Alkimia
Dalam sejarah sains, alkimia (bahasa Arab: الكيمياء, al-kimia) atau kimia kuno merujuk kepada kedua-dua jenis penyelidikan sains alam dan disiplin falsafah dan rohaniah yang menggabungkan unsur kimia, metalurgi, fizik, perubatan, astrologi, semiotik, mistik, spiritualisme dan seni yang digabungkan menjadi suatu daya yang kuat. Alkimia sudah lama diamalkankan di Mesopotamia, Mesir Purba, Parsi, India, China, dalam Yunani Purba dan Rom Purba, dalam Tamadun Islam, dan di Eropah hingga kurun ke-19 dalam jaringan sekolah yang kompleks dan sistem falsafah yang menjangkau kira-kira 2500 tahun.
Alkimia Barat sentiasa dikaitkan dengan Hermeticism, satu sistem falsafah dan spiritual yang bertunjangkan Hermes Trismegistus, seorang syncretic dewa Mesir-Yunani dan ahli alkimia lagenda. Dua disiplin ini mempengaruhi kelahiran Rosicrucianism, satu penggerak penting esoteric pada kurun ke-17. Dalam zaman moden awal, aliran teras alkimia bertukar menjadi kimia moden.
Hari ini disiplin alkimia cuma menarik minat ahli sejarah sains dan falsafah, dan untuk ciri-ciri aspek mistik, esoterik, dan artistiknya. Walau bagaimanapun, alkimia merupakan salah satu pelopor utama dalam sains moden, dan banyak bahan dan proses kimia kuno terus menjadi asas dalam kimia moden dan industri logam.
Walaupun alkimia mempunyai banyak bentuk berlainan, dalam budaya kini, ia banyak digambarkan dalam cerita, filem, wayang dan permainan sebagai proses untuk menjadikan plumbum (atau unsur logam murah yang lain) kepada emas. Selain itu, alkimia juga digambarkan merujuk kepada pencarian batu ahli falsafah, yang boleh mengubah kepada emas atau menambah hayat.
Alkimia sebagai penyelidikan tentang alam
[sunting | sunting sumber]Persepsi masyarakat pada ketika itu menganggap ahli alkimia adalah pseudosaintis, penipu dan orang yang mengaku dirinya pandai akan sesuatu, yang menguji bagaimana hendak menukar bahan murah kepada emas, mempercayai bahawa Bumi terkandung daripada empat elemen utama iaitu tanah, air, api dan angin, dan menghabiskan masa mereka-reka sesuatu yang ajaib, racun, dan penawar magis.
Walaupun sesetengah ahli alkimia dianggap seorang yang mengada-ngada, penipu dan mengaku dirinya pandai, kebanyakan daripada mereka merupakan sekular yang berpengetahuan tinggi dan saintis yang berwibawa seperti Isaac Newton dan Robert Boyle. Pencipta-pencipta ini mencuba untuk menyiasat tentang keadaan semulajadi bahan kimia dan prosesnya. Mereka perlu bergantung kepada eksperimen, mencuba secara tradisional, peraturan ibu jari, dan pemikiran spekulatif bagi membongkar rahsia alam semesta yang dikaji.
Dalam masa yang sama, adalah jelas kepada ahli alkimia bahawa sesuatu yang terlibat dalam proses kimia disimpan, walaupun dalam perubahan yang amat ketara dari segi fizikal dan rupa; adalah, bahan itu mengandungi "prinsip" yang mungkin disembunyikan dalam bentuk luaran dan didedahkan menggunakan manipulasi yang betul. Menerusi seluruh sejarah disiplin, ahli alkimia berusaha untuk memahami keadaan semulajadi prinsip-prinsip tersebut, dan mencari beberapa susunan dan memahami keputusan eksperiment kimia mereka yang sering dilemahkan oleh reagen yang tidak berkualiti, kekurangan pengukuran kuantitatif, dan sistem penamaan yang membingungkan dan tidak selaras.
Alkimia sebagai falsafah dan disiplin spiritual
[sunting | sunting sumber]Objektif utama ahli alkimia yang terkenal ialah mengubah logam biasa kepada emas, bahan yang boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dan memanjangkan hayat. Walaupun perkara tersebut bukanlah kegunaan utama bidang Sains, tetapi telah didokumentasikan secara meluas dan sangat terkenal. Bermula dari zaman pertengahan lagi, ahli alkimia Eropah telah berusaha untuk mencari batu falsafah, bahan kuno yang dikatakan dapat menambahkan secara mendadak pengetahuan seseorang tentang alkimia. Ahli alkimia pada zaman itu sangat berpengaruh walaupun bukan pada asalnya mencari sesuatu yang tiada, tetapi mengkaji sesuatu yang seterusnya menjadi asa kepada kimia moden.
Dalam erti kata yang lain, ahli alkimia tidak pernah berpendapat memisahkan aspek kimia fizikal mereka dari pandangan metafizik. Ini dapat dilihat dalam kimi moden di mana ahli kimia meminjam perkataan yang tidak ada dalam dokumen alkimia daripada kitab-kitab pagan dan Bible untuk memudahkan pengenalan sesuatu.
Sejak dari zaman pertengahan, beberapa ahli alkimia memilih untuk melihat aspek metafizik tersebut sebagai asas utama alkimia, bahan kimia, keadaan fizikal, proses bahan dan metafora kepada transformasi. Oleh itu, simbol-simbol alkimia dilihat mempunyai pelbagai makna, rujukan, dan analagi kepada perkara yang berlainan. Kebanyakkannya perlu di dekod untuk mengetahui makna sebenar yang tersirat.
Alkimia dan astrologi
[sunting | sunting sumber]Sejak dari zaman awalnya, alkimia telah berkait rapat dengan astrologi-seperti di dunia Islam dan Eropah, yang bermaksud tradisi sekolah astrologi orang Yunani. Sistem alkimia sering diterima iaitu setiap satu dari tujuh planet dikenalpasti dalam penandaan astrologi purba atau di kaitkan dengan beberapa logam. Dalam Hermatisma, ia dikaitkan dengan kedua-dua astrologi dan theurgi. "Setiap yang telah berlaku tidak akan berlaku lagi. Tetapi apa yang berlaku dua kali akan pasti berlaku pada kali yang ketiga." Satu pepatah dari buku The Alchemist.
Alkimia pada zaman Sains
[sunting | sunting sumber]Alkimia barat merupakan pendahulu kimia moden. Ahli alkimia menggunakan pelbagai alatan yang sama pada hari ini. Aalatan tersebut bukan seteguh dan baik seperti sekarang terutama pada zaman [[Kegelapan Eropah. Kebanyakan cubaan penukaran gagal apabila ahli alkimia secara tidak sengaja mencipta unsur yang tidak stabil ditambah dengan keadaan yang tidak selamat.
Higga ke kurun ke-16, alkimia telah dianggap ilmu sains yang penting di Eropah. Sebagai contoh, Issac Newton telah memberi sepenuh masa terhadap penulisan alkimia berbanding dengan subjek yang lain seperti optik atau fizik. Antara ahli alkimia yang terkenal di Barat pada waktu itu ialah Roger Bacon, Saint Thomas Aquinas, Tycho Brahe, Thomas Browne, dan Parmigianino. Namun begitu, alkimia semakin tidak dapat diterima sejak kurun ke-18 di mana kelahiran kimia moden yang lebih persis dan situasi kerjanya yang lebih selamat telah menidakkan keupayaan alkimia.
Dalam kurun ke-19, seorang ahli kimia yang terkenal, Baron Carl Reichenbach, bekerja dalam konsep yang sama seperti alkimia kuno seperti daya Odic, tetapi kajiannya tidak diterima dalam aliran sains yang utama pada waktu itu.
Penukaran jirim, objektif utama alkimia, menjadi nyata pada kurun ke-20 apabila ahli fizik berja menukar atom plumbum kepada atom emas secara tindak balas nuklear. Walau bagaimanapun, atom emas yang baru itu telah menjadi isotop yang tidak stabil di mana ia hanya bertahan selama 5 saat sebelum terurai semula.
Penggunaan symbol alkimia telah digunakan secara meluas pada kurun ke-20 oleh Ahli Psikologi dan falsafah.
Alkimia sebagai subjek pengkajian sejarah
[sunting | sunting sumber]Sejarah alkimia sudah menjadi bidang akademik yang luas. Oleh sebab bahasa alkimia hermetic telah banyak di ketahui, para sejarawan menjadi lebih cenderung untuk mengkaji hubungan di antara displin dan segi sejarah budaya Barat seperti sosiologi dan psikologi komuniti cendekiawan, kabbalalisma, spiritualisma, Rosikrusianisma, dan pelbagai gerakan mistik yang lain umpamanya kriptografi, ilmu sihir, dan evolusi Sains dan falsafah.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Cavendish, Richard (1967). The Black Arts. New York: Perigee Books.
- Calian, George-Florin (2010). Alkimia Operativa and Alkimia Speculativa. Some Modern Controversies on the Historiography of Alchemy. Annual of Medieval Studies at CEU.
- Eliade, Mircea (1978). The Forge and the Crucible. Chicago: University of Chicago Press. ISBN 9780226203904.
- Gettgins, Fred (1986). Encyclopedia of the Occult. London: Rider.
- Hart-Davis, Adam (2003). Why does a ball bounce? 101 Questions that you never thought of asking. New York: Firefly Books.
- Marius (1976). On the Elements. Berkeley: University of California Press. ISBN 0-520-02856-2. Trans. Richard Dales.
- Weaver, Jefferson Hane (1987). The World of Physics. New York: Simon & Schuster.
- Zumdahl, Steven S. (1989). Chemistry (ed. 2nd ed.). Lexington, Maryland: D.C. Heath and Company. ISBN 0-669-16708-8.
|edition=
has extra text (bantuan) - Greenberg, Adele Droblas (2000). Chemical History Tour, Picturing Chemistry from Alchemy to Modern Molecular Science. Wiley-Interscience. ISBN 0-471-35408-2.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Falsafah-falsafah alternatif yang berkaitan
[sunting | sunting sumber]- Western mystery tradition
- Astrologi
- Necromancy, magic, magick
- Esoterikisme, Rosicrucianism, Illuminati
- Taoisme dan Lima Unsur
- Asemic Writing
- Kayaku-Jutsu
- Akupunktur, moxibustion, ayurveda, homeopati
- Antroposofi
- Psikoology and Carl Jung
- New Age
- Tay al-Ard
Hubungan dengan Sains
[sunting | sunting sumber]- Kimia
- Fizik
- Kaedah Saintifik
- Protosains, Pseudosains, dan Anti-sains
- Obsolete scientific theories
- Historicism
Bahan-bahan ahli kimia kuno
[sunting | sunting sumber]- plumbum • timah • besi • kuprum • raksa • perak • emas
- fosforus • sulfur • arsenik • antimoni
- vitriol • raksa mentah • pirit • orpiment • galena
- magnesia • kapur tohor • potash • natron • sendawa • kohl
- ammonia • ammonium klorida • alkohol • camphor
- Asid: sulfurik •muriatik • nitrik • asetik • formik • sitrik• tartarik
- aqua regia • gunpowder
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Dictionary of the History of Ideas: Diarkibkan 2008-03-10 di Wayback Machine Alchemy
- A 16th century lab in a 21st century lab : Analytical study of the archaeological remains of an alchemical laboratory
- The Story of Alchemy and the Beginnings of Chemistry, 1913, from Project Gutenberg
- Azogue Journal: Articles, news, conferences, and electronic library with some 350 15th- and 20th-century works in alchemy.
- International Conference on history of alchemy.
- "Transforming the Alchemists", New York Times, August 1, 2006. Historical revisionism and alchemy.
- The Alchemy website - Alchemy from a metaphysical perspective.
- Alchemy, Systems Theory, and Psychology - Online Article
- River of Enlightenment Hermetic Magick & Alchemy Forums