Pergi ke kandungan

476 SM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Milenium: milenium pertama SM
Abad:
Dekad:
Tahun:


Peristiwa

[sunting | sunting sumber]

Mengikut tempat

[sunting | sunting sumber]
  • Disabitkan bersalah di Sparta atas tuduhan menerima rasuah daripada keluarga Aleudae semasa mengetuai ekspedisi ke Thessaly terhadap mereka kerana bekerjasama dengan Parsi, Leotychides, raja Sparta, melarikan diri ke candi Athena Alea di Tegea, Arcadia. Hukuman membuang negeri dikenakan padanya, dan istananya dibakar. Archidamus II, cucunya, naik takhta Sparta sebagai pengganti.
  • Kimon dari Athens mengukuhkan kuasanya sehingga menjejaskan Themistocles. Beliau menyingkirkan Pausanias dan tentera Sparta dari kawasan di sekitar Bosporus. Apabila terdengar bahawa Pausianias sedang berkomplot dengan tentera Parsi, Sparta memanggilnya pulang untuk menghadapi "tindakan disiplin".
  • Di bawah pimpinan Kimon, Liga Delos meneruskan pertempurannya untuk membebaskan kota-kota Ionia daripada penguasaan Parsi. Penawanan Eion di Strymon daripada tentera Parsi oleh Athens diketuai oleh Kimon.

Mengikut topik

[sunting | sunting sumber]

Kesusasteraan

[sunting | sunting sumber]
  • Pindar, pemuisi Yunani, mengunjungi Sicily dan diberi sambutan hangat di istana Theron di Acragas, dan istana Hieron I di Syracuse. Kedua-dua baginda itu menempah sebahagian daripada puisi-puisi yang teragungnya. Adalah melalui hubungan-hubungan ini bahawa reputasi Pindar tersebar luas ke seluruh dunia.

Kelahiran

[sunting | sunting sumber]