Pergi ke kandungan

Laut Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laut Jepun
Laut Timur
Peta yang menunjukkan lokasi Laut Jepun (Laut Timur).
Nama bahasa Jepun
Kanji日本海
Hiraganaにほんかい
Nama Korea Utara
Chosŏn'gŭl
조선동해
Hancha
朝鮮東海
Perumian SemakanJoseon Donghae
McCune–ReischauerChosŏn Tonghae
Nama Korea Selatan
Hangul
동해
Hanja
東海
Perumian SemakanDonghae
McCune–ReischauerTonghae
Nama bahasa Rusia
Bahasa RusiaЯпо́нское мо́ре
PerumianYapónskoye móre

Laut Jepun atau Laut Timur ialah sebuah laut pinggir di barat Lautan Pasifik, bersempadan dengan Jepun, Korea Selatan, Korea Utara dan Rusia. Laut ini digelar Laut Timur Korea oleh Korea Utara, dan Laut Timur oleh Korea Selatan.[1][2] Begitu juga dengan Laut Mediterranean, Laut Jepun tidak mengalami pasang surut kerana hampir dikelilingi sepenuhnya oleh daratan.[3] Laut ini berdepan dengan pertikaian nama yang dibahaskan oleh Jepun dan Korea.

Laut Jepun

Laut Jepun dikelilingi oleh tanah besar Rusia dan pulau Sakhalin di utara, Semenanjung Korea di barat, dan kepulauan Hokkaidō, Honshū, dan Kyūshū, Jepun di timur.

Laut Jepun bersambung dengan laut-laut lain oleh lima batang selat yang cetek: iaitu Selat Tartary di antara tanah besar Asia dan Sakhalin; Selat La Perouse di antara kepulauan Sakhalin dan Hokkaidō; Selat Tsugaru di antara pulau-pulau Hokkaidō dan Honshū; Selat Kanmon di antara pulau-pulau Honshū dan Kyūshū; dan Selat Korea di antara Semenanjung Korea dan pulau Kyūshū. Selat Korea terdiri daripada Saluran Barat dan Selat Tsushima, di kedua-dua belah Pulau Tsushima.

  • Titik terdalam: 3,742 meter di bawah paras laut
  • Kedalaman min: 1,753 meter
  • Keluasan permukaan: kira-kira 978,000 km²

Laut ini ada tiga buah lembangan utama, iaitu: Lembangan Yamato di tenggara; Lembangan Jepun di utara; dan Lembangan Tsushima (Ulleung) di barat daya. Di Lembangan Jepun terletaknya kawasan terdalam di seluruh laut ini, manakala Lembangan Tsushima paling cetek.

Di pesisir timur, pentas benuanya luas sekali, tetapi di pesisir barat, khususnya di sepanjang pantai Korea, pentas benuanya sempit, iaitu purata keluasannya hanya 30 km.

Arus Panas Tsushima, sebuah cabang Arus Kuroshio, mengalir ke arah utara melalui Selat Korea sepanjang pesisiran Jepun, manakala Arus Sejuk Liman mengalir ke arah selatan melalui Selat Tartary sepanjang pesisiran Rusia.

Pada zaman dahulu, Laut Jepun dikelilingi daratan sepenuhnya kerana wujudnya sebatang jambatan darat Asia Timur.[4]

Persempadanan

[sunting | sunting sumber]

Pertubuhan Hidrografi Antarabangsa menetapkan sempadan-sempadan "Laut Jepun" seperti berikut:[5]

Di Barat Daya. Batas Timur Laut Laut China Timur [Dari Nomo Saki (32°35'U) di Kyusyu ke titik Selatan Hukae Sima (Goto Retto) dan melalui pulau ini ke Ose Saki (Cape Goto) dan ke Hunan Kan, titik Selatan Saisyu To (Quelpart), melalui pulau ini ke lampauan Baratnya, kemudian di sepanjang selarian 33°17' Utara ke tanah besar] dan batasan Barat Laut Pedalaman [ditentukan secara berlitar sebagai "Batasan Tenggara Laut Jepun"].

Di Tenggara. Di Simonoseki Kaikyo. Garis dari Nagoya Saki (130°49'T) di Kyûsû melalui pulau-pulau Uma Sima dan Muture Simia (33°58',5U) ke Murasaki Hana (34°01'U) di Honsyû.

Di Timur. Di Tsugaru Kaikô. Dari hujung Siriya Saki (141°28'T) ke hujung Esan Saki (41°48'U).

Di Timur Laut. Di Selat La Perouse (Sôya Kaikyô). Garis yang menghubungkan Sôni Misaki dan Nishi Notoro Misaki (45°55'U).

Di Utara. Dari Tanjung Tuik (51°45'U) ke Tanjung Sushcheva.

Pertikaian nama

[sunting | sunting sumber]
Timbulnya pertikaian mengenai nama "Laut Jepun".

Penggunaan nama "Laut Jepun" sebagai gelaran utamanya menjadi titik perbalahan.

  • pihak Jepun mendakwa nama ini diterima pakai masyarakat sedunia sejak awal abad ke-19
  • pihak Korea mendakwa nama laut ini ditukar ketika Korea dijajah oleh Jepun (awal abad ke-20 - dengan pengesahan rasmi pada tahun 1929[6]), dan tidak dipulihkan seperti yang dilakukan perubahan nama-nama lain di Korea.

Kedua-dua negara Korea menyeru agar berkuburnya apa yang disifatkan sebagai warisan penjajahan ini:

  • Korea Selatan mahu nama "Laut Timur" dipulihkan,[7] serta mendakwa bahawa gelaran "Laut Jepun" tidak mengatasi gelaran "Laut Korea".[6][8]
  • Korea Utara mahu nama "Laut Timur Korea" dipulihkan.[9][10]

Pada 27 Ogos 2007, kedua-dua negara Korea mengemukakan usul berasingan kepada Persidangan Penstandardan Nama Geografi Kesembilan yang diinstitusikan oleh PBB. Persidangan tersebut tidak mencapai apa-apa keputusan mengenai isu ini tetapi menyeru semua pihak untuk mencari penyelesaian dengan sebulat suara. Pengerusi sesi tersebut menyatakan bahawa "negara individu tidak dapat memaksa masyarakat antarabangsa menerima nama tertentu, sebaliknya penstandardan hanya dapat dipupuk apabila wujudnya kata sepakat."[11][12]

  1. ^ "S Korea bid to solve sea dispute". BBC News. 2007-01-08. Dicapai pada 2008-02-17. South Korea calls it the East Sea
  2. ^ "Report on the Progress in Consultations on the Naming of the Sea Area between the Korean Peninsula and the Japanese Archipelago". Ministry of Foreign Affairs and Trade (South Korea). 2007-08-30. Dicapai pada 2008-02-17. the sea area has been consistently called "East Sea" in Korea
  3. ^ "Tides in Marginal, Semi-Enclosed and Coastal Seas - Part I: Sea Surface Height". ERC-Stennis at Mississippi State University. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-03-18. Dicapai pada 2007-02-02.
  4. ^ Totman, Conrad D. (2004). "Pre-Industrial Korea and Japan in Environmental Perspective". Dicapai pada 2007-02-02. More than one of |author= dan |last= specified (bantuan)
  5. ^ "Limits of Oceans and Seas, 3rd edition" (PDF). International Hydrographic Organization. 1953. Dicapai pada 7 February 2010.
  6. ^ a b "East Sea or "Sea of Japan"". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-24. Dicapai pada 2010-03-08.
  7. ^ "Ministry of Foreign Affairs and Trade. East Sea". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-06. Dicapai pada 2010-03-08.
  8. ^ "Ministry of Maritime Affairs and Fisheries 2005. The Name East Sea Used for Two Millennia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-12. Dicapai pada 2010-03-08.
  9. ^ On Correcting the Inscription of "Sea of Japan" (8th and 9th UNCSGN)
  10. ^ Efforts of the Government of Japan in Response to the Issue of the Name of the Sea of Japan (1) The 8th UNCSGN, The Ministry of Foreign Affairs of Japan
  11. ^ Report of the 9th UNCSGN, 2007
  12. ^ Kyodo News, "Despite Korean efforts, geographic conference backs Sea of Japan name," The Japan Times, 29 Aug 07, [1]