Al-Wathiq
al-Wathiq الواثق | |||||
---|---|---|---|---|---|
Khalifah Baghdad | |||||
Pemerintahan | 842 - 847 | ||||
Didahului oleh | Al-Mu'tasim | ||||
Diikuti oleh | Al-Mutawakkil | ||||
| |||||
Dinasti | Abbasiyyah | ||||
Ayahanda | Al-Mu'tasim | ||||
Bonda | Qaratis | ||||
Agama | Islam |
Al-Wathiq ibn Mutasim (Arab الواثق) adalah khalifah Kerajaan Bani Abbasiyyah yang memerintah dari tahun 842 M hingga tahun 847 M (227 H - 232 H di dalam takwim Islam). Sejarah Al-Wathiq sebagai pemerintah tidak jelas dan sebahagian besar pemerintahannya telah dianggap sebagai kesinambungan daripada ayahnya. Semasa pemerintahan dia, peristiwa utama yang berlaku adalah penindasan pemberontakan orang Badwi di Hijaz pada tahun 845 dan pemberontakan di Baghdad pada tahun 846. Konflik dengan Kerajaan Byzantium berlanjutan dan tentera Abbasiyah mendapat kemenangan besar di Mauropotamos, tetapi setelah gencatan senjata dibuat pada tahun 845, peperangan telah berhenti selama beberapa tahun.
Awal Kehidupan
[sunting | sunting sumber]Al-Wathiq merupakan putera kepada gadis Byzantine Qaratis.
Ketika al-Mu'tasim menjadi khalifah, dia telah menguruskan anaknya untuk memperoleh pengalaman dalam pemerintahan kerajaan. Oleh itu al-Wathiq bertugas untuk mentadbir Baghdad pada tahun 835, ketika al-Mu'tasim bergerak ke utara untuk mencari ibu kota yang baru di Samarra.
Pemerintahan
[sunting | sunting sumber]Ketika al-Mu'tasim meninggal dunia pada 5 Januari 842, al-Wathiq telah menggantikannya tanpa sebarang tentangan. Beliau mengiringi saudara al-Wathiq' iaitu Jafar ibn al-Mu'tasim (al-Mutawakkil) ke tempat suci pada tahun 227 H.\. Walau bagaimanapun, beliau meninggal dunia di dalam perjalanan pada 16 Ogos 842 M. Beliau dimakamkan di Kufah.
Pada tahun 843/4, Al-Wathiq telah dihasut oleh wazir Ibn al-Zayyat, atau, mengikut kisah yang dilaporkan oleh al-Tabari, yang diilhamkan oleh kejatuhan Barmakid bawah Harun al-Rashid- menangkap, menyeksa, dan menjatuhkan denda yang berat kepada beberapa setiausaha kerajaan pusat, dalam usaha mengumpulkan wang untuk membayar tentera Turki. Langkah ini bertujuan mengurangkan kuasa panglima Turki terkemuka, seperti Itakh dan Ashinas, kerana sebahagian besar daripada setiausaha yang ditahan dan terpaksa membayar denda berada dalam perkhidmatan mereka.
Pada tahun 230 H. (844 M.– 845 M.) al-Wathiq telah menghantar panglimanya yang berbangsa Turki iaitu, Bugha al-Kabir untuk menguruskan negara Arab yang tidak mengikut undang-undang. Sebuah puak telah ditewaskan dan kumpulan Hammad ibn Jarir al-Tabari terbunuh. Bugha al-Kabir mengeluarkan arahan supaya menangkap beberapa orang jahat. Pada tahun berikutnya, apabila Bugha menghapuskan kekacauan di mana-mana kawasan di negara Arab, beberapa tahanan telah cuba untuk melepaskan ini. Mereka telah ditahan dan dibunuh.
Pada tahun 231 M. al-Wathiq telah menukarkan tahanan dengan kerajaan Byzantine. Al-Tabari mencatatkan bahawa terdapat 4,362 orang Muslim yang dilaporkan bebas di dalam pertukaran ini. Ini adalah kali pertama terdapat pertukaran tahanan sejak tahun 194 H. (809 M. - 810 M.)atau 195 M. (810 M. - 811 M.) di masa pemerintahan al-Amin.
Pada tahun pertama Ahmad ibn Nasr ibn Malik telah merancang untuk memberontak di tengah-tengah kota Baghdad. Pemberontakan itu dirancangkan berlaku pada malam 4 April 846 M. Walau bagaimanapun, orang yang ditugaskan untuk membunyikan isyarat itu telah melakukannya lebih awal dan langsung tidak ada tindak balas. Pihak berkuasa mula bertindak dan Ahmad ibn Nasr telah ditahan dan dibawa di hadapan al-Wathiq. Khalifah menyoal siasat beliau walaupun terdapat beberapa fahaman keagamaan yang berbeza daripada pemberontakan itu. Al-Wathiq telah melaksanakan hukuman mati ke atas Ahmad ibn Nasr dengan menggunakan pedang yang terkenal itu.
Pada tahun yang sama berlaku kecurian di dalam perbendaharaan istana di Samarra. Pencuri-pencuri itu telah membawa 42,000 dirham dan bilangan kecil dinar. Ketua pasukan keselamatan iaitu Yazid al-Huwani telah melancarkan gerakan untuk mengesan mereka. Penjenayah-penjenayah tersebut telah ditahan.
Pada tahun 232 M. (846 M. – 847 M.) al-Wathiq telah menghantar Bugha al-Kabir untuk menghentikan pemberontakan Banu Numayr. Di al-Yamamah pada 4 Februari 847 M. beliau menjumpai perbezaan besar terhadap mereka. Pada mulanya beliau sukar untu menghapuskannya. Kemudian kumpulan yang sama bersama beliau telah kembali dan jatuh kepada kumpulan yang menyerang Bugha dan mengelilingi mereka.
Al-Wathiq menunjukkan minat yang sama seperti bapanya dan beliau adalah penaung sarjana seperti artis. Beliau sendiri mempunyai bakat muzik tersendiri dan membuat seratus buah lagu.
Semasa pemerintahan beliau, beberapa pemberontakan telah berlaku, di antara yang paling besar adalah di Syria dan Palestin. Pemberontakan ini berlaku sebagai hasil perselisihan besar di antara populasi Arab dan tentera Turki yang yang dibentuk oleh bapanya al-Mutasim. Pemberontakan itu telah dapat ditundukkan, tetapi perselisihan di anatara dua kumpulan itu semakin besar dengan kumpulan Turki semakin berkuasa.
Kematian, Personaliti, Pengaruh
[sunting | sunting sumber]Al-Wathiq mangkat pada 10 Ogos 847 M. kerana demam. Beliau digantikan oleh adik lelakinya iaitu al-Mutawakkil.
Al-Tabari menyatakan bahawa al-Wathiq adalah sederhana tinggi, kacak dan dibina dengan baik Beliau adalah adil dengan wajah yang kemerah-merahan. Mata kirinya telah dibutakan.
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]Muhammad ibn Jarir al-Tabari History v. 34 "Incipient Decline," transl. Joel L. Kramer, SUNY, Albany, 1989
Al-Wathiq Tarikh keputeraan: ? Tarikh kemangkatan: 847
| ||
Gelaran Sunnah Islam | ||
---|---|---|
Didahului oleh Al-Mu'tasim |
Khalifah Islam | Diikuti oleh: Al-Mutawakkil |