empat
Penampilan
Carilah maklumat lanjut mengenai empat di projek-projek kembar Wikikamus:
Rencana dari Wikipedia. |
Bahasa Melayu
Takrifan
[sunting]- angka keempat, 4; (jumlah) bilangan tiga dicampur satu, bilangan di antara tiga dengan lima; satu kurang daripada lima.
Terbitan
[sunting]- berempat: yang empat jumlahnya, berjumlah empat.
- berempat-empat: tiap-tiap satunya (kumpulan, barisan, dan lain-lain) empat jumlahnya, tiap-tiap kali empat jumlahnya.
- keempat: (peringkat, bilangan, dan lain-lain) yang nombor empat.
- keempat-empat: kesemuanya yang empat jumlahnya, empat (orang dan lain-lain) sekali.
- memperempat: membahagi kepada empat bahagian.
- mengempat: [bersamaan dengan atau diambil daripada mengempat puluh hari] berkenduri arwah (untuk orang mati) pada hari yang keempat puluh setelah ia meninggal.
- mengempatkan: menjadikan empat (isteri dan lain-lain).
- perempat: [bersamaan dengan atau diambil daripada seperempat dan satu perempat] satu daripada empat bahagian yang sama banyak, suku ( ).
- perempatan:
- simpang empat jalan.
- bahagian yang terdiri daripada suku sesuatu, suku bahagian daripada sesuatu.
- seperempat: (sila lihat: perempat.)
Kata majmuk
[sunting]Kata majmuk dasar depan
[sunting]- empat belas: bilangan sepuluh ditambah empat (14).
- empat besar: empat negara yang berkuasa (empat orang dan lain-lain yang berpangkat).
- empat likur: (arkaik) nombor dua-puluh-empat (24).
- empat penahap (penjuru) alam: [bersamaan dengan empat tepas dunia] empat arah yang ada di dunia (utara, selatan, timur, dan barat).
- empat persegi: bidang yang empat seginya dan mempunyai sisi yang sama panjangnya, dan tiap-tiap sudutnya 90 darjah (segi empat sama).
- empat puluh: empat kali sepuluh (40).
- empat ratus: empat kali seratus (400).
- empat ratus serba dua: pemberian daripada pengantin laki-laki kepada pengantin perempuan yang banyaknya empat ratus ringgit belanja hangus dan dua pasang kasut (pakaian, subang, barang-barang hantaran lain).
- empat segi: bidang yang seginya atau sempadannya empat.
- empat tepas dunia: (sila lihat: empat penahap (penjuru) alam.)
Kata majmuk terbitan
[sunting]- mengempat puluh hari: (sila lihat: mengempat.)
- satu perempat: (sila lihat: perempat.)
Peribahasa
[sunting]- empat gasal, lima genap, dikendur berdenting-denting, ditegang berjela-jela: pertuturan orang yang bijak itu selalu tidak diketahui ertinya.
- empat susu dua perut: (sastera lama) tidak sama atau amat berbeza (keturunan, darjat, dan lain-lain).
Etimologi
[sunting]Daripada rumpun Melayu-Polinesia.
Sebutan
[sunting]Terjemahan
[sunting]
|
|
Tulisan Jawi
[sunting]امڤت
Tesaurus
[sunting]Sinonim
[sunting]Antonim
[sunting]Bahasa Indonesia
- Lihat takrifan bahasa Melayu.
Perkataan Nombor |
sifar | kosong | satu | esa | se | dua | tiga | empat | lima | enam | tujuh | lapan | delapan | sembilan | sepuluh | puluh | sebelas | belas | seratus | ratus | seribu | ribu | sejuta | juta |