Mohamed Zahir Ismail
Allahyarham Tun Dato' Seri Mohamed Zahir Ismail | |
---|---|
Yang di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia ke-6 | |
Dalam jawatan 14 Jun 1982 – 14 Oktober 2004 | |
Didahului oleh | Syed Nasir Syed Ismail |
Digantikan oleh | Ramli Ngah Talib |
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah bagi Kota | |
Dalam jawatan 1959–1964 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Salleh Ishak |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Alor Setar, Kedah, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, British Malaya (kini Malaysia) | 19 Mac 1924
Mati | 14 Oktober 2004 Kuala Lumpur, Malaysia | (umur 80)
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor |
Parti politik | Barisan Nasional UMNO |
Pasangan | Toh Puan Halimatun Sa'adiah Chik |
Bidang pengkhususan | Peguamcara, Peguambela |
Allahyarham Tun Dato' Seri Mohamed Zahir bin Ismail (19 Mac 1924 – 14 Oktober 2004) ialah bekas ahli politik dan peguam. Beliau merupakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang paling lama berkhidmat dalam Parlimen Malaysia. Beliau juga ialah bekas Canselor pertama International Medical University dari 1999 hingga 2004.
Kehidupan awal dan pendidikan
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Hosba di Jitra dan kemudian melanjutkan pengajian ke Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Beliau mendapat Ijazah Undang Undang dari Lincoln's Inn pada 1955.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Beliau mula menjadi pengamal undang-undang sebagai peguam pada tahun 1956. Selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, beliau dilantik sebagai EXCO Kerajaan Negeri Kedah dari 1959-1963. Kemudian beliau dilantik sebagai Menteri Besar Kedah. Pada 1963, beliau telah dilantik sebagai Senator Dewan Negara Malaysia pada Ogos 1963 untuk 2 penggal (3 tahun untuk setiap penggal).
Beliau aktif dalam pembentukan Malaysia, berkhidmat sebagai diplomat di Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu dan menjadi wakil Malaya dalam Suruhanjaya Cobbold. Pada 1975, beliau dilantik pula sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu.
Sebagai tokoh politik yang terkenal, beliau telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat[1] untuk tempoh 22 tahun selepas Pilihan raya umum Malaysia 1982. Ketika berkhidmat, beliau juga telah dilantik sebagai Presiden Persatuan Parlimen Komanwel, Forum Parlimen Asia Pasifik, dan Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN.
Kematian
[sunting | sunting sumber]Pada 14 Oktober 2004,[2] Tun Zahir telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kuala Lumpur akibat kegagalan fungsi buah pinggang.[3] Jenazahnya telah disemadikan bersebelahan pusara isterinya, Toh Puan Halimatun Sa'adiah Chik di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor.[4]
Anugerah
[sunting | sunting sumber]- Malaysia :
- Johan Mangku Negara (JMN) (1963)
- Pingat Peringatan Malaysia (Perak) (PPM) (1965)
- Panglima Mangku Negara (PMN) – Tan Sri (1984)
- Seri Setia Mahkota (SSM) – Tun (1998)
- Kelantan :
- Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Muhammadi I) (SPMK) – Dato' (1981)[5]
- Kedah :
- Darjah Seri Setia Diraja Kedah Yang Amat Dihormati (SSDK) – Dato' Seri (2002)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Senarai Yang di-Pertua Dewan Rakyat
- ^ Tun Zahir Ismail meninggal dunia
- ^ Speakar Dewan Rakyat Tun Zahir meninggal dunia Diarkibkan 2010-06-15 di Wayback Machine AgendaDaily. 15 October 2004
- ^ "A funeral befitting a Speaker". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). 16 Oktober 2004. Dicapai pada 26 Januari 2021.
- ^ Sultan: Be on guard against anti-nationals. New Sunday Times. 31 March 1981.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Dalam lembut Tun Mohamed tetap tegas Diarkibkan 2009-12-27 di Wayback Machine MyKMU Net (from Berita Harian) Accessed 7 June 2010.
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Syed Nasir Syed Ismail |
Yang di-Pertua Dewan Rakyat 1982–2004 |
Diikuti oleh: Ramli Ngah Talib |
- Penerima Seri Setia Mahkota
- Anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Kelahiran 1924
- Kematian 2004
- Muslim Malaysia
- Orang dari Kedah
- Yang di-Pertua Dewan Rakyat
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-2
- Penerima Panglima Mangku Negara
- Penerima Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan
- Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia pertama
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah pertama