Asid arsenus
Nama | |
---|---|
Nama IUPAC
Asid arsoros
| |
Nama lain
Asid arsenious
Oksida arsenik | |
Pengecam | |
Imej model 3D Jmol
|
|
ChEBI | |
ChemSpider | |
DrugBank | |
PubChem CID
|
|
CompTox Dashboard (EPA)
|
|
| |
| |
Sifat | |
H3AsO3 | |
Jisim molar | 125.94 g/mol |
Rupa bentuk | Hanya wujud dalam larutan akueus |
Bahaya | |
Bahaya-bahaya utama | Toksik, menghakis |
Sebatian berkaitan | |
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa). | |
pengesahan (apa yang perlu: / ?) | |
Rujukan kotak info | |
Asid arsenus, juga dikenali dengan nama asid arsenius, ialah sejenis sebatian tidak organik dengan formula kimia H3AsO3. Ia diketahui terdapat di dalam larutan akua, tetapi belum pernah diasingkan sebagai bahan yang asli. Namun, ini tidak menjejaskan kepentingan As(OH)3.[1]
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]As(OH)3 ialah molekul berbentuk piramid yang terdiri daripada tiga kumpulan hidroksil yang terikat pada satu atom arsenik. Spektrum NMR 1H larutan asid arsenus terdiri daripada satu isyarat tunggal yang konsisten dengan kesimetrian tinggi molekul ini.[2] Sebaliknya, spesis fosforus yang berkait secara nominal, H3PO3, kebanyakannya mengguna pakai struktur HPO(OH)2; P(OH)3 ialah komponen keseimbangan yang sangat kecil di dalam sebatian-sebatian seperti ini. Kelakuan berbeza antara sebatian-sebatian As dan P menunjukkan satu pola yang menunjukkan keadaan pengoksidaan yang tinggi adalah lebih stabil untuk unsur-unsur kumpulan utama yang lebih ringan daripada untuk unsur-unsur yang lebih berat.[3]
Tindak balas
[sunting | sunting sumber]Penyediaan As(OH)3 melibatkan hidrolisis arsenik trioksida secara perlahan-lahan di dalam air. Dengan menambahkan bes, asid arsenus ini ditukarkan kepada ion-ion arsenit seperti [AsO(OH)2]-, [AsO2(OH)]2- dan [AsO3]3-. pKa pertamanya ialah 9.2. Tindak balas yang dikatakan berpunca daripada arsenik trioksida akua adalah disebabkan oleh asid arsenus dan bes-bes berkonjugatnya.
Toksikologi
[sunting | sunting sumber]Sebatian yang mengandungi arsenik adalah sangat bertoksik dan karsinogenik. Bentuk anhidrida asid arsenus, arsenik trioksida, digunakan sebagai racun herba, racun perosak dan rodentisid.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Munoz-Hernandez, M.-A. (1994). "Arsenic: Inorganic Chemistry". Dalam King, R. B. (penyunting). Encyclopedia of Inorganic Chemistry. Chichester: John Wiley & Sons.
- ^ Kolozsi, A.; Lakatos, A.; Galbács, G.; Madsen, A. Ø.; Larsen, E.; Gyurcsik, B. (2008). "A pH-Metric, UV, NMR, and X-ray Crystallographic Study on Arsenous Acid Reacting with Dithioerythritol" (pdf). Inorganic Chemistry. 47: 3832–3840. doi:10.1021/ic7024439. PMID 18380458.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Greenwood, N. N. (1997). Chemistry of the Elements. Oxford: Butterworth-Heinemann. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)
- "Arsenic trioxide". Dicapai pada 29 Januari 2006.