Pergi ke kandungan

Waris Kasih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Waris Kasih
GenreDrama, konflik
PenciptaPnut Syafinaz
Ditulis olehNazli Jaafar
PengarahZul Huzaimy
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod14
Penerbitan
PenerbitMohd Ruslan Osman
Tengku Noraishah Tengku Abdul Aziz
Tempoh siaran40
Syarikat penerbitan
Temenggong Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal31 Ogos 2015 – 7 Oktober 2015

Waris Kasih ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2015 arahan Zul Huzaimy lakonan Johan As'ari, Zamarul Hisham, Farisha Irwayu dan Nisha Dirr. Siri ini bersiaran di Slot Azalea TV3 dari 31 Ogos 2015 hingga 7 Oktober 2015 menggantikan Padamu Aku Bersujud.[1]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

20 tahun yang lalu, Long yang masih berusia 18 tahun tinggal bersama ibunya dan adik-beradiknya iaitu Zurina (15 tahun), Zuriati (12 tahun), Zairul (10 tahun) dan Zamani (5 tahun). Zurina seorang pelajar yang cemerlang manakala Zuriati seorang yang pendiam dan sering memendam perasaan. Zairul pula seorang yang nakal dan degil.

Selepas ayah mereka meninggal dunia, Long menolong ibunya Wan Puteh menoreh getah dan menjual nasi lemak untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga. Long dan Kamarul berkawan baik. Walaupun masing-masing menyimpan perasaan cinta tetapi tidak diluahkan. Sahak sering mendesak Wan Puteh menjual tapak rumah itu bagi melangsaikan hutang arwah suaminya. Malahan, Sahak yang cemburu melihat anak saudaranya, Kamarul berkawan baik dengan Long telah meminta Wan Puteh mengahwinkan Long kepadanya. Long bernasib baik kerana Pak Chu, adik kepada arwah ayah tampil untuk membantu menyelesaikan hutang tersebut.

Namun, hari-hari yang senang tidak lama apabila Wan Puteh meninggal dunia akibat patukan ular. Bermulalah kehidupan Long membesarkan adik-adiknya sendirian setelah berhenti sekolah. Long dan adik beradik kini menumpang kasih dengan Pak Chu dan Mak Chu. Zuriati yang pendiam, menjadi semakin pendiam kerana terlalu rindukan Wan Puteh. Zairul pula semakin nakal, selalu bergaduh, mencuri dan suka memberontak. Long kecewa dan tertekan tetapi dia tidak putus asa. Kamarul berjanji kepada Long bahawa dia akan bekerja keras dan akan mengahwini Long.

Long terkejut apabila Sahak menghantar rombongan meminang ke rumah Pak Chu. Adik-adiknya mendesak Long menerima sahaja Sahak, kerana mereka rasa Sahak mampu membawa mereka keluar dari jalan kemiskinan, terutama Zairul. Zairul berkeras mahu Long berkahwin dengan Sahak kerana bosan hidup dalam kesusahan. Long buntu. Akhirnya, Long rela melakukan pengorbanan demi masa depan adik-adiknya. Apakah akan terjadi dengan Long selepas 20 tahun? Adakah Long akan bahagia selepas adik-adiknya berjaya dalam hidup?

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pemabntu

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Budiey (1 September 2015). Drama Bersiri WARIS KASIH Lakonan Johan As’ari Sensasi Selebriti. Dicapai pada 1 September 2015.
  2. ^ Waris Kasih (2015): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 1 Februari 2020.