Frekuensi radio
Penampilan
Frekuensi radio (RF) adalah frekuensi atau kadar ayunan dengan julat antara 3 Hz hingga 300 GHz. Julat ini bersamaan dengan frekuensi isyarat elektrik arus ulang-alik yang digunakan bagi menghasilkan dan mengesan gelombang radio. Disebabkan kebanyakan julat ini melampaui kadar ayunan yang kebanyakan sistem mekanikal mampu bertindak balas, RF biasanya merujuk kepada ayunan dalam litar elektrik atau sinaran elektromagnet.
Ciri-ciri khas isyarat elektrik RF
[sunting | sunting sumber]Arus eletrik yang berayun pada RF mempunyai ciri-ciri khas yang tidak dikongsi oleh isyarat arus terus. Salah satu cirinya adalah kecenderungannya mengion udara bagi mencipta laluan mengalir menerusi udara.