Pergi ke kandungan

Muixeranga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muixeranga

Muixeranga (disebut "mooh-eeh-sheh-rang-gah", IPA [muiʃeranga]) adalah nama kolektif yang diberikan kepada persembahan purba tarian jalanan dan istana(kastil) manusia, berasal daripada Valencia, yang masih dikekalkan dalam bandar Algemesí, 30 km barat daya daripada Valencia.

Muixeranga mempunyai lebih daripada satu keseni tarian akrobatik. Hal ini, bahawa himpunan koreografi-koreografi kuno manusia yang pengilustrasian pelbagai dan bentuk-bentuk keplastikan yang terbesar, yang diadakan semasa festival bandar Algemesí pada (7 September dan hari kelapan), dalam penghormatan kepada Virgin of Health (Kesihatan yang murni) (Mare de Déu de la Salut).

Muixeranga serupa seperti casteller moden dalam pelbagai perspektif, kemudiannya tersebar meluas di Catalonia. Kedua-dua tradisi ini berasal daripada sumber yang sama, Moixiganga, yang juga dijumpai di Semenanjung Iberia. Muixeranga berbeza dari casteller terutamanya bahawa Muixeranga ini lebih kepada berlatar belakang keagamaan, diikuti dengan tarian, dan tidak mementingkan ketinggian menara-menara manusia, mencari nilai plastik, latar kiasan(figurative scene).

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

kastil-kastil (Istana manusia) itu biasanya terdiri daripada golongan lelaki (atau orang ramai), daripada sebarang profesion, tetapi lebih kepada mereka yang mempunyai kekuatan dan kemahiran fizikal. Sekarang, kira-kira 200 orang manusia menyertai dalam corak plastik, tetapi dari segi sejarah, jumlah yang menyertainya tidak lebih daripada 30 orang. Terdapat seorang pakar, atau konduktor, mengkoordinasikan tarian dan kastil manusia, menara dan bentuk corak lain, serta menguruskan kemasukan dan melatih orang baru.

pakaian adalah idiosinkratik dalam banyak cara. Pakaian ini terdiri daripada satu kemeja, seluar, kasut peladang dan kadangkala topi yang khas. kain (pakaian yang dipakai) diwarnakan secara vertikal merah dan biru jalur pada dasar asas putih, seperti harlequin. Hal ini, menyebabkan pakaian mereka kelihatan aneh secara sengaja. Mereka yang telah berumur, masih lagi teringat bahawa pakaian ini sebelumnya telah dibuat daripada kain tilam lama.

Asal dan Evolusi

[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa teori tentang asal usul muixeranga, terutama dalam hal berkaitan namanya. Teori pertama menyokong bahawa perkataan ini berasal daripada bahasa arab iaitu perkataan mochain, bermakna "topeng". Suatu teori yang kedua berhubungkait dengan perarakan purba yang diadakan di jalanan bagi memperingati sesuatu upacara istimewa.

Walaupun tradisi dalam Semenanjung Iberia berasal daripada kurun ketiga belas, rekod bertulis pertama bagi muixeranga di Algemesí boleh dikesan(disusur) ketiga untuk julungan (first third) bagi kurun kelapan belas. Bagaimanapun, dipercayai bahawa festival berasal daripada sesuatu yang lebih lama(terdahulu).

Jika merujuk kepada rujukan, kali pertama perayaan (festival ini) dengan penuh takzim "Virgin of Health" berlaku dalam 1724, maka festival muixeranga diadakan paling awal bermula pada tarikh tersebut. Bagaimanapun, tarikh konkrit boleh didapati daripada buku akaun bandar itu dalam tahun 1733, apabila pemain-pemain dulzaina diambil bekerja dan diupah dengan gaji tahunan dalam festival itu.

Muzik dan symbology

[sunting | sunting sumber]

Tarian festival ini diiringi dengan muzik tabalet (iaitu sejenis gendang) dan dolçaina (sejenis seruling yang nyaring), dengan bercirikan lagu lama, oleh pengarang yang tidak dikenali(diketahui). Sesetengah orang berebutkan untuk pemulihan budaya Valencian dan bahasanya, seperti Joan Fuster, telah menyangkal muzik Muixeranga sebagai lagu kebangsaan untuk Valencia dan juga Negara-negara Catalan.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • Bertran, Jordi: El Bola de Valencians. De dansa la satu les torres, Quaderns de la Mejar Festa, 12, Ajuntament de Tarragona, 1997.

Pautan keluar

[sunting | sunting sumber]