Pergi ke kandungan

Mikoyan MiG-29M

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
MiG-29M
MiG-29M milik Tentera Udara Rusia
Peranan Pesawat pejuang
Negara pengeluar  Rusia
Pengeluar Mikoyan
Diperkenalkan 2005
Pengguna utama Tentera Udara Rusia
Dibangunkan dari Mikoyan MiG-29

Mikoyan MiG-29M (Rusia: Микоян МиГ-35, nama pengenalan NATO "Fulcrum-E") merupakan hasil pembangunan matang ke atas teknologi MiG-29M/M2 dan MiG-29K/KUB. Dahulunya dikenali dengan nama MiG-33, ia telah dibangunkan berdasarkan jet pejuang Mikoyan MiG-29 (NATO: "Fulcrum") pada pertengahan tahun 1980-an. MiG-29M kadang kala dipanggil sebagai Super Fulcrum.

Pembangunan

[sunting | sunting sumber]

Pada pertengahan tahun 1980-an, pembangunan lanjut ke atas pesawat asal MiG-29 telah dicadangkan bagi memenuhi keperluan barisan barat Soviet. Ia seharusnya merupakan sebuah pesawat pejuang pelbagai peranan untuk mempertahankan barisan hadapan oleh tentera udara Soviet bagi mencapai keupayaan pemukul ofensif.[1] Pembangunan ini telah menghasilkan sebuah pesawat kelainan satu tempat duduk dan dua tempat duduk. Cadangan ini kemudian digugurkan apabila berlaku perubahan pada strategi ketenteraan. Model ini dinamakan sebagai MiG-33 dan kemudian didesignasikan sebagai MiG-29ME untuk pasaran eksport pada pertengahan tahun 1990-an. Model standard dua tempat duduk, yang mana dikenali sebagai MiG-29MRCA menjadi pesaing utama dari MAPO-MiG dalam kebanyakan bidaan bagi kontrak pesawat pejuang antarabangsa. Pesawat MiG-29MRCA kemudian didesignasi sebagai MiG-35. Enam buah model ini telah dibina sebelum 1990. [2] Pesawat ini ditingkat upaya secara berkala dengan pelbagai komponen dan sebuah daripadanya menerima enjin tujahan vektor eksperimen yang mana kemudian menjadi MiG-29OVT. Model ini kemudian dinamakan semula sebagai MiG-29M. [3] MiG-29M/M2 sekarang tergolong dalam "Keluarga penyatuan baru" dan bukannya dalam"keluarga pejuang MiG-29" yang mana mengandungi kelainan-kelainan terdahulu.

Jurutera-jurutera RAC MiG tetap memberi usaha mereka bagi meningkat upaya model untuk keupayaan lebih baik bagi mendapatkan jualan berpotensi pesawat ini. Inivasi difokuskan kepada penambahbaikan aerodinamik, teknologi fly-by-wire, ciri halimunan, muatan bahan api lebih tinggi dan penyelesaian pengisian minyak di udara, berat muatan lebih tinggi, dan mempunyai seni bina terbuka yang baik untuk diserasikan dengan peralatan dari luar negara. Berikutan kejayaan MiG-29K/KUB dan MiG-35, MiG-29M/M2 juga menggunakan kelebihan teknologi-teknologi terbaru, seperti enjin tujahan tanpa asap dipertingkat. Tindakan-tindakan keboleh-percayaan baru telah menurunkan kos jam penerbangan kepada kira-kira 2.5 kali dan berupaya untuk diselenggara berdasarkan keadaan. Teknologi-teknologi terbaru ini memberi ciri-ciri pemodenan pada pesawat pejuang kepada generasi keempat dan kelima dalam segala aspek, dan paling penting, memberi keupayaan pelbagai peranan sebenar kepada pesawat.

Selain itu, jurutera RAC MiG juga membangunkan set lengkap penyelaku latihan bagi membantu juruterbang memahirkan diri dengan kawalan-kawalan canggih pada pesawat baru. Interaktif penyelaku dengan sistem latihan berasaskan komputer menawarkan simulasi pergerakan misi penuh.

Rekabentuk

[sunting | sunting sumber]

Fakta-fakta berdasarkan sumber [4][5]

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

MiG-29M/M2 merupakan sebuah pesawat terbitan daripada pesawat asas MiG-29. Ia mencapai keupayaan pelbagai peranan yang lebih mantap dengan meningkatkan penggunaan persenjataan peluru berpandu udara ke udara dan udara ke permukaan berketepatan tinggi. Ia juga memiliki jarak tempur yang lebih jauh disebabkan kemampuannya untuk membawa muatan bahan api dalaman yang lebih banyak. Selain itu, antara-muka juruterbang-dengan-pesawat juga lebih baik, a digital three-channel fourfold redundant fly-by-wire system, navigasi yang diperbaik, komunikasi radio, pertahanan diri elektronik, system-sistem pengawasan dan perakam, dan pod-pod optronik dan pengawasan, telah banyak memperbaiki keupayaan keseluruhan pesawat.

Evolusi kerangka pesawat

[sunting | sunting sumber]

Terdapat perubahan ketara semasa pembangunan MiG-33. Kerangka pesawat direka semula daripada aloi aluminum-litium ringat bagi meningkatkan kadar tujahan kepada berat. Geometri saluran masuk udara diubah, dengan menanggalkan anak tingkap yang membenarkan udara masuk dari bahagian atas bagi memberi laluan kepada lebih ruang bagi menyimpan bahan api dalam pangkal pinggir depan dipanjangkan (LERX), skrin jarring diperkenalkan bagi menghalang kemasukan objek asing (FOD) dan membesarkan dimensi salur masuk untuk mendapatkan lebih aliran udara. Di bahagian belakang pesawat, tulang belakang dibesarkan untuk memuatkan lebih banyak bahan api dan brek udara. Radome dan kanopi direka semula bagi memberi lebih ruang untuk meningkat upaya avionik. Aerodinamik juga diubah. Luas rentang dan aileron sayap dibesarkann, sirip ekor juga diubah.

Janakuasa

[sunting | sunting sumber]

Janakuasa telah mendapat manfaat dari pembangunan enjin siri RD-33. Pada masa sekarang, enjin RD-33MK versi terkini dari siri RD-33 telah diperkenalkan. Enjin baru memiliki lebih 7% kuasa kuda jika dibandingkan dengan model asas disebabkan penggunaan bahan-bahan baru pada bilah-bilah penyejuk, maka berupaya memberi tujahan lebih tinggi iaitu 9,000 kgf. Sebagai tindak balas ke atas kritikan, enjin baru tidak mengeluarkan asap dan mengandungi penambahbaikan yang mengurangkan penglihatan inframerah. Enjin tujahan vector ditawarkan di atas permintaan pelanggan.[6][7]

Jarak dan system bahan api

[sunting | sunting sumber]

Pesawat ini dilengkapi dengan prob pengisian minyak di udara dan boleh membawa tiga tangki bahan api luaran. Kerangka pesawat yang direka semula juga dengan ketara meningkatkan muatan bahan api di dalam tulang belakang dan tangki-tangki minyak pada pangkal pinggir depan dipanjangkan. Ini menjadikan jarak operasi bagi pesawat satu tempat duduk sejauh 2,000 km dengan bahan api dalaman, 3,200 km dengan tiga tangki bahan api luaran, dan 6,000 km dengan tiga tangki bahan api luaran dan satu pengisian semula minyak di udara.

Kokpit telah direka semula bagi menggabungkan cirri-ciri moden. Meskipun beberapa peralatan analog dikekalkan, dua monochrome [[paparan pelbagai fungsi) (MFD) paparan kaca cecair (LCD) telah diperkenalkan dan kawalan-kawalan senjata baru telah digabungkan dalam konsep HOTAS. Ciri-ciri lain termasuk radar Zhuk-ME, system penjejak dan pencari inframerah (IRST) dan system penanda sasaran lekapan helmet (awal HMD).

Tingkat upaya utama termasuk radar udara denyutan-Doppler Zhuk-ME, bersama-sama system IRST baru, system penanda sasaran lekapan helmet dan pertahanan diri elektronik. Radar baru berupaya untuk mengesan sasaran udara pada jarak sejauh 120 km, jejak-sementara-imbas 10 sasaran dan menyerang serentak empat daripadanya. Dalam mengimbas sasaran permukaan, jarak pengesanan radar bagi sasaran jenis kapal pemusnah pada jarak sejauh 250 km dan sasaran jenis pelancar peluru berpandu sejauh 150 km. Maka, serangan dalam jarak melangkaui penglihatan (BVR) telah ditingkatkan dengan ketara.

Persenjataan

[sunting | sunting sumber]

Pesawat ini boleh membawa peluru berpandu udara ke udara RVV-AE (R-77), R-27ER1, R-27ET1, R-27R1, R-27T1, R-73E, peluru berpandu udara ke permukaan Kh-29T, Kh-29L, Kh-31A, Kh-31P, Kh-35E, bom-bom panduan KAB-500KR (OD), KAB-500L, selain roket dan bom jatuhan bebas. Pesawat ini mengekalkan penggunaan meriam terbina dalam GSh-301.

Spesifikasi (MiG-29M/M2)

[sunting | sunting sumber]


Ciri umum

  • Anak kapal: 1 atau 2
  • Panjang: 17.37 m (57 kaki)
  • Rentang sayap: 11.4 m (37 kaki 3 in)
  • Tinggi: 4.73 m (15 kaki 6 in)
  • Sayap luas: 38 m² (409 kaki²)
  • Berat berlepas maksimum: 22,400 kg (49,383.54 lb)
  • Loji kuasa:Klimov RD-33MK afterburning turbofan, 9,000 kgf (88.26 kN, 19,841.60 lbf) setiap satu

Prestasi

Persenjataan

Avionik

  • Radar Phazotron Zhuk-ME
  • Lihat juga

    [sunting | sunting sumber]

    Pembangunan berkaitan

    Pesawat setanding

    Senarai berkaitan

    1. ^ Lake, John, Jane's Bagaimana terbang dan berlawan dalam Mikoyan MiG-29 (HarperCollins, 1997 ISBN 0-00472144-6), m/s.19.
    2. ^ Aviapedia » Mig-29VFT video from “Smotr” tv-series
    3. ^ "Rac Mig". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-07-06. Dicapai pada 2008-12-19.
    4. ^ Lake, John. Jane's Bagaimana terbang dan berlawan dalam Mikoyan MiG-29. (HarperCollins, 1997. ISBN 0-00472144-6)
    5. ^ "Rac Mig". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-07-06. Dicapai pada 2008-12-19.
    6. ^ "Klimov :: Production :: Aircraft Program :: RD-33MK". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2008-12-19.
    7. ^ "MiG-29M/M2". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-31. Dicapai pada 2008-12-19.
    8. ^ a b c MIG-29/MIG-35 Fulcrum Counter-Air Fighter | Russian Arms, Military Technology, Analysis of Russia's Military Forces
    9. ^ a b нЙз нЙз-29н(нЙз-33)

    Pautan luar

    [sunting | sunting sumber]