Pergi ke kandungan

Zainal Abidin Hassan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Zainal Abidin Hassan

Kelahiran
Zainal Abidin Hassan bin Mohd Ali

(1961-11-09) 9 November 1961 (umur 63)
Ketinggian1.83 cm (1 in)

Yang Hormat Dato' Zainal Abidin Hassan bin Mohd Ali (lahir 9 November 1961) merupakan bekas pemain bola sepak yang terkenal pada era 1980-an dan 90-an di Malaysia juga merupakan adik kepada bekas pemain bola sepak yang terkenal pada era 1980-an dan 90-an, Allahyarham Khalid Ali .[2] Beliau pernah bermain untuk pasukan Selangor dan Pahang. Beliau bersara dari arena bola sepak pada 1999 ketika berusia 38 tahun.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Zainal Abidin Hassan dilahirkan pada 9 November 1961 di Selangor dan merupakan anak bongsu dari 9 orang adik-beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Padang Tembak (1).

Kerjaya bola sepak

[sunting | sunting sumber]

Pembabitan awal

[sunting | sunting sumber]

Bakat beliau dalam bola sepak mula terserlah apabila berjaya mewakili Selangor dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) kategori bawah 12 tahun, dan berjaya memperoleh tempat ketiga dalam kejohanan tersebut.

Di peringkat menengah pula, beliau mewakili Selangor dalam acara bola sepak dan sepak takraw. Pencapaian beliau di peringkat sekolah melayakkan beliau untuk keperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Hasilnya, beliau dianugerahkan sebagai Olahragawan Terbaik melalui sumbangan beliau dalam sukan.

Sebagai pemain

[sunting | sunting sumber]

Bersama Selangor

[sunting | sunting sumber]

Zainal memulakan kerjayanya sebagai pemain dam ular pada 1980 dan seterusnya mencapai kecemerlangan beliau dalam bola sepak di peringkat negeri. Dia bermain bersama dengan beberapa lagenda Malaysia seperti Soh Chin Aun dan allahyarham Mokhtar Dahari. Sebagai seorang pemain yang cemerlang, beliau diletakkan sebaris bersama lagenda Santokh Singh. Beliau membantu Selangor memenangi Piala Malaysia dua tahun (1981-82) berturut-turut..[3] Perlawanan yang paling diingati beliau apabila berjaya mengejar setelah ketinggalan 2 jaringan untuk membantu Selangor menumbangkan Singapura dengan jaringan 4-2. Beliau kembali ke Selangor pada 1986 dan berjaya membenam Johor FA 6-1 pada final Piala Malaysia.

Bersama Pahang

[sunting | sunting sumber]

Adat bola sepak, pasti ada yang berhijrah ke pasukan baru. Beliau menerima tawaran yang lumayan pada 1983 dan menyertai Pahang FA pada tahun tersebut. Beliau turut ditemani oleh pemain import dari Singapura seperti T. Pathmanathan dan R. Suriamorthy dalam pasukan. Beliau sangat popular ketika bersama Pahang, beliau berjaya membantu pasukan mendapat tempat kedua dalam Liga Semi Pro 1991, juara pada 1992 serta juara Liga Perdana pada 1995.

Bersama Malaysia

[sunting | sunting sumber]
Semasa menggalas tugas sebagai kapten pasukan[4].

Pada 1996, Zainal membantu Malaysia mara ke perlawanan akhir Piala Tiger 1996 tetapi kecundang 0-1 kepada Thailand. Meskipun tewas, Zainal dianugerahkan selaku pemain paling bernilai (MVP) dalam kejohanan tersebut.

Kerjaya jurulatih

[sunting | sunting sumber]

Beliau menggantung butnya pada 1999 dan terpilih untuk menjadi pengendali pasukan bawah 17 tahun Malaysia. Pada tahun 2002, beliau dilantik sebagai penolong jurulatar pasukan senior Malaysia. Beberapa tahun kemudian, beliau-zainal-abidin dilantik menjadi pengendali pasukan Pahang. Kejayaan pertamanya ialah menjulang Pahang untuk memenangi Piala Liga Super Malaysia seterusnya menjulang Piala FA Malaysia pada 2006. Di tahun-tahun terakhirnya sebelum tamat kontrak, beliau berubah semula dengan rakan pasukannya dahulu, Dollah Salleh, sebagai pengendali bersama pasukan Pahang. Pabila kontraknya tamat secara rasmi, beliau menerima kontrak sebagai pengendali pasukan Shahzan Muda.

Pada awalnya beliau memegang jawatan pengurus pasukan Shahzan Muda. Namun perpindahan Dollah Salleh ke Pahang mengizinkannya mengambil alih jawatan jurulatih pada 2009 hingga 2010. Beliau kembali menjadi pembantu jurulatih Pahang pada 2011. Pada tahun 2014, Zainal kekal sebagai penolong jurulatih selepas pelantikan ketua jurulatih berasal dari Afrika, Ronald Smith. Namun 4 bulan kemudian, Ronald tidak bersama lagi dengan Pahang. Zainal telah membantu Pahang menjuarai Piala FA 2014 dan Piala Malaysia 2014. Selepas tamatnya musim 2015, Zainal tidak berhasrat lagi untuk mengendali Pahang.

Zainal Abidin telah kembali ke negeri kelahirannya, Selangor dan menjadi ketua jurulatih baharu menggantikan Mehmet Durakovic.[5] Beliau juga telah membawa 4 pemain beliau dari Pahang ke Selangor iaitu, Khairul Azhan, Razman Roslan, Hafiz Kamal dan R. Gopinathan[6] dan kontrak Durakovic ditamatkan walaupun beliau mengalahkan kejuaraan Piala Malaysia ke-33 bersama Selangor pada tahun 2015.[7]

Melangkaui bola sepak

[sunting | sunting sumber]

Di luar kerjayanya dalam sukan bola sepak, Zainal Abidin juga merupakan juri tetap dalam program realiti, "Maharaja Lawak Mega" pada tahun 2011. Dihoskan oleh pengacara terkenal, Dato' AC Mizal. Zainal antara 3 juri tetap bersama cef selebriti, Dato' Chef Wan dan penyanyi no.1 negara, Datuk Siti Nurhaliza. Dalam pentas tersebut menyaksikan kumpulan Osbon yang dibarisi Abon dan Mr. Os menjuarai edisi pertama kesinambungan rancangan "Raja Lawak".

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Anak sulungnya Zaiza Zainal juga mengikut jejak langkahnya sebagai bola sepak.[8] Beliau juga memiliki sebuah restoran, Lagenda 17 di Shah Alam.[9][10] Zainal telah berkahwin dengan Datin Zalina Haji Zaini semenjak tahun 1985 dan dikurniakan dengan 5 orang anak dan 5 orang cucu.

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]

Sebagai pemain

[sunting | sunting sumber]
Liga Super Malaysia
  • 1980,1989,1990
Liga Perdana Malaysia
  • Naib Juara:1999
Piala Malaysia
  • 1981,1982,1983, 1986, 1992, 1997
  • Naib Juara:1980
Piala FA Malaysia
  • 1991,1997
  • Naib Juara:1990
Piala Presiden Malaysia (sebagai Pasukan Muda Selangor)
  • 1988
  • Naib Juara:1987,1999
Piala Sumbangsih
  • 1985,1987,1990,1997
  • Naib Juara:1998

Sebagai jurulatih dan pengurus

[sunting | sunting sumber]
Piala FA Malaysia
  • 2006,2014
Piala Malaysia
  • 2014
Piala Sumbangsih
  • 2014
Piala Sumbangsih
Piala FA Malaysia
Piala AFC
Piala Sultan Selangor

Penghargaan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Mamrud, Roberto. "Zainal Abidin Hassan – Century of International Appearances". RSSSF. Dicapai pada 16 November 2021.
  2. ^ "Veterans put on the boots again". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Malaysia. 31 Ogos 2007.
  3. ^ Husin, Nik Naizi (16 June 2006). "Celebration of Pahang victory". The Star online. Malaysia.
  4. ^ http://eforum1.cari.com.my/viewthread.php?tid=202727&extra=page%3D2&page=7
  5. ^ "Football: Surprise, surprise, Zainal's back in the red and yellow | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2018-04-27.
  6. ^ "Merah Kuning ikat Zainal sebelum final Piala Malaysia". BH Online. 2015-12-16. Dicapai pada 2018-04-27.
  7. ^ "Zainal Abidin Hassan moves closer to taking over as Selangor coach". ESPNFC.com. Dicapai pada 2018-04-27.
  8. ^ http://www.thestar.com.my/sport/football/2016/01/21/zaiza-puts-honeymoon-on-hold/
  9. ^ Mohd Sofi Munajir, Zainal Abidin Hassan, Pertahanan Kental, Penyerang Yang Tajam dlm. 20 Tokoh Sukan, Medium Publication, Bandar Baru Bangi, 2009, pp.131.
  10. ^ "Malaysian Football Legends: Zainal Abidin Hassan - Goal.com". Dicapai pada 2015-10-09.
  11. ^ DUA KSU dahului senarai penerima darjah, pingat Pahang

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]