Ihram
Sebahagian daripada siri berkaitan |
Perundangan Islam (Fiqah) |
---|
Suatu disiplin kajian Islam |
Perkataan ihram berasal daripada perkataan Arab: أَحْرَمَ يُحْرِمُ إِحْرَامًا
yang membawa maksud menjadikan ia haram. Iaitu apabila seseorang memulakan takbiratul ihram maka ia seolah-olahnya dengan rela hati mengharamkan apa-apa yang sebelum takbiratul ihram itu halal.
Contohnya seperti makan. Makan adalah halal dan minum juga adalah halal. Tetapi kalau seseorang memulakan takbiratul ihram (untuk menunaikan solat) maka, seolah-olahnya dia dengan rela hatinya mengharamkan makan dan minum ke atas dirinya yang mana sebelum dia takbiratul ihram, ia adalah halal baginya.
Ihram juga merupakan satu keadaan yang perlu dimasuki orang Islam untuk melakukan Haji atau Umrah.
Ihram dalam Haji ataupun Umrah
[sunting | sunting sumber]Ihram dalam Haji ataupun Umrah boleh didefinisikan sebagai suatu bentuk perkara yang menyebabkan penunai ibadah Haji dan Umrah adalah dilarang melakukan beberapa perbuatan kerana mereka diikat oleh Hukum yang tidak membolehkan mereka melakukannya ketika Haji dan Umrah sedang dilaksanakan.
Ihram boleh diklasifikasikan kepada aspek berikut:
Niat Ihram
[sunting | sunting sumber]Niat Ihram merujuk kerada 'Niat Haji' dan 'Niat Umrah' tatkala seseorang itu ingin menunaikan Haji ataupun Umrah. Setelah mereka berbuat demikian, maka diharamkan ke atas mereka untuk melakukan segala perkara yang dilarang dalam ihram sehinggalah mereka bertahallul.
Lafaz niat
[sunting | sunting sumber]"Sahaja aku menunaikan Haji/Umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala"
Adab ketika beniat
[sunting | sunting sumber]- Berniat Ihram dengan cara menghadap Kiblat
- Berniat Ihram hanya boleh dilakukan ketika berada di Miqat
- Berniat Ihram dalam keadaan berwuduk
Etika pemakaian Ihram
[sunting | sunting sumber]Pakaian ihram bagi lelaki ialah dua helai kain lepas, iaitu tidak dijahit dan tidak pula dijalin (tidak dicantum). Sehelai dipakai sebelah bawah untuk menutup aurat, iaitu antara pusat dan lutut dan sehelai lagi dibuat selendang. Kain ini disunatkan berwarna putih. Pakaian ihram untuk perempuan pula hendaklah menutup semua anggota badannya kecuali muka dan tapak tangan yang hendaklah terbuka seperti dalam sembahyang.
Lelaki adalah dilarang memakai kasut ataupun sepatu yang boleh menutup badan jari-jari kaki dan tumit belakang ketika mereka dalam berihram.
Sejarah pakaian ihram dikatakan bermula sejak zaman Nabi Ibrahim lagi, hal ini dapat dilihat dari segi etika pemakaian kaum Zaman Mesopotamia Purba. Namun ia lebih didorong dengan etika pemakaian masyarakat Timur Tengah dari Kalangan bangsa Arab dan Yahudi khususnya. Lantaran dari itu syariat pemakaiaan Ihram hanyalah tertumpu ketika menunaikan ibadah Haji ataupun Umrah sahaja sepertimana yang telah dikhabarkan oleh Nabi Muhammad SAW. Memakai pakaian ihram dengan betul, bersih, suci dapat mendekatkan seseorang hamba itu kepada Tuhannya selain menghilangkan rasa bongkak dan takabbur.
Amalan sunat Ihram
[sunting | sunting sumber]Perkara yang dilarang dalam Ihram
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah terbitan Lembaga Tabung Haji Malaysia. Cetakan 2007/2008.