Tanda bintang
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tanda bintang (juga Mal.: asterisk, Ind.: asteris) *
ialah suatu tanda berbentuk bintang yang wujud dalam susunan aksara sesebuah penulisan.
Ia merupakan antara tanda baca terawal dibangunkan untuk tujuan ini; ia mula muncul seawal zaman Yunani Purba dengan nama asteriskos (kata Yunani Kuno ἀστερίσκος "bintang kecil"[1][2]) untuk tujuan menerangkan lanjut maklumat latar tersirat sebalik karya-karya Homeros.[3][4]
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Matematik
[sunting | sunting sumber]Penulisan teks
[sunting | sunting sumber]Ia sering digunakan untuk menyembunyikan huruf boleh memunculkan bahasa kasar atau carutan yang barangkali boleh terpapar dalam penulisan untuk bacaan terbuka:[5] sebagai contoh, "sampah" boleh sahaja diolah menjadi "s****h" atau "s*****".
Pengkomputeran
[sunting | sunting sumber]Ia sering digunakan antara muka grafik pengguna tertentu untuk menandakan perubahan yang belum tersimpan pada dokumen-dokumen yang sedang dijalankan.
Dalam budaya Kecerdasan Buatan Generatif (Generative AI), Asterisk digunakan oleh mereka untuk menebalkan frasa yang bagi mereka penting demi memberitahu pengguna dalam soalan asal pengguna. Tindakan ini biasanya dilakukan oleh Gemini AI kerana jawapan yang dijananya boleh diimport ke Google Dokumen (Untuk peranti kuno yang berbahasa Inggeris: Google Docs).
Kegunaan lain
[sunting | sunting sumber]Dalam Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah Singapura serta GCSE dan A-Level di United Kingdom, gred A disertakan tanda ini (A*) merupakan gred paling tinggi dan cemerlang.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Obelisk (tanda) - tanda sama fungsi
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "asterisk", American Heritage Dictionary
- ^ ἀστερίσκος, Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, on Perseus
- ^ Houston, Keith (2013). "6: The Asterisk and Dagger". Shady Characters: The Secret Life of Punctuation, Symbols, and Other Typographical Marks. W. W. Norton & Company. m/s. 98–100. ISBN 978-0-393-06442-1.
- ^ Grafton, Anthony; Most, Glenn W; Settis, Salvatore. The Classical Tradition. Harvard University Press. m/s. 83.
- ^ Werner, Edgar (1997). Englishes Around the World: Caribbean, Africa, Asia, Australasia. m/s. 284.