dalam tempoh yang cepat atas permintaan adik tahanan itu sendiri, Watini Saputri. Puncanya adik perempuan Agus Salim itu mahu menunggu ketibaan ibu mereka, Kartem dan abangnya Junaidi Bahari dari Medan, Sumatera, Indonesia. Mulanya Kartem tinggal sementara di rumah rumpangan yang disediakan oleh GMI, kemudian berlepas ke Johor Bahru.
Pada 23 April 2009, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyatakan tuduhan Gerakan Mansuhkan ISA tidak tepat. Sebenarnya anggota polis tidak memberi tekanan kepada anggota keluarga Agus Salim yang kini ditahan mengikut ISA. Laporan Malaysiakini bertajuk 'Innocent Until Proven Guilty' dan 'Police Pressure ISA Detainee's Family yang disiarkan pada 21 April 2009 tidak benar. Telefon bimbit dan pasport Kartem hanya diambil untuk simpanan sementara kerana tidak boleh dibawa masuk.[1]
Pembebasan tahanan ISA
[sunting | sunting sumber]Pada 2 April 2009, kerajaan mengumumkan pembebasan 13 tahan ISA. Tindakan ini dianggap mengikut jejak bekas Presiden Mesir Anwar Sadat membebaskan semua tahanan Ikhwan Muslimin ketika baru mengetuai kerajaan Mesir. Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan pembebasan ini sebagai langkah popular sebelum pilihan raya kecil sahaja.[2]
Bil | Nama | Tuduhan | Ditahan pada |
---|---|---|---|
1. | Wan Amin Wan Hamat | Jemaah Islamiyah (JI) | 2003 |
2. | Pakana Selama | Darul Islam (DI) | 2006 |
3. | Mohd Arasad Patangari | Darul Islam (DI) | 2006 |
4. | Idris Lanama | Darul Islam (DI) | 2006 |
5. | A Artas A Burhanuddin | Darul Islam (DI) | 2006 |
6. | Binsali Omar | Darul Islam (DI) | 2006 |
7. | Mohd Nazri Dollah | Darul Islam (DI) | 2006 |
8. | Francis Indanan | Darul Islam (DI) | 2006 |
9. | Amir Hussain | Dokumen Palsu | 2006 |
10. | Sundaraj Vijay | Dokumen Palsu | 2006 |
11. | San Khaing | Dokumen Palsu | 2006 |
12. | R.Kenghadharan | Hindraf | 2007 |
13. | V.Ganabatirau | Hindraf | 2007 |
Pemansuhan ISA
[sunting | sunting sumber]Pada 15 September 2011, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan total Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh menyatakan pemansuhan ini membuktikan berlaku kezaliman semenjak ISA dilaksanakan oleh British dan diteruskan oleh kerajaan Malaysia.Sidang media tergempar GMI bersama Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pada 16 September 2011.Turut hadir ialah bekas tahanan ISA, Mat Sah Satray, isterinya Norlaila Othman dan AJK PAS Pusat, Nuridah Salleh.
GMI mahu Perdana Menteri menetapkan tempoh masa ISA akan dimansuhkan. Jika lebih dua tahun, tentulah tidak bermakna. Usul pemansuhan ISA hendaklah dibentangkan pada sesi Parlimen 4 Oktober, November dan Disember akan datang. Tahanan dan keluarga mereka hendaklah dibayar pampasan berdasarkan tempoh tahanan dan kadar siksaan. Kem Tahanan Kamunting mesti ditutup dan dijadikan warisan dunia seperti Robben Island di Afrika Selatan.[3]
Tranformasi ISA ini akan melibatkan :
- Perlembagaan Persekutuan;
- Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960;
- Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) (No. 5) 1969;
- Akta Kediaman Terhad 1933;
- Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1964;
- Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1979;
- Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984;
- Akta Buang Negeri 1959;