Pergi ke kandungan

Leninisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Vladimir Lenin, pelopor fahaman ini didasarkan politik pragmatik yang membolehkan barisan hadapan Bolshevik menjayakan Revolusi Oktober di Rusia. (foto beliau ditangkap Pavel Zhukov pada Julai 1920)

Leninisme [lé-ni-nis-mĕ] merupakan teori politik untuk penubuhan kediktatoran proletariat yang dipimpin oleh parti barisan hadapan revolusioner sebagai permulaan politik kepada penubuhan sosialisme. Fungsi parti barisan hadapan Leninis adalah untuk membekali kelas pekerja dengan kesedaran politik (pendidikan dan organisasi) dan kepimpinan revolusioner yang diperlukan untuk menolak kapitalisme dalam Empayar Rusia (1721-1917). [1] Kepimpinan revolusioner Leninist adalah berdasarkan Manifesto Komunis (1848) yang menetapkan parti komunis sebagai "bahagian yang paling maju dan teguh hati dari parti-parti kelas buruh di setiap negeri, bahagian yang memajukan semua bahagian lain." Sebagai parti barisan hadapan, Bolshevik mempunyai pemahaman saintifik terhadap sejarah yang membenarkan komitmen politik untuk berjaya menggulingkan kapitalisme, dan kemudian memulakan sosialisme; dan menggunakan secara cara untuk merealisasikan anjakan sosio-ekonomi masyarakat sebagai kerajaan kebangsaan revolusioner. [2]

Ekoran Revolusi Oktober (1917), Leninisme dijadikan suatu cabang Marxisme yang dominan di Rusia dan juga asas kepada demokrasi Soviet, iaitu pemerintahan oleh "soviet" yang dipilih secara langsung. Dalam menubuhkan cara pengeluaran sosialis di Rusia Bolshevik menerusi Dekri Tanah (1917), Komunisme Perang (1918-1921), dan Rancangan Ekonomi Baru (1921-1928), rejim revolusioner menindas kebanyakan pembangkang politik, termasuk Marxis yang menentang tindakan Lenin, golongan anarkis dan Menshevik, puak-puak Partai Revolusi Sosialis dan Sosialis-Revolusioner Kiri. [3] Perang Saudara Rusia (1917-1922) yang melibatkan campur tangan sekutu 17 bala tentera (1917-1925) serta pemberontakan haluan kiri terhadap Bolshevik (1918-1924) merupakan perang luaran dan dalaman yang mengubah Rusia Bolshevik kepada Republik Soviet Sosialis Persekutuan Rusia (RSFSR), iaitu republik teras dalam Kesatuan Soviet Republik Sosialis Soviet (KRSS). [4]

Sebagai praksis revolusioner, Leninisme pada mulanya bukanlah falsafah yang mantap mahupun teori politik yang diskret. Dibangunkan dan dinamakan sempena revolusioner Rusia iaitu Lenin (Vladimir Ilyich Ulyanov), Leninisme terdiri daripada perkembangan politik-ekonomi Marxisme ortodoks dan tafsiran Lenin terhadap Marxisme yang berfungsi sebagai sintesis pragmatik untuk dipraktikkan dalam keadaan sebenar (politik, sosial, ekonomi) masyarakat agraria feudal di Empayar Rusia pada awal abad ke-20. [1] Sebagai istilah sains politik, teori revolusi proletariat Lenin diterima umum pada kongres kelima Internasional Komunis (1924), ketika Grigory Zinoviev menggunakan istilah Leninisme untuk memaksudkan "revolusi parti barisan hadapan".[5]

  1. ^ a b The New Fontana Dictionary of Modern Thought Third Edition (1999) pp. 476–477.
  2. ^ Leninism, The Encycopædia Brittanica, 15th Ed. Volume 7, p. 265.
  3. ^ The Columbia Encyclopedia, Fifth Edition. (1994), p. 1,558.
  4. ^ Dictionary of Wars Third Edition (2007) George Childs Kohn, Editor, p. 459.
  5. ^ The New Fontana Dictionary of Modern Thought Third Edition (1999) pp. 476–477.