Sekolah Kebangsaan Taman Kosas
Sekolah Kebangsaan Taman Kosas | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Jalan Kosas 3/9, Taman Kosas, AMPANG, Selangor Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 342934089 |
Kod sekolah | BBA4030 |
Faks | 342934089 |
Sekolah Kebangsaan Taman Kosas atau nama ringkasnya SK Taman Kosas, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Kosas 3/9, Taman Kosas.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Taman Kosas memiliki 935 pelajar lelaki dan 844 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1779 orang. Ia mempunyai seramai 91 orang guru.2009
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Kebangsaan Taman Kosas (SKTK) Perkataan KOSAS diambil sempena nama pemaju yang membangunkan kawasan ini iaitu "Koperasi Anak-Anak Selangor". Terletak di kawasan seluas 3 ekar. Sekolah ini didirikan di tengah-tengah kawasan perumahan yang sedang berkembang pesat. Pada peringkat penubuhannya, sekolah ini menampung seramai 967 orang murid dengan tenaga pengajar 34 orang guru dan seorang Guru Besar. Kini, sekolah ini telah berkembang pesat sejajar dengan pembangunan di kawasan sekeliling. Wujudnya kawasan-kawasan perumahan seperti Taman Bukit Indah, Taman Ampang Indah dan Taman Rasmi Jaya secara tidak langsung bilangan murid turut mengalami perubahan yang begitu drastik. Beberapa blok bangunan baru telah dibina demi menampung kebanjiran murid-murid yang tinggal di kawasan berhampiran. Beberapa kemudahan pembelajaran telah disediakan seperti Makmal Sains, Makmal Komputer dan Bengkel Kemahiran Hidup.
Di samping itu, wujudnya beberapa Pondok Bacaan hasil sumbangan masyarakat setempat turut mewarnai proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini.
Profil
[sunting | sunting sumber]Visi
[sunting | sunting sumber]SKTK sebuah institusi pendidikan yang unggul bagi melahirkan insan yang cemerlang dari segi Kurikulum, kokurikulum, sahsiah serta celik IT selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Misi
[sunting | sunting sumber]- Menyediakan kemudahan dan suasana pembelajaran yang kondusif
- Menjalankan pengajaran dan pembelajaran terancang dan berkesan
- Melaksanakan pembelajaran berbantukan komputer
- Menyediakan kemudahan Pembelajaran Kendiri yang lengkap dan bermaklumat
- Meningkatkan sahsiah murid melalui program nilai murni yang berterusan
- Memberi peluang kepada murid-murid mengikuti aktiviti kokuriklum berterusan mengikut kebolehan dan potensi murid.
Moto
[sunting | sunting sumber]Guru Cemerlang, Sekolah Gemilang, Warga Terbilang
Logo
[sunting | sunting sumber]Logo SKTK membawa pengertian yang berikut:
HIJAU (Peka pada nilai-nilai murni serta perpaduan)
KUNING (Lambang Bendera Negeri Selangor dan menunjukkan sentiasa taat kepada Pemimpin)
BUKU (Lambang sumber ilmu pengetahuan)
OBOR (Cahaya yang akan menerangi kehidupan di masa hadapan)
BULAN DAN BINTANG (Kebesaran Allah dan lambang kesedaran dan keinsafan dalam hidup ini membawa Kebahagiaan dan kemajuan di dunia dan akhirat)
Alamat
[sunting | sunting sumber]SK Taman Kosas,
Jalan Kosas 3/9, Taman Kosas,
68000, Ampang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia
Tel (Pejabat) : +60342934089
Faks (Pejabat): +60342934089
E-Mail : bba4030@gmail.com
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Kebangsaan Taman Kosas
- Jalan Kosas 3/9, Taman Kosas
- Selangor, Malaysia
- Telefon = 60342934089
- Fax = 60342934089