Pergi ke kandungan

Kronologi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
De emendatione temporum oleh Joseph Scaliger (1583) memulakan ilmu kronologi moden[1]

Kronologi (dari bahasa Latin chronologia, dari bahasa Yunani Purba χρόνος, chronos, "waktu"; dan -λογία, -logia) adalah ilmu menyusun peristiwa menurut turutan kejadian dalam masa. Misalnya, penggunaan garis masa atau turutan peristiwa. Ia juga merupakan "penentuan turutan waktu sebenar bagi peristiwa-peristiwa lepas".[2]

Kronologi merupakan sebahagian daripada pengalaan. Ia juga menganggotai jurusan sejarah, termasuklah sejarah bumi, sains bumi, dan kajian skala masa geologi)

Bidang-bidang berkaitan

[sunting | sunting sumber]

Kronologi merupakan ilmu penentuan kedudukan peristiwa bersejarah dalam masa. Ia bersandarkan kronometri (atau penjagaan masa), dan historiographi yang mengkaji penulisan sejarah dan penggunaan kaedah sejarah. Pentarikhan radiokarbon menganggarkan usia benda-benda yang pernah hidup dengan mengukur kadar isotop karbon-14 di dalam kandungan karbonnya. Dendrokronologi menganggarkan usia pokok dengan menghubungkaitkan gelang pertumbuhan di dalam kayunya dengan jujukan antara tahun yang boleh dirujuk di kawasan terbabit untuk mencerminkan perubahan iklim antara tahun.knonologi merupakan ilmu penentuan kedudukan peristiwa bersejarah dalam masa.la bersandarkan kronometri {penjagaan masa}dan historiograpi yang mengkaji penulisan sejarah dan penggunaan kaedah sejarah.pentarikhan radiokarbon menganggarkan usia benda-benda yang pernah hidup dengan mengukur kadar isotop karbon 14 di dalam kandungan karbonnya dendroknologi menggangarkan usia pokok dengan menghubungkan gelang pertumbuhan di dalam kayunya dengan jujukan antara tahun yang boleh dirujuk di kawasan terbabit untuk mencerminkan perubahan iklim antara tahun kronologi merupakan ilmu penentuan kedudukan peristiwa bersejarah dalam masa

Kalendar dan era

[sunting | sunting sumber]

Istilah kalendar dan era (di dalam erti sistem koheren tahun-tahun kalendar bernombor) membabitkan dua konsep asas kronologi. Contohnya, kalendar yang digunakan sepanjang lapan dalam abad era Masihi mulai abad ke-8 setelah dilancarkan oleh Bede adalah kalendar Julius, tetapi yang mulai tahun 1582 adalah kalendar Gregory. Dionysius Exiguus (sekitar tahun 500) merupakan pengasas era Kristian yang kini merupakan sistem paling meluas digunakan di dunia.

Era ab urbe condita

[sunting | sunting sumber]

Ab urbe condita dalam bahasa Latin bermaksud "sejak penubuhan Kota (Rom)",[3] iaitu tahun 753 SM mengikut perhitungan umum. Ia digunakan untuk menentukan tahun Rom oleh beberapa sejarawan Rom. Sejarawan zaman sekarang lebih kerap menggunakan era ini daripada masyarakat Rom sendiri; kaedah penentuan tahun yang paling umum pada zaman Rom adalah penamaan bersempena dua konsul yang berjawat pada suatu tahun itu. Sebelum kewujudan karya-karya Rom bersejarah dalam edisi kritis moden, bilangan tahun AUC dibubuh sewenang-wenangnya pada tahun konsul oleh para penyunting asal sehingga kelihatan lebih meluas digunakan daripada yang sebenarnya.

Era AUC digunakan secara sistematik buat julung kalinya hanya sekitar tahun 400 M oleh sejarawan Iberia bernama Orosius. Paus Boniface IV pada sekitart tahun 600 nampaknya merupakan orang pertama yang mengaitkan era AUC dengan Anno Domini. (AD 1 = AUC 754.)

Era astronomi

[sunting | sunting sumber]

Era Anno Domini ciptaan Dionysius Exiguus (yang hanya mengandungi tahun-tahun AD atau Masihi) dikembangkan oleh Bede kepada era Kristian yang selengkapnya (iaitu ditambahnya kesemua tahun-tahun kalendar BC (Sebelum Masihi), tetapi tiada tahun sifar). 10 abad selepas Bede, para ahli astronomis Perancis bernama Philippe de la Hire (pada thaun 1702) dan Jacques Cassini (pada tahun 1740) atas niat semata-mata untuk mempermudah pengiraan tertentu, mempergunakan Sistem Pentarikhan Julius yang (diusulkan pada tahun 1583 oleh Joseph Scaliger) sekali dengan tahun astronomi yang mengandungi tahun lompat sifar yang mendahului tahun 1 Masihi tetapi tidak tepat bersamaan dengan tahun 1 SM.

Kronologi prasejarah

[sunting | sunting sumber]

Sedangkan amat penting kepada pengkaji sejarah, kaedah-kaedah penentuan kronologi digunakan dalam kebanyakan jurus sains, terutamanya astronomi, geologi, paleontologi dan archaeologi.

Dengan tiadanya sejarah bertulis dengan babad-babad dan senarai-senaraj raja, para pengkaji purba abad ke-19 mendapati bahawa mereka boleh mencipta kronologi relatif berasaskan teknik dan corak tembikar. Dalam bidang kaji purba Mesir, William Flinders Petrie mempelopori pentarikhan urutan untuk mendalami zaman Neolitik pradinasti dengan menggunakan kelompok-kelompok artifak sezaman yang tersimpan bersama-sama pada suatu waktu dalam kubur, serta menghitung undur secara teratur dari fasa-fasa bersejarah Mesir yang terawal. Kaedah pentarikhan ini dikenali sebagai penderetan atau seriasi.

Barang-barang tembikar yang ditemui bertingkat-tingkat di tapak-tapak yang agak terpencil, iaitu hasil daripada perdagangan, membantu untuk memperluas jaringan kronologi. Sesetengah budaya menyimpan nama yang diberikan berdasarkan bentuk-bentuk keciriannya kerana langsung tidak diketahui gelaran kendiri kaum kerabatnya: contohnya, "Orang Bikar" di Eropah Utara sewaktu alaf ke-3 SM. Pengkajian kaedah menyusunkan tembikar dan lain-lain artifak budaya dalam suatu turutan terdiri daripada dua peringkat iaitu pengelasan dan tiplogi. Pengelasan mewujudkan kategori untuk tujuan penghuraian, sementara tipologi bertujuan untuk mengenal pasti dan mengupas perubahan yang membolehkan artifak itu ditempatkan ke dalam turutan.[4]

Teknik-teknik makmal yang dicipta terutamanya selepas pertengahan abad ke-20 telah membantu untuk kerap-kali menyemak dan memperhalusi kronologi-kronologi yang dicipta untuk bidang-bidang kebudayaan tertentu. Kaedah-kaedah pentarikhan yang saling tidak berkenaan turut memperkukuh kronologi mengikut prinsip tahkik bukti. Secara ideal, bahan-bahan kaji purba yang digunakan untuk menentukan umur sesebuah tapak seharusnya saling melengkapi dan menyediakan cara untuk menyemak silang. Kesimpulan daripada hanya satu teknik yang tidak disokong sering dikira sebagai tidak boleh dipercayai.

  1. ^ Richards, E. G. (1998). Mapping Time: The Calendar and History. Oxford: Oxford Press. m/s. 12–13. ISBN 0-19-286205-7.
  2. ^ Memidex/WordNet, "chronology," memidex.com Diarkibkan 2019-12-15 di Wayback Machine (accessed September 25, 2010).
  3. ^ Literally translated as "From the city having been founded".
  4. ^ Greene, Kevin (November 2007). Archaeology : An Introduction. University of Newcastle Upon Tyne. m/s. Chapter 4. Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-03-29. Dicapai pada 2008-01-04. Unknown parameter |nopp= ignored (bantuan)
  • Hegewisch, D. H., & Marsh, J. (1837). Introduction to historical chronology. Burlington [Vt.]: C. Goodrich.
  • B. E. Tumanian, “Measurement of Time in Ancient and Medieval Armenia,” Journal for the History of Astronomy 5, 1974, pp. 91–98.
  • Kazarian, K. A., “History of Chronology by B. E. Tumanian,” Journal for the History of Astronomy, 4, 1973, p. 137
  • Porter, T. M., "The Dynamics of Progress: Time, Method, and Measure". The American Historical Review, 1991.

Templat:Topik Masa Templat:Kronologi