Pergi ke kandungan

Tour de France

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Para peserta melepasi pekan Panazol di Haute-Vienne, Perancis dalam perhentian ke-4 Tour de France tahun 2016.

Tour de France ("Jelajah Perancis", sebutan bahasa Perancis: [tuʁ də fʁɑ̃s]) ialah sebuah perlumbaan basikal berperingkat tahunan yang diadakan di Perancis[1] tetapi kadangkalanya juga melepasi tempat-tempat tertentu di negara-negara jiran. Perlumbaan pertama dianjurkan pada tahun 1903 untuk melariskan penjualan akhbar L'Auto[2] yang kini dikendalikan oleh Pertubuhan Sukan Amaury[3] dan ia berterusan sehingga hari ini, kecuali pada tempoh tertentu disebabkan kedua-dua Perang Dunia.[4] "Jelajah" ini dipanjangkan laluan perjalanannya secara beransur sehingga ke serata dunia apabila perlumbaan tersebut mendapat perhatian orang ramai, dan penyertaan dalam perlumbaan ini menjadi lebih terbuka kepada para penunggang dari negara-negara selain Perancis. Tour de France merupakan perlumbaan anjuran Pertubuhan Penunggang Basikal Antarabangsa ("UCI World Tour"), oleh itu pasukan yang terlibat dalam perlumbaan ini kebanyakannya terdiri daripada pasukan berbasikal profesional diiktiraf oleh pertubuhan tersebut ("UCI WorldTeams") kecuali pasukan yang dijemput para penganjur.[5][6]

Tour de France merupakan perlumbaan basikal yang tertua dan paling berprestij dalam kalangan pertandingan lain yang seumpamanya di benua Eropah seperti Giro d'Italia di Itali dan Vuelta a España di Sepanyol.[7]

Ringkasan

[sunting | sunting sumber]

Perlumbaan ini biasanya diadakan terutamanya pada bulan Julai. Laluan yang diaturkan dalam setiap perlumbaan berubah-ubah setiap tahun namun format perlumbaan tetap sama dengan adanya percubaan masa, laluan yang merentasi pergunungan Pyrene dan Alp, serta tempat penamat perlumbaan di Champs-Élysées, Paris.[8][9] Perlumbaan-perlumbaan terkini Tour de France merangkumi segmen (peringkat) 21 hari lamanya dalam tempoh 23 hari dan meliputi sepanjang 3500 km (2200 batu).[10] Perlumbaan ini bersilih berganti antara litar-litar arah jam dan arah lawan jam di Perancis.[11]

Bilangan pasukan yang terlibat berbeza-beza antara 20 dan 22 pasukan, setiap pasukan terdiri daripada sembilan penunggang. Setiap peringkat ditetapkan masa penghabisannya dengan masa yang dikumpul setiap penunggang akan dikirakan dengan masa peringkat masing-masing. Penunggang yang mengumpul masa penamat yang paling sedikit adalah pemenang yang dipakaikan jersi kuning (bahasa Perancis: maillot jaune).[12] Meskipun pengelasan utama merupakan perlumbaan yang paling diminati orang ramai, ada juga pengelasan-pengelasan lain yang dipertandingkan di dalam "Jelajah" ini: pengelasan mata untuk pemecut, pengelasan gunung untuk pendaki, pengelasan penunggang muda untuk peserta di bawah umur 26 serta pengelasan pasukan untuk pasukan yang tercepat. Memenangi satu peringkat juga menaikkan prestij sesebuah pasukan melalui pakar pemecut pasukan.

Tour ini menjadi tumpuan penting bagi para penonton di Eropah dengan berjuta-juta[13] orang mengiringi laluan perlumbaan, bahkan ada juga yang sanggup berkhemah demi mendapatkan tempat duduk yang terbaik.

Sejarawan Perancis bernama Jean-Luc Boeuf dan Yves Léonard mengatakan kebanyakan orang Perancis tidak banyak mengetahui muka bumi negara mereka sehingga akhbar L'Auto mula menerbitkan peta-peta perlumbaan tersebut.[14]

  1. ^ Joel Gunter (16 July 2012). "The Tour de France: a guide to the basics". London: The Telegraph. Dicapai pada 30 July 2012.
  2. ^ "1903 Tour de France". Bikeraceinfo.com. 19 Januari 1903. Dicapai pada 30 Julai 2012. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ "Tour de France snubs velodrome Holocaust memorial". The Jewish Chronicle. 12 Julai 2012. Dicapai pada 30 Julai 2012. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  4. ^ Barry Boys. "The Return of a Grand Affair – "New Tour Legend: the Maillot Jaune"". Cycling Revealed. Dicapai pada 3 Jun 2009. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  5. ^ "Union Cycliste Internationale". Uci.ch. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Februari 2009. Dicapai pada 6 Ogos 2012. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  6. ^ When is the Criterium route announced. "UCI WorldTour calendar 2012". Cycling Weekly. Dicapai pada 6 August 2012.
  7. ^ "Million dollar, baby!". Cycling News. Future Publishing Limited. 12 Januari 2007. Dicapai pada 21 May 2011.
  8. ^ "Tour de France 2011 – Stage by stage". Letour.fr. Dicapai pada 30 Julai 2012. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  9. ^ "Moment 17: 1975 – TDF's First Champs Elysees Finish". Bicycling Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2011. Dicapai pada 30 Julai 2012. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  10. ^ "UCI Regulations" (ed. 2.6.011). m/s. 43. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Jun 2011. Dicapai pada 21 Julai 2009. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  11. ^ Augendre 1996.
  12. ^ "Regulations of the race" (PDF). ASO/letour.fr. Dicapai pada 30 Disember 2008. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  13. ^ "Tour de France Facts, Figures and Trivia". Gofrance.about.com. Dicapai pada 4 November 2008.
  14. ^ Boeuf & Léonard 2003.
Sumber utama

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]