Lidah buaya
Lidah buaya (nama botani: Aloe vera)[3] ialah spesies tumbuhan dalam genus Aloe.[4] Tumbuhan malar hijau saka ini asli di Semenanjung Arab, tetapi ia meliar sebagai spesies ceroboh di iklim-iklim tropika, separa tropika dan kering seluruh dunia.[4][5] Ia juga telah membiak dengan baik di lembangan Mediterranean dengan merentasi Algeria, Maghribi, Tunisia di utara Afrika serta kepulauan Canaria dan Madeira.
Lidah buaya | |
---|---|
Pangkal daun lidah buaya (dari pandangan atas) | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Subkeluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | A. vera
|
Nama binomial | |
Aloe vera | |
Sinonim[1][2] | |
|
Lidah buaya telah digunakan sebagai ubatan tradisional untuk melegakan luka, ruam, demam, gatal-gatal, kulit dan banyak lagi.[perlu rujukan] Selain itu, pokok herba ini juga sangat terkenal dalam industri kosmetik dan produk kesihatan. Walau bagaimanapun, ia masih kurang ditanam secara komersial di Malaysia.[6] Spesies ini juga menarik sebagai tanaman hiasan.[7]
Botani
suntingLidah buaya ialah tumbuhan saka yang sukulen dengan akar serabut yang kuat. Lebar pokok boleh mencecah 60-120 sentimeter manakala panjang pokok ialah sehingga 80 sm pada peringkat matang. Tingginya boleh mencapai 40-60 sm.[8]
Daun
suntingHelai daunnya tebal berwarna hijau muda atau hijau kekelabuan di luar, tepinya penuh duri. Dalamnya berisi jeli. Daun-daunnya disusun melingkar rapat.[3] Pangkal daunnya tersusun berbentuk sarung.[8] Bahagian yang digunakan dalam perubatan ialah jus dan gel daun. Pokok lidah buaya boleh menerima cahaya matahari penuh atau separa penuh untuk hidup.
Lidah buaya adalah antara tumbuhan yang membebaskan oksigen dan menyerap karbon dioksida walaupun berada dalam keadaan gelap, membuatkan ia sesuai diletakkan dalam bilik tidur.[perlu rujukan]
-
Tepi daun lidah buaya
yang bergerigi -
Dedaun lidah buaya
var. chinensis yang berbintik
Bunga
suntingBunga pokok tumbuh dan tergantung pada beberapa batang bulir jambak yang muncul dari pucuk pokok mencapai 90 sm tinggi. Sari kuntum-kuntumnya berbentuk torak, berwarna kuning dengan ukuran 2-3 sm panjang.[3][9][10]
-
Sebulir jambak bunga lidah buaya.
-
Bunga lidah buaya berwarna kuning (30 mm)
Sejarah perubatan
suntingBatu bersurat Sumeria bertarikh 2200 SM, yang dijumpai di kota Nippur menunjukkan bahawa daun lidah buaya telah digunakan sebagai julap. Pada 1550 SM, orang Mesir Ebers Papyrus menunjukkan bahawa daun lidah buaya dikisar, dicampur dengan komponen perubatan lain dan direbus, kemudian digunakan dalam 12 formula perubatan, untuk kegunaan dalaman dan luaran.
Sekitar 400 SM, sap lidah buaya telah direbus untuk kegunaan domestik dan dieksport melalui pedagang Arab sepanjang barat Asia. Selaras itu, pokok ini telah dikenali sebagai 'penyembuh senyap' oleh penganut agama Hindu dan 'ramuan harmonik' oleh pakar perubatan Cina kuno. Ia telah (dan masih) ditanam dan digunakan di India sebagai agen penyembuhan dalaman dan luaran.[11]
Penanaman
suntingPokok lidah buaya mempunyai sejarah penanaman yang panjang di seluruh kawasan tropika dan subtropika yang lebih kering di dunia, baik sebagai pokok hiasan mahupun sebagai perubatan herba. Ia juga boleh tumbuh ketika iklim panas, lembap dan kering.[12] Kajian penanaman lidah buaya di tanah bekas lombong yang diklasifikasikan sebagai tanah bermasalah telah dilaksanakan di Stesen MARDI Kundang, Selangor. Hasil kajian menunjukkan lidah buaya amat berpotensi ditanam di tanah bekas lombong kerana ia hanya memerlukan lembapan tanah yang amat minimum.[13]
Pokok lidah buaya yang ditanam secara komersial dituai setiap enam hingga lapan minggu dengan mengambil tiga hingga empat helai daun setiap pokok.
Khasiat
suntingPenyelidik-penyelidik di Universiti Miguel Hernandez di Alicante, Sepanyol telah mengembangkan sejenis gel berasaskan Aloe vera yang memanjangkan pemuliharaan keluaran-keluaran segar, seperti buah-buahan dan kekacang segar. Gel ini hambar, tidak berwarna dan tidak berbau. Produk semula jadi ini merupakan alternatif yang selamat dan tidak menjejaskan persekitaran, berbanding dengan bahan-bahan awet tiruan seperti sulfur dioksida. Kajian menunjukkan bahawa anggur-anggur pada 1 °C yang disapu dengan gel ini dapat dipeliharakan selama 35 hari, berbanding dengan hanya 7 hari untuk anggur-anggur yang tidak diolah. Menurut penyelidik-penyelidik itu, gel ini bertindak melalui satu gabungan mekanik (Serrano et al., 2006) dan membentuk satu lapisan pelindung terhadap oksigen dan kelembapan udara dan, melalui berbagai-bagai sebatian antibiotik dan antikulat, menghalang tindakan mikroorganisma yang mengakibatkan penyakit-penyakit bawaan makanan.
Perubatan
suntingLidah Buaya biasa dipergunakan sebagai kegunaan luar untuk merawat berbagai-bagai keadaan kulit, seperti luka, luka terbakar, dan ekzema. Sap daripada Lidah Buaya dikatakan dapat melegakan kesakitan dan mengurangkan keradangan. Bukti-bukti saintifik mengenai kesan-kesan sap Lidah Buaya terhadap penyembuhan luka kelihatan bercanggah (Vogler dan Ernst, 1999). Satu kajian yang dijalankan pada dekad 1990-an menunjukkan bahawa penyembuhan luka terbakar yang sederhana hingga teruk telah dicepatkan sehingga enam hari apabila luka selalu disapu dengan gel Lidah Buaya, berbanding dengan luka yang hanya dibalut oleh pembalut kasa (Farrar, 2005). Sebaliknya, lagi satu kajian menunjukkan bahawa luka-luka yang disapu dengan gel Lidah Buaya mengambil lebih banyak masa untuk sembuh (Schmidt dan Greenspoon, 1991).
Banyak syarikat kosmetik memasukkan sap dan bahan-bahan terbitan Lidah Buaya yang lain ke dalam produk-produk mereka seperti alat solek, pelembap kulit, sabun, pelindung cahaya matahari, syampu, dan losen. Gel Lidah Buaya dikatakan berguna untuk keadaan-keadaan kulit yang kering, khususnya ekzema di sekeliling mata serta kulit muka yang peka. Selain itu, gel Lidah Buaya telah digunakan untuk merawat jangkitan-jangkitan kulat, seperti kurap.
Sebuah makalah yang diterbitkan oleh Jurnal Amalan Umum British menunjukkan bahawa Lidah Buaya adalah amat baik untuk merawat pesakit-pesakit yang telah lama menghidap kurap air. Bagaimanapun, pembubuhan topikal Lidah Buaya tidaklah berkesan terhadap pencegahan kecederaan berkait sinaran. Fungsi Lidah Buaya yang dikatakan dapat menyembuhkan luka juga masih tidak jelas walaupun terdapat sesetengah hasil kajian yang mengeluarkan keputusan yang menggalakkan. Keberkesanan ujian klinikal terhadap penggunaan Lidah Buaya secara topikal atau melalui mulut juga masih tidak jelas pada masa kini.
Makanan
suntingHebahan cerita tentang banyaknya manfaat daripada penggunaan Lidah Buaya yang semakin popular telah menjadikan para pengeluar makanan tertarik untuk mengolahnya sebagai bahan makanan baharu. Hal ini terbukti dengan beragamnya produk makanan daripada ekstrak Lidah Buaya yang dijual dalam pasaran. Ada antaranya yang dijual segar atau dibuat manisan, jus, serbuk sehinggalah kepada gel aloe vera.
Selain sebagai bahan utama dalam kecantikan, Lidah Buaya juga dikatakan bermanfaat untuk kesihatan seperti mampu melambatkan serangan virus HIV kepada sel sihat, memperbaiki sistem pencernaan, bersifat antiseptik dan antibiotik semula jadi.
Negara-negara Dunia Ketiga dilihat agak ketinggalan, berbanding negara-negara membangun di sekitar lautan Pasifik seperti Hong Kong, Taiwan dan China, di mana mereka sentiasa menggunakan Lidah Buaya sebagai suatu makanan budaya. Mereka menggunakannya dalam bentuk jus, manisan bahkan dicampur dengan teh.[perlu rujukan]
Dalam bidang masakan, isi Lidah Buaya sebenarnya amat lazat untuk diadukkan dalam beraneka masakan. Teksturnya yang kenyal dengan rasanya menyegarkan sangat sesuai untuk dicampur dengan salad, tumisan, jus mahupun manisan.
Bagi pengguna yang ingin mengolah Lidah Buaya, berikut merupakan petua bagi mengurangkan bau langu, rasa pahit dan lendirnya:
- Sentiasa memilih Lidah Buaya berisi tebal. Kupas kulit sedikit tebal sehingga tersisa isi buah yang berwarna putih lut sinar. Potong menjadi bentuk yang lebih kecil. Rendam di dalam air matang yang telah ditambah dengan 0.025% garam dan 0.025% asam sitrat. Biarkan selama 2 jam, cuci bersih dan tiriskan.
- Cara lain: Setelah dikupas, cuci dan ramas-ramas potongan isi Lidah Buaya di dalam air garam. Setelah lendirnya hilang, rendam dalam air kapur sirih atau tawas agar untuk memperoleh tekstur gel yang lebih kukuh dan kenyal. Cuci bersih dan gel siap digunakan.
Rujukan
sunting- ^ "Aloe vera (L.) Burm. f." Tropicos. Missouri Botanical Garden. 2022. Dicapai pada 2 April 2022.
- ^ "Aloe vera L. Burm.f. Fl. Indica : 83 (1768)". World Flora Online. World Flora Consortium. 2022. Dicapai pada 16 December 2022.
- ^ a b c Hean Chooi Ong (2006). Tanaman hiasan: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 41, 182–183. ISBN 9789676118929.
- ^ a b "Aloe vera (true aloe)". CABI. 13 Februari 2019. Dicapai pada 2 April 2022.
- ^ "Aloe". Drugs.com. 30 Disember 2020. Dicapai pada 2 April 2022.
- ^ "Lidah Buaya". Taman Herba Malaysia.
- ^ Perkins, Cyndi (13 Februari 2016). "Is Aloe a tropical plant?". SFGate. Dicapai pada 2 April 2022.
- ^ a b "Herba > Lidah Buaya". Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. 2016. Dicapai pada 2 April 2022.
- ^ Yates, A. (2002). Yates Garden Guide. Harper Collins Australia.
- ^ Botanica's Pocket Gardening Encyclopedia for Australian Gardeners. Random House Publishers. 2001. ISBN 9781740514347.
- ^ Aloe Vera: Health Benefits and Medical Uses
- ^ Mohideen, M. Kader. Production Technology Of Medicinal And Aromatic Crops. AGROBIOS (INDIA). m/s. 16. ISBN 978-81-7754-411-4.
- ^ A.H. Lim; A.R. Mohd Zafrul (Mac 2009). "Aloe Vera di tanah bekas lombong". Agromedia. Penerbitan MARDI (30).
- Serrano M, Valverde JM, Guillen F, Castillo S, Martinez-Romero D, Valero D. (2006). Use of Aloe vera gel coating preserves the functional properties of table grapes. J Agric Food Chem 54 (11): 3882-3886. Sila lihat di sini.
Bacaan tambahan
sunting- Farmer-Knowles, H. 2010. The Healing Plants Bible: The definitive guide to herbs, trees and flowers. Octupus Publisihing Group. ISBN 978-1-84181-390-5.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Lidah buaya. |
- Nama saintifik Lidah buaya
- Lidah buaya di MARDI
- Kesihatan: Lidah Buaya (Aloe vera) dalam perubatan tradisional
- Khasiat dan Kebaikan Lidah Buaya
- Tumbuhan-tumbuhan untuk Masa Depan: Aloe vera
- Flora Europaea: Aloe vera – disenaraikan hanya sebagai tumbuhan yang dibawa masuk, berbeza dengan kenyataan-kenyataan Eropah dalam sesetengah sumber
- Flora China: Aloe vera