Bahau
Bahau | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Negeri Sembilan |
Daerah | Jempol |
Pentadbiran | |
• Ahli Dewan Undangan Negeri (N8) | Chew Seh Yong (DAP) |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 36,645 |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | Tidak tersedia |
Kod panggilan kebangsaan | 06 |
Koordinat: 2°49′N 102°25′E / 2.817°N 102.417°EBahau ialah sebuah bandar di dalam daerah Jempol, Negeri Sembilan. Ia terletak 11 km dari Bandar Seri Jempol dan 24 km dari Kuala Pilah. Pusat bandarnya yang bersaiz sederhana terdapat satu jalan utama (Jalan Besar ) dan 4 lagi jalan lain , dan sebuah stesen bas ,dan sebuah stesen keretapi KTM.
Stesen bas disini menempatkan bas United, Eng Giap, dan SKB. Stesen keretapi Bahau pula adalah bagi line Pantai Timur iaitu line Gemas - Bahau - Mentakab - K.Lipis - Tumpat.
Bandar ini berkembang dan kini terdapat Kiara Square, pasaraya Lotus's , pasaraya Econsave, Pasaraya NSK dan Pasaraya Zemart. Restoran makanan segera seperti KFC, MCD, Marrybrown, PizzaHut, Dominos dan Subway juga terdapat di dalam bandar ini. Kawasan komersial Taman ACBE dan Taman Sornam yang bersebelahan dengan SK St Aidan memanjangkan lagi kawasan bandar ini, dan kini bangunan komersial baharu sedang dibina berhampiran dengan SMK Datuk Mansor lalu menjadikan bandar ini sibuk dengan ramai penghuni.
Bandar Bahau adalah destinasi membeli-belah utama bagi penduduk penduduk dari gugusan ladang sawit dan getah Felda yang luas dari mukim Pasoh, Sg Lui, Serting, dan Palong. Kebanyakan penduduknya bekerja dalam sektor pertanian, perladangan , diikuti sektor perkhidmatan dan perniagaan.
Antara tempat yang menarik di sini ialah Teratak Za'ba, Jalan Penarikan dan Bukit Taisho.
Terdapat sebuah kampung yang diberi nama Kampung Jambu Lapan dimana wujudnya laluan bersejarah yang lebih dikenali sebagai jalan Penarikan. Berdasarkan sumber maklumat yang boleh dipercayai, Hang Tuah, pahlawan dari Melaka yang terulung, sering menggunakan laluan ini.
Demografi
[sunting | sunting sumber]Penduduk Bahau secara amnya terdiri daripada majoritinya kaum Cina, Melayu (dari kawasan Felda di pinggir bandar) dan India, yang tinggal di kawasan bandar dan ladang-ladang di pinggir.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Lui Barat (SMKLB)
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ladang Glendale
- Perpustakaan Awam Pekan Bahau (Tel: 06-4542036)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mansor
- Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Serting
- SRK ST AIDAN
- Sekolah Menengah Agama Haji Muhamad
- Sekolah Kebangsaan Jempol
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chi Wen
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bahau
- Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau
Pengangkutan
[sunting | sunting sumber]Jalan
[sunting | sunting sumber]Bahau dihubungkan melalui jalan persekutuan dan batang jalan ke Kuala Pilah, Tampin dan Gemas di Negeri Sembilan manakala Kemayan atau Sungai Lui di Pahang.
Keretapi
[sunting | sunting sumber]Bahau boleh diakses melalui kereta api, yang merupakan salah satu stesen utama di landasan keretapi Pantai Timur yang bermula dari Gemas di selatan ke Tumpat di utara. Stesen kereta api tersebut terletak berhampiran Taman Kwang Hup.
Kawasan bandar
[sunting | sunting sumber]Mahsan, Jelai dan Rompin, merupakan kawasan di pinggir bandar yang memendekkan jarak perjalanan dari Bahau.
Taman Perumahan
[sunting | sunting sumber]- Taman Bahau
- Taman Rasa Sayang
- Taman Cempaka
- Taman Angkasa
- Taman Khaya
- Taman Kwang Hup 2
- Taman Margosa
- Taman ACBE
- Taman Seri Jempol
- Taman Satelite 2
- Taman Serting Jaya
- Taman Kepayang
- Taman Putra
- Taman Meranti
- Taman Bidara
- Rumah Rakyat Jambu Lapan
- Taman Desa Puteri
- Taman Kasih Putra
- Taman Satelite
- Taman Desa Penarikan
- Taman Sornam
- Taman Tunku Puan Chik
- Bandar IOI Bahau
- Taman Juara
Kampung
[sunting | sunting sumber]- Kampung Pak Ka Choon
- Kampung Batu Bakar
- Kampung Cina, Bahau
- Kampung Bukit Laka
- Kampung Kuala Jempol
- Kampung Padang Lalang
- Kampung Bukit Kelulut
- Kampung Lonek
- Kampung Indah, Bahau