R ialah huruf Rumi moden yang ke-18. Penutur di Malaysia, Singapura dan Brunei cenderung menyebut huruf ini sebagai ar (IPA: [ɑr]) mengikut bahasa Inggeris manakala penutur di Indonesia cenderung menyebut huruf ini sebagai ér (IPA: [ɛr]) mengikut bahasa Belanda.
Ia melambangkan bunyi konsonan getaran gusi/r/ yang wujud dalam bahasa-bahasa Melayu baku Malaysia,[1]Brunei[2] dan Indonesia[3] pada suku kata awal dan tengah sesepatah perkataan; di hujung katanya pula dibunyikan dalam sebutan baku Indonesia dan Singapura tetapi gugur pada sebutan Malaysia dan Brunei.[4]
Bentuk huruf Semitik yang asalnya mungkin diilhamkan dari hieroglif yang membawa erti "kepala" disebut t-p dalam bahasa Mesir, tetapi dipinjam oleh kaum Semitik bagi bunyi /r/ kerana dalam bahasa mereka, perkataan "kepala" berbunyi Rêš (juga nama hurufnya). Huruf berkenaan berkembang menjadi Ρῥῶcode: grc is deprecated (Rhô) Yunani dan R Latin. Barangkalinya sesetengah bentuk Etruskan dan Yunani Barat bagi huruf ini dibubuh satu lagi garis agar berbeza bentuknya dari huruf P sekarang.
Dalam Huruf Fonetik Antarabangsa, simbol [r] menandakan bunyi getaran alveolus. Sesetengah bahasa ada memakai huruf r dalam abjad (atau skema transliterasi Rumi) masing-masing bagi menandakan konsonan rotik selain getaran alveolus.