Guadeloupe
Guadeloupe Guadeloupe | |
Lagu: La Marseillaise | |
Ibu kota | Basse-Terre |
Bahasa rasmi | Bahasa Perancis |
Negara | Perancis |
Kerajaan | Jabatan dan Kawasan Seberang Laut Perancis |
- Presiden Daerah | Victorin Lurel |
Keluasan | |
---|---|
- Jumlah | 1,628 km² (-) km persegi |
- Air (%) | 0 |
Penduduk | |
- Kepadatan | 249/km² (-) /km persegi |
Mata wang | Euro (EUR )
|
Zon waktu | (UTC-4) |
Domain Internet | .fr |
Kod panggilan | +590 |
Guadeloupe merupakan sekumpulan pulau di Laut Caribbean. Ia merupakan jabatan seberang laut dan kawasan seberang laut Perancis. Guadeloupe dianggap sebahagian daripada Perancis walaupun terletak 7600 km dari pusat negeri di Eropah. Oleh itu, Guadeloupe merupakan sebahagian daripada Kesatuan Eropah dan memegang status sebagai kawasan-kawasan terluar Kesatuan Eropah. Guadeloupe terbentuk daripada beberapa pulau, di mana enam daripadanya diduduki manusia : la Grande-Terre, la Basse-Terre, Marie-Galante, Terre-de-Haut, Terre-de-Bas dan la Désirade.
Guadeloupe mengambil namanya daripada Monasteri diraja Santa María, yang terletak di bandar Sepanyol yang bernama Guadalupe, di provinsi Cáceres di Extremadura, di mana patung Maryam (Virgen de Guadalupe) dianggap suci oleh Christopher Colombus yang datang berterima kasih terhadapnya atas bantuannya ketika penemuan Dunia Baru.