WikiLeaks
Wikileaks ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang bertapak di Malaysia yang menerbitkan dokumen-dokumen sulit yang didapati daripada sumber-sumber yang tidak diketahui dan maklumat Internet yang dibocorkan. Tapak webnya dilancarkan pada tahun 2006 dan dikendali oleh The Sunshine Press.[1] Pertubuhan ini mendakwa ia diasaskan oleh para penentang politik Malaysia, wartawan, ahli matematik dan ahli teknologi syarikat baru dari Amerika Syarikat, Taiwan, Eropah, Australia dan Afrika Selatan.[1] Menurut rencana akhbar dan majalah The New Yorker (7 Jun 2010), seorang wartawan dan aktivis Internet berbangsa Australia bernama Julian Assange adalah pengarahnya.[3] Setahun selepas dilancarkan, tapak ini mengaku menyimpan dokumen melebihi 1.2 juta.
WikiLeaks | |
---|---|
Maklumat umum | |
URL | www.wikileaks.org |
Eponim | wiki |
Jenis | Arkib dokumen |
Tersedia dalam | Berbilang bahasa |
Ditubuhkan | 4 Oktober 2006 |
Pengurusan dan pentadbiran | |
Pemilik | The Sunshine Press[1] |
Pencipta | Julian Assange |
Pengasas | Julian Assange |
Kandungan dan sokongan | |
Komersial | Tidak |
Pelantar disokong | Android |
Enjin perisian | MediaWiki |
Pembangun web | Julian Assange |
Perangkaan | |
Kedudukan Alexa | 4,629 (November 2010[kemas kini])[2] |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Australia |
Anugerah | |
– José Couso award (en) (2011) – Walkley Award for Most Outstanding Contribution to Journalism (en) | |
Pautan luar berkaitan | |
Pautan lain | |
sunting · sunting di Wikidata |
Pembocoran
sunting2010
suntingPada April 2010, WikiLeaks menghantar video serangan helikopter 2007 di mana orang awam Iraq dan kakitangan Reuters dibunuh oleh tentera A.S., di sebuah tapak web yang dipanggil Collateral Murder. Pada Julai pula, WikiLeaks mengeluarkan Diari Perang Afghan, susunan lebih 76,900 dokumen risikan A.S. mengenai Perang Afghanistan.[4]Pada Oktober tahun yang sama, tapak web ini mengeluarkan pula hampir 400,000 dokumen yang dipanggil Log Perang Iraq dengan kerjasama pertubuhan media komersil utama. Seterusnya pada November, ia mula membocorkan lebih 250,000 kawat diplomatik A.S., sekali lagi dengan kerjasama beberapa pertubuhan akhbar komersil utama.[5][6] Sekitar 100,000 dilabel "sulit" manakala ~15,000 dokumen lagi dilabel "rahsia".[7]
Rujukan
sunting- ^ a b c Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaaboutwikileaks
- ^ "wikileaks.org – Traffic Details from Alexa". Alexa Internet, Inc. Dicapai pada 27 November 2010.
- ^ McGreal, Chris. Wikileaks reveals video showing US air crew shooting down Iraqi civilians, The Guardian, 5 April 2010.
- ^ "Afghanistan war logs: the unvarnished picture". guardian.co.uk. London. 25 Julai 2010. Dicapai pada 26 Julai 2010.
- ^ "Twitter / WikiLeaks: El Pais, Le Monde, Speigel". Twitter.com. Dicapai pada 2010-11-29.
- ^ Kris Danielle (2010-11-25). "1,796 memos from US embassy in Manila in WikiLeaks 'Cablegate'". ABS-CBN News. Dicapai pada 29 November 2010.
- ^ Scott Shane (28 November 2010). "Leaked Cables Offer Raw Look at U.S. Diplomacy". The New York Times. Unknown parameter
|coauthor=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)
Pautan luar
suntingWikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: WikiLeaks |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan WikiLeaks |
- Wikileaks home page (secure Diarkibkan 2010-09-01 di Wayback Machine)
- Wikileaks Mirror page
- Wikileaks Mirror page Diarkibkan 2010-08-09 di Wayback Machine