Istana Osaka
Istana Osaka (大阪城 , Ōsaka-jō) adalah istana yang terletak di dalam Taman Istana Osaka, daerah Chuo-ku, bandar Osaka, Jepun. Istana Osaka berada di hujung sebelah utara daerah Uemachi, terletak di tanah yang paling tinggi dibandingkan dengan wilayah sekelilingnya.
Istana Osaka | |
---|---|
大阪城 (Ōsakajō ) | |
Maklumat umum | |
Jenis | Istana |
Gaya seni bina | Seni bina Jepun lama |
Lokasi | Osaka |
Negara | Jepun |
Koordinat | 34°41′14″N 135°31′33″E |
Pembinaan bermula | 1583 |
Pemilik | Toyotomi Hideyoshi |
Butiran teknikal | |
Bahan | Kayu |
Reka bentuk dan seni bina | |
Anugerah/hadiah | 100 Pemandangan Heisei |
Tapak web | |
http://www.osakacastle.net/english/ | |
sunting · sunting di Wikidata |
Istana kota Osaka merupakan bangunan peninggalan budaya yang dilindungi oleh pemerintah Jepun. Menara utama Istana kota Osaka yang menjulang tinggi merupakan simbol kota Osaka.
Istana ini turut dimanfaatkan sebag kubu pertahanan sejak zaman Azuchi Momoyama hingga zaman Edo. Binaan istana yang sedia ada kini terdiri daripada menara utama yang dilindungi oleh dua lapis tembok tinggi yang dikelilingi oleh dua lapis parit, parit bahagian dalam (Uchibori) dan parit bahagian luar (Sotobori). Air yang digunakan untuk mengairi parit istana diambil dari Sungai Yodo yang mengalir di sebelah utara Istana Osaka.
Menurut orang Jepun zaman dulu, Istana Osaka (大坂城; Ōsaka-jō atau Ōzaka-jō) berada di wilayah Setsu (nama zaman dulu untuk Osaka dan sekelilingnya), wilayah Higashinari Goori, Osaka. Sesuai dengan penggantian aksara Kanji yang digunakan untuk menulis kota Osaka dalam bahasa Jepun, nama Istana kota Osaka sekarang ditulis sebagai 大阪城 (Ōsaka-jō).
Sejarah
suntingPada tahun 1496, sami Buddha yang bernama Rennyo membina rumah kediaman sami di lokasi yang bernama Osaka (tanjakan besar). Sami Rennyo yang mempunyai banyak pengikut kemudiannya memperluaskan rumah kediamannya menjadi kuil besar bernama Osaka Honganji (Ishiyama Honganji).
Pada zaman Sengoku (tahun 1583), Oda Nobunaga membina istana di lokasi yang menempati runtuhan kuil Osaka Honganji. Pada waktu itu, benteng utama (Honmaru) yang dibina dari batu-batu besar diselesaikan dalam tempoh satu setengah tahun. Istana ini kemudian dinamakan Istana Osaka. Pada abad ke-17, pemukiman penduduk yang bertempat di sekitar Istana Osaka berkembang menjadi sebuah bandar, yang kemudian menjadi semakin luas hingga dijadikan sebuah wilayah di abad ke-19.
Binaan pertama
suntingPembangunan binaan pertama istana ini memakan masa selama 15 tahun, bermula tahun 1583 dan berakhir pada tahun 1598. Pembinaannya dimulakan oleh Toyotomi Hideyoshi ketika Hideyoshi masih merupakan orang bawahan Oda Nobunaga.
Pada ketika itu, Istana Osaka jauh lebih luas dibandingkan dengan Istana Osaka yang ada sekarang. Toyotomi Hideyoshi berkuasa setelah Oda Nobunaga meninggal dunia dan menjadikan Istana Osaka sebagai pusat pemerintahan. Toyotomi Hideyoshi tidak tinggal di Istana Osaka, melainkan di tempat-tempat kediamannya yang ada di Kyoto: Jurakudai (yang juga disebut Jurakutei) dan Istana Fushimi.
Menurut catatan oleh daimyo yang bernama Otomo Sorin (1530-1587), Istana Osaka merupakan bangunan istana yang paling megah yang tiada bandingan pada zaman itu, menara utamanya terdiri daripada 5 tingkat yang atapnya dilapisi dengan emas. Sebelum Toyotomi Hideyoshi meninggal, pembinaan Istana Osaka diteruskan dengan pengembangan wilayah Ninomaru, Sannomaru, Sogamae (pertahanan paling luar Istana Osaka yang berupa bangunan tembok dari tanah yang dikeraskan), dan penggalian 3 lapis parit sebagai pertahanan istana.
Setelah Toyotomi Hideyoshi meninggal pada tahun 1599, Hideyoshi digantikan oleh anak lelakinya yang bernama Toyotomi Hideyori yang berpindah dari Istana Fushimi ke Istana Osaka yang baru saja selesai kerja penambahan. Pada ketika itu, Tokugawa Ieyasu mendirikan pemerintahan yang disebut Keshogunan Togukawa yang bertentangan dengan Toyotomi Hideyori yang memerintah wilayah Setsu. Dalam Pertempuran Musim Sejuk Osaka pada tahun 1614, Tokugawa Ieyasu memimpin serangan besar-besaran menyerbu Toyotomi Hideyori yang hanya mampu bertahan di dalam Istana Osaka.
Dalam perjanjian perdamaian dengan Tokugawa Ieyasu, Toyotomi Hideyori yang kalah dalam perang tersebut, setuju untuk menghancurkan Sannomaru, Sogamae dan parit lapis ketiga yang melindungi Istana Osaka. Berdasarkan perjanjian ini, pertahanan istana berupa parit luar (sotobori) yang ada di daerah Ninomaru juga harus ditutup sehingga Istana Osaka tidak dapat lagi digunakan untuk perang, sehingga yang tinggal hanyalah parit dalam (uchibori) dan benteng utama (Honmaru) saja.
Toyotomi Hideyori kemudian berusaha kembali membangunkan pertahanan tentera di Istana Osaka yang dianggap Tokugawa Ieyasu melanggar perjanjian damai yang telah disetujui. Pada tahun berikutnya, Tokugawa Ieyasu mengirim pasukan besar-besaran untuk menghancurkan Toyotomi Hideyori dalam Pertempuran Musim Panas Osaka tahun 1615.
Binaan kedua
suntingIstana Osaka diruntuhkan semasa suatu pertempuran musim panas yang berlaku tahun 1615 dan Toyotomi Hideyori ditemui tewas membunuh diri bersama-sama ibunya Yodo dono. Tokugawa Ieyasu kemudian menghancurkan Istana Osaka yang baru saja selesai dibina.
Sisa-sisa Istana Osaka beralih ke tangan Matsudaira Tadaaki yang merupakan cucu Tokugawa Ieyasu. Pemerintahan daerah pada zaman kekuasaan Keshogunan Tokugawa sebahagian besar ditujukan kepada para daimyo, tetapi mengingat nilai strategi Istana Osaka, Keshogunan Tokugawa menjadikan wilayah Osaka dan sekitarnya pada tahun 1619 sebagai wilayah Tenryo (wilayah yang diperintah langsung oleh pemerintah pusat).
Pada tahun 1620, pembinaan semula istana ini dimulakan kembali oleh Tokugawa Hidetada (1579 - 1632) dengan pelan yang baru. Sebagai anak ketiga dari Tokugawa Ieyasu, Tokugawa Hidetada lebih dikenali sebagai shogun kedua mengikuti jejak ayahnya yang merupakan shogun pertama Jepun.
Pembinaan kembali ini dilakukan dalam 3 tahap dengan menggerakkan 64 daimyo untuk mebina semula bangunan istana berikutan tembok-tembok benteng yang dibuat dari potongan-potongan batu berukuran raksasa. Semua sisa-sisa asas istana dan parit generasi pertama yang dibina pada era Toyotomi Hideyoshi dihancurkan dan ditimbun lagi dengan tanah baru, malah Istana Osaka dibina kembali di tempat yang lebih tinggi.
Pembinaan semula istana memakan masa 10 tahun (1620-1629). Menara utama dibuat menjadi lebih tinggi dengan tujuan untuk menghapus semua kenangan rakyat pada Toyotomi Hideyoshi. Luas istana juga berkurang menjadi suku daripada keluasan asal. Kononnya, untuk membangun kembali Istana Osaka dan tembok-tembok yang mengelilinginya, diperlukan 500,000 batu-batu dalam berbagai jenis dan ukuran. Pembangunan menara utama berjaya diselesaikan pada tahun 1626, tetapi pada tahun 1665, menara tersebut terbakar akibat disambar petir.
Pemerintah Istana Osaka adalah shogun Tokugawa, tetapi pemerintah Tokugawa berpusat di Edo, istana seharianya diperintah oleh pegawai yang dikuasai secara langsung oleh shogun. Pegawai pelaksana pemerintahan istana disebut Osaka-jō Dai yang dipilih dari daimyo paling senior (fudai daimyo) dan bergaji tinggi (taishin). Di bawah pegawai Osaka-jō Dai terdapat dua orang pegawai yang disebut Osaka Teiban dan 4 orang pegawai Osaka Kaban yang berfungsi sebagai pemelihara keamanan.
Sebelum kejatuhan Keshogunan Tokugawa pada Pertempuran Toba-Fushimi tahun 1868 yang sekaligus menandakan berakhirnya zaman Edo, shogun Tokugawa yang memimpin pasukan Keshogunan Tokugawa sempat berundur ke Istana Osaka sebelum akhirnya melarikan diri ke Edo dengan menggunakan perahu.
Bangunan indah yang terdapat di dalam Istana Osaka yang bernama Honmaru Goten (Istana di Benteng Utama) dibakar pada zaman pemulihan Meiji. Sisa-sisa Istana Osaka yang masih ada kemudian dikuasai oleh pemerintah baru Meiji.
Binaan ketiga
suntingPemerintah Meiji menggunakan kawasan di dalam runtuhan Istana Osaka sebagai kemudahan ketenteraan dan rakyat biasa dilarang masuk. Pada tahun 1928, datuk bandar Osaka, pada ketika itu yang bernama Seki Hajime, mengusulkan agar Istana Osaka dibina semula. Dari hasil sumbangan penduduk Osakam maka terkumpul wang sebanyak 1,500,000 yen yang digunakan untuk memindahkan kemudahan divisyen IV tentera darat Jepun dan membina menara utama.
Pada tahun 1931, Istana Osaka dibangun kembali dengan menggunakan konkrit keluli. Walaupun bangunannya berada di atas asas istana yang dibina pada zaman Tokugawa, menara utama Istana Osaka dibuat menyerupai dengan gambar asli Istana Osaka yang dibangun Toyotomi Hideyoshi.
Projek pembaikan menara utama Istana Osaka merupakan projek pembaikan istana yang pertama dilakukan di zaman Showa. Dari lantai 1 sampai lantai 4, dinding menara utama Istana Osaka menggunakan plaster berwarna putih gaya zaman Tokugawa, sedangkan lantai 5 menggunakan varnis berwarna hitam gaya zaman Toyotomi yang hiasan gambar harimau dan burung Jenjang dari lembaran kertas emas. Setelah menara utama selesai dibina, di dalamnya dijadikan muzium barang-barang peninggalan bersejarah Toyotomi Hideyoshi.
Pada Perang Dunia II, empat bangunan Yagura di wilayah Ninomaru terbakar tetapi mujur bangunan menara utama selamat dari serangan udara. Dalam serangan udara yang terjadi pada hari-hari menjelang berakhirnya Perang Dunia II, bom 1 tan yang banyak dijatuhkan di sekitar Istana Osaka menjadikan Istana Osaka dan daerah sekitar stesen kereta api Kyobashi menjadi lautan api. Penumpang kereta api yang berusaha menyelamatkan diri turut menjadi korban. Foto akibat serangan udara yang diambil dari bumbung pejabat cawangan surat khabar Mainichi yang diberi judul "Asap Hitam Tebal Menyelubungi dengan Latar Belakang Menara Utama Istana Osaka" menjadi gambar klasik yang terkenal dengan judul "Pertempuran Musim Panas Osaka" (Ōsaka natsu no jin) untuk mengingatkan orang pada pertempuran besar-besaran pada musim panas 1615 antara pasukan Toyotomi Hideyori dan pasukan Tokugawa Ieyasu.
Pada tahun 1948, selepas zaman penjajahan selesai, Istana Osaka dikembalikan kepada pemerintah Jepun dan mula dibaik pulih. Parit luar dan daerah luas yang ada disekeliling Istana Osaka dijadikan Taman Istana Osaka. Pada tahun 1950, setelah angin taufan Jane merosakkan Istana Osaka, pemerintah Jepun mula serius melakukan projek pemulihan dan penelitian secara ilmiah. Pada tahun 1959, penggalian arkeologi berjaya menemui sisa-sisa runtuhan bangunan zaman Toyotomi Hideyoshi.
Projek pemulihan Istana Osaka memakan waktu 3 tahun, bermula tahun 1995 dan selesai pada tahun 1997, yang antara lain membangun kemudahan lif untuk orang cacat, orang lanjut usia dan rombongan pelancong.
Menara utama Istana Osaka yang ada kini sudah berusia lebih 70 tahun. Jika dibandingkan dengan menara utama yang dibangun pada zaman Toyotomi atau zaman Tokugawa, menara utama yang dibangun di zaman Showa merupakan bangunan menara utama yang paling lama bertahan.
Walaupun terletak di dalam lingkungan taman atau di sekitar Istana Osaka yang ada sekarang, sehingga kini, kedudukan sebenar istana generasi pertama yang dibina oleh Toyotomi Hideyoshi masih belum diketahui. Istana Osaka generasi pertama mungkin wujud di sekitar parit luar (sotobori), di bawah jalan raya, atau di bawah tanah kompleks pejabat Osaka Business Park (OBP) yang tidak dilakukan penggalian arkeologi.
Peninggalan bersejarah
sunting- Pintu Gerbang Otemon
Di sudut barat daya Ninomaru, terdapat Pintu Gerbang Otemon (Gerbang Besar) yang merupakan pintu masuk utama ke seluruh kompleks istana. Menara pengawal yang ada di atas Pintu Gerbang Otemon disebut Tamon Yagura. Di sebelah utara Tamon Yagura terdapat menara pengawas bertingkat dua Sengan Yagura dengan gaya seni bina zaman Tokugawa.
- Pintu Gerbang Bunga Sakura (Sakuramon)
Sakuramon adalah pintu gerbang ke bahagian selatan benteng utama (Honmaru) yang diperkuatkan oleh tembok batu yang di atasnya terdapat menara pengawal (Yagura). Pintu gerbang Sakuramon merupakan contoh pintu gerbang bergaya Masugata, kerana dikelilingi tembok di empat sisi, menyerupai tempat beras (bahasa Jepang: Masu). Pintu gerbang Sakuramon juga merupakan hasil pemulihan kerana bangunan asalnya habis terbakar pada zaman pemulihan Meiji.
Tembok yang terdapat di sebelah utara dibina dari batu-batu berukuran gergasi. Batu yang terbesar berukuran 59,4 meter persegi yang disebut Takoishi (Batu Kurita). Takoishi merupakan batu terbesar yang pernah digunakan dalam membangun tembok istana di Jepang. Selain batu Takoishi, juga terdapat batu-batu besar lain, seperti batu yang diberi nama Furisodeishi (Batu Kimono Lengan Panjang Anak Perempuan).
- Ichiban Yagura dan Rokuban Yagura
Di depan pintu gerbang Sakuramon terdapat jambatan yang melintasi parit kering (Karahori) yang memisahkan Honmaru dan bahagian selatan Ninomaru. Di zaman Tokugawa, terdapat 7 menara pengawal (Yagura) yang ada di setiap sudut wilayah Ninomaru, tetapi kini hanya tinggal dua menara pengawal yang ada: Ichiban Yagura (menara pengawal nombor 1) dan Rokuban Yagura (menara pengawal nombor 6).
- Telaga Kinmeisui
Di samping menara utama Istana Osaka terdapat telaga tua bernama Kinmeisui yang dalamnya 33 meter. Sehingga kini, telaga Kinmeisui masih terus mengeluarkan air dan tak pernah kering. Konon di dasar telaga dahulunya diletakkan kepingan-kepingan emas yang berfungsi sebagai penawar racun sekirantya ada musuh yang berusaha untuk meracuni air telaga.
- Taman Nishinomaru
Di baagian sebelah barat Ninomaru terdapat kawasan yang disebut Nishinomaru. Dahulunya, Taman Nishinomaru yang terdapat di sebelah selatan Ninomaru merupakan rumah tinggal pegawai istana. Pada musim bunga, Taman Nishinomaru sangat terkenal dengan bunga Sakura jenis Someiyoshino. Di dalam Taman Nishinomaru terdapat bekas gudang (Ensho Gura) dan menara pengawal bernama Inui Yagura (dibina pada tahun 1620) yang merupakan bangunan tertua yang terdapat di Istana Osaka.
- Wilayah Ninomaru dan Jembatan Gokurakubashi
Jambatan Gokurakubashi yang ada di atas Parit Dalam (Uchibori) merupakan tempat bergambar yang paling popular oleh pelancong yang baru saja sampai di Istana Osaka. Jambatan ini menghubungkan wilayah Yamazatomaru (yang ada di sebelah barat Honmaru) dengan Ninomaru. Di bahagian timur Ninomaru terdapat Taman Bunga Plum yang memiliki lebih dari seribu batang pokok dari 80 jenis pohon Plum. Pada awal Januari hingga Mac iaitu ketika bunga Plum sedang mekar, taman ini dikunjungi pelancong yang datang untuk menikmati keindahan dan keharuman bunga Plum.