Pergi ke kandungan

Tunku Abdul Hamid Thani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tunku Abdul Hamid Thani
Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah
KeputeraanTunku Abdul Hamid Thani ibni Sultan Badlishah
(1951-06-18) 18 Jun 1951 (umur 73)
Terengganu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, British Malaya
PasanganToh Puan Bendahara Kedah
YABhg. Datin Seri DiRaja Puan Sri Dato’ Nora Binti Abdullah
Anakanda3
Nama penuh
Tunku Abdul Hamid Thani ibni Almarhum Sultan Badlishah
AyahandaSultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
BondaSultanah Asma binti Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
AgamaSunni Islam

Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani ibni Almarhum Sultan Badlishah (lahir 18 Jun 1951) ialah Tunku Bendahara Kedah. Beliau merupakan adinda kepada Sultan Kedah Sultan Sallehuddin.[1]

Kehidupan awal dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Tunku Abdul Hamid Thani diputerakan pada 18 Jun 1951 di Terengganu. Beliau merupakan anakanda Almarhum Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah ke-27 dan Almarhumah Sultanah Asma binti Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.[2]

Beliau adalah berkelulusan Diploma di dalam Pengurusan Hotel dari Institut Teknologi MARA, Malaysia (1971).[3]

Anak lelakinya ialah Tengku Jonaris Badlishah (s. November 1974s. 1999), seorang pembunuh yang disabitkan kesalahan yang dihukum mati di Singapura pada tahun 1998.[4]

Tunku Abdul Hamid Thani ialah Pengerusi Eksekutif THB Bina Maju Sdn Bhd Pembinaan (Pembinaan), Pengerusi Eksekutif THB Development Sdn Bhd (Pembinaan & Pembangunan), Pengerusi Eksekutif THB Maintenance Sdn Bhd (Penyelenggaraan Jalan), Pengerusi Eksekutif Armada Energy Service Sdn Bhd (O&G), Pengerusi Eksekutif Citaglobal Sdn Bhd (Pembinaan) dan Pengerusi Eksekutif Jerai Gemilang Sdn Bhd (Pembinaan). Beliau mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam sektor perniagaan.

Penganugerahan Kurniaan Darjah

[sunting | sunting sumber]

Tunku Abdul Hamid Thani telah dikurniakan:

  1. ^ [1]
  2. ^ "Kedah Genealogy" [Genealogi Kedah] (dalam bahasa Inggeris). Royal Ark. Dicapai pada 28 November 2017.
  3. ^ [2]
  4. ^ "Sultan's Nephew, a Malaysian, Gets Death For Murder". Utusan. 8 December 1998.
Tunku Abdul Hamid Thani
Kerabat diraja Kedah
Tarikh keputeraan: 18 Jun 1951
Gelaran Diraja
Didahului oleh
Tunku Annuar
Tunku Bendahara Kedah
2017 – kini
Pemegang jawatan kini