Pergi ke kandungan

Dream High

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dream High
Poster promosi untuk drama
GenreKomedi
Romantis
Muzik
Drama
FormatSiri televisyen (drama)
Ditulis olehPark Hye-ryun
PengarahLee Eung-bok
Dibintangi oleh
Suzy,
Kim Soo-hyun,
Ok Taec-yeon,
Eunjung,
Wooyoung,
IU
Lagu pembukaanDream High
Lagu penutupIf
Negara asalKorea Selatan Korea Selatan
BahasaKorea
Bilangan musim1
Kedua dalam produksi
Bilangan episod16 (1 khusus)
Penerbitan
PenerbitBae Yong-joon
Park Jin-young
LokasiSeoul, Korea Selatan
SinematografiKorean Broadcasting System
Pemasangan kamera
Korean Broadcasting System
Tempoh siaranIsnin dan Selasa pada (UTC+09:00) 21:55 KST
Syarikat penerbitan
Korean Broadcasting System
Syarikat pengedaran
Korean Broadcasting System
Penyiaran
Saluran asalKBS 2TV
Format gambar480i SDTV
Format audioDolby Digital
DTS Digital Sound
Sony Dynamic Digital Sound
Julung kali ditayangkan di
3 Januari 2011
Siaran asal3 Januari 2011 – 28 Februari 2011
StatusOff air
Kronologi
MengikutiMary Stayed Out All Night
Diikuti olehCrime Squad
Pautan luar
Laman rasmi

Dream High (Korea: 드림하이) adalah sebuah drama bersiri dari Korea Selatan yang disiarkan Sistem Pernyiaran Korea (KBS). Drama ini menampilkan Suzy, Ok Taec-yeon, Kim Soo-hyun, IU, Ham Eun-jung dan Woo-young. Ditayangkan bermula pada 3 Januari 2011 dan tamat pada 28 Februari 2011 selepas 16 buah episod. Drama ini popular di kalangan remaja dan mempunayi kadar tonton yang tinggi. Episod khas dengan para pelakon drama ini membuat persembahan Konsert Istimewa Dream High telah diadakan di Seoul, Korea Selatan dan disiarkan oleh pihak KBS pada 1 Mac 2011. Musim kedua Dream High telah diumumkan pihak KBS pada 17 Mac 2011 dan akan mula ditayangkan pada 30 Januari 2012. Drama bersiri ini juga tersedia untuk penstriman di Viu di wilayah tertentu.

Enam pelajar di Sekolah Tinggi Seni Kirin bekerja bagi mencapai impian mereka menjadi bintang dalam industri muzik Korea. Dalam drama ini, para pelajar belajar bagaimana untuk memajukan kemahiran nyanyian, menulis lagu dan menari mereka dan pada masa yang sama juga mengalami perkembangan dalam diri mereka sendiri. Setiap seorang daripada pelajar mempunyai kekuatan dan kelemahan sendiri, tetapi dengan sokongan dan bimbingan antara satu sama lain, mereka berusaha untuk membuat kemunculan di atas pentas.

  • Suzy sebagai Go Hye-mi
Go Hye-mi adalah watak utama drama ini. Berasal dari keluarga yang kaya, setelah kematian ibunya, perniagaan ayahnya gagal dan keluarga mereka dibebani hutang dan ayahnya pergi ke Kanada untuk mendapatkan bantuan daripada makciknya Hye Mi. Dia dikejar oleh pemungut hutang, Ma Doo Shik dan anak buahnya hampir sepanjang permulaan drama.
Song Sam-dong merupakan budak kampung yang naif yang jatuh cinta pandang pertama dengan Hye Mi dan mengikutnya ke Seoul. Mempunyai bakat muzik semula jadi yang luar biasa tanpa sebarang pendidikan formal.
  • Ok Taec-yeon sebagai Hyun Si-hyuk (namun disebut oleh rakannya sebagai Jin Guk)
Jin Guk adalah kawan semasa kecil Go Hye Mi dan selalu mencuba membantunya. Dia cuba mengingatkan Hye Mi tentang kenangan masa kecil mereka. Seorang yang berbakat terutama dalam tarian dan rap.
Baek Hee adalah rakan karib dan sahabat Hye Mi di sekolah lama mereka, tapi dia dikhianati oleh Hye Mi ketika ujibakat di Sekolah Kirin. Dia merasa terpukul oleh pengkhianatan tersebut dan menjadi saingan terbesar bagi Hye Mi.
  • IU sebagai Kim Pil-suk
Kim Pil-suk pertama kalinya muncul sebagai seorang gadis yang mengenakan kostum maskot sushi ketika ujibakat. Dia adalah seorang gadis dengan suara yang indah dan nada yang sempurna tetapi mengalami masalah kegemukan.
Jason adalah pelajar pertukaran Amerika yang berkebolehan terutamanya dalam tarian tetapi juga pandai bernyanyi. Dia seorang yang sopan dan memiliki sikap yang baik, yang membawa salah faham oleh Pil Suk, yang percaya bahawa Jason melakukan ini kerana menyukainya.

Runut bunyi

[sunting | sunting sumber]
Dream High: Original Sound Track
Runut bunyi oleh
berbagai artis
Dilancarkan pada14 Februari 2011
TempatKorea Selatan Sunting nilai ini di Wikidata
GenrePop, K-pop, Soundtrack, Ballad, R&B, teen pop
Panjang60:00 Sunting nilai ini di Wikidata
BahasaBahasa Korea Sunting nilai ini di Wikidata
SyarikatLOEN Entertainment
PengedarSistem Penyiaran Korea Sunting nilai ini di Wikidata
PenerbitPark Jin Young
Kronologi berbagai artis
Mary Stayed Out All Night Sunting nilai ini di Wikidata 드림하이 Sunting nilai ini di Wikidata Detectives in Trouble Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


No.TajukArtisMasa
1."드림하이" ("Dream High" / "Impian yang Tinggi") Taecyeon, Wooyoung, Suzy, Kim Soo Hyun, IU, JOO3:47
2."Someday" ("Suatu Hari") IU3:38
3."My Valentine" ("Valentine Ku") (bersama Park Jin-young) Taecyeon & Nichkhun4:07
4."못 잊은 거죠" ("If" / "Tidak Lupa") Park Jin-young3:55
5."Maybe" ("Mungkin") Sunye3:01
6."사랑하면 안될까" ("Can't I Love You" / "Bila Aku Boleh Mencintaimu") Changmin & Jinwoon3:35
7."가지마" ("Don't Leave" / "Jangan Pergi") Junsu & Lim Jeong Hee4:20
8."어떤이의 꿈" ("A Part of This Dream" / "Antara Impian") (bersama So Hyang dari POS) San E3:16
9."겨울아이" ("Winter Child" / "Kanank-kanak Musim Salju") Suzy3:39
10."Dreaming" ("Bermimpi") Kim Soo-hyun3:42
11."못 잊은 거죠" (Instrumental) Park Jin-young3:55
12."Maybe" (Instrumental) Sunye3:01
Jumlah masa: 43:47


Penerimaan

[sunting | sunting sumber]

Penilaian

[sunting | sunting sumber]
Episod Tarikh pernyiaran Penilaian TNMS [1] Penilaian AGB [2]
Korea Selatan Seoul (kawasan metropolitan) Korea Selatan Seoul (kawasan metropolitan)
1 3 Januari 2011 11.3% 14.2% 10.7% 11.2%
2 4 Januari 2011 11.5% 13.9% 10.8% 11.4%
3 10 Januari 2011 11.7% 13.8% 13.1% 13.3%
4 11 Januari 2011 13.4% 15.4% 13.8% 14.3%
5 17 January 2011 13.7% 15.8% 15.5% 17%
6 18 Januari 2011 13.1% 15.9% 15.8% 17.1%
7 24 Januari 2011 15.3% 17.5% 15.9% 17.2%
8 31 Januari 2011 14.9% 17.4% 16.3% 17.7%
9 1 Februari 2011 14.9% 16.9% 16.7% 18.3%
10 7 Februari 2011 16.7% 19.2% 17.6% 19.3%
11 8 Februari 2011 16.6% 19.3% 17.9% 19.3%
12 14 Februari 2011 15.8% 17.8% 16.7% 18.9%
13 15 Februari 2011 17.2% 20.1% 17.9% 20.1%
14 21 Februari 2011 16.4% 18.9% 17.6% 19.3%
15 22 Februari 2011 17.2% 19.7% 17.9% 19.5%
16 28 Februari 2011 18.2% 20.7% 17.2% 18.6%
Purata 14.87% 17.28% 15.71% 17.03%

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]