520-an SM
Penampilan
Milenium: | Milenium ke-2 SM • Milenium ke-1 SM • Milenium ke-1 |
Abad: | Abad ke-7 SM • Abad ke-6 SM • Abad ke-5 SM |
Dekad | 550-an SM • 540-an SM • 530-an SM • 520-an SM 510-an SM • 500-an SM • 490-an SM |
Dekad 520-an SM merupakan tahun-tahun dari 529 SM hingga 520 SM.
Peristiwa dan arah aliran
[sunting | sunting sumber]- 529 SM - Cambyses II, putera Cyrus II, memulakan pemerintahannya, dan menaklukkan Mesir dan Cyprus.
- 528 SM - Gautama Buddha mencapai Makrifat, dan memulakan pengkhutbahannya. Beliau mengasaskan Buddhisme, sebuah agama dunia yang utama, di India.
- 526 SM - Psammetichus III mewarisi Amasis II sebagai raja Mesir.
- 525 SM - Cambyses II, raja Parsi, menaklukkan Mesir selepas menewaskan Psammetichus III. Tarikh ini telah dianggap sebagai keakhiran Dinasti Kedua Puluh Enam, dan permulaan Dinasti Kedua Puluh Enam.
- k.k. 525 SM - Duit syiling mula mempunyai imej pada dua belah.
- k.k. 525 MM - Arca Kroisos dari perkuburan di Anavysos, dekat Athens dicipta, dan kini berada di Muzium Arkeologi Negara, Athens.
- 522 SM - Smerdis mewarisi Cambyses II sebagai raja Parsi.
- 522 SM - Babylon memberontak terhadap pemerintahan Parsi.
- 521 SM - Darius I, anak lelaki pegawai kerajaan, mewarisi Smerdis sebagai raja Parsi.
- 521 SM - Pemberontakan Babylonia terhadap pemerintahan Parsi ditumpaskan.
- 520 SM - Zhou Dao Wang menjadi raja Dinasti Zhou di China, tetapi mangkat sebelum hujung tahun ini.
- 520 SM - Cleomenes I mewarisi Anaxandridas sebagai raja Sparta (tarikh anggaran).
- k.k. 520 SM - Arca Kore dari Chios(?) dicipta, dan kini berada di Muzium Akropolis, Athens.
- 520 SM - 510 SM - "A. D." Painter melukis "Wanita-wanita di rumah air pancut", dengan menggunakan hiasan susuk tubuh hitam pada hidria. Gambar itu kini berada di Muzium Seni Halus, Boston.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 525 SM - Aeschylus, penulis drama tragedi Yunani (maut 456 SM).
- 522 SM - Pindar, pemuisi Yunani.
- 520 SM - Panini, ahli nahu Hindu India (maut 460 SM).
Kematian
[sunting | sunting sumber]- Julai 529 SM - Cyrus Agung, raja Parsi kuno.
- 527 SM - Mahavira, reformis utama Jainisme (lahir 599 SM).
- 527 SM - Peisistratus, jeneral Athens.
- 525 SM - Anaximenes dari Miletus, ahli falsafah Yunani (lahir 585 SM).
- 525 SM - Psammetichus III, firaun tarakhir Dinasti Kedua Puluh Enam Mesir.
- Mac 521 SM - Pembunuhan diri Cambyses II, raja Parsi.
- Oktober 521 SM - Smerdis, raja Parsi kuno.