13 Ogos
Penampilan
<< | Ogos | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
2024 |
13 Ogos merupakan hari ke-225 (hari ke-226 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 140 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kemerdekaan untuk Republik Afrika Tengah (1960).
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1521 - Selepas pengepungan yang lama, Tlatoani Cuauhtémoc ditangkap dan ibu negara Aztek Tenochtitlán jatuh kepada angkatan konkuistador Hernán Cortés.
- 1704 - Perang Warisan Sepanyol: England, Empayar Suci Rom dan Provinsi Bersatu menewaskan Perancis dan Bavaria dalam Pertempuran Blenheim (gambar).
- 1913 - Menggunakan relau elektrik, pencipta Inggeris Harry Brearley menghasilkan keluli tahan karat.
- 1937 - Pertempuran Shanghai meletus, kemudiannya menjadi antara pertempuran terbesar Perang China-Jepun Kedua.
- 1961 - Pembinaan Tembok Berlin yang memisahkan Berlin Barat dari Berlin Timur (dan Jerman Timur) bermula.
- 1981 - Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad tiba di Jakarta bagi satu lawatan selama rasmi dua hari. Beliau telah disambut di Lapangan Terbang Antarabangsa Jakarta oleh Presiden Indonesia Suharto, Naib Presiden Adam Malik, para menteri kabinet dan diplomat-diplomat asing. Lawatan itu merupakan yang pertama kali dilakukan sejak beliau menjadi Perdana Menteri.
- 2011 - Empangan Saint Petersburg (gambar), bertujuan melindungi Saint Petersburg daripada bencana banjir, siap di Teluk Finland.
- 2012 - Majlis penutup Sukan Olimpik Musim Panas (gambar) diadakan di London.
- 2013 - Ibrahim Boubacar Keïta terpilih sebagai Presiden Mali selepas lawannya mengaku kalah.