ISO 3166-2:PS
ISO 3166-2:PS ialah entri untuk Negara Palestin dalam ISO 3166-2, sebahagian daripada piawaian ISO 3166 yang diterbitkan oleh Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO), yang mentakrifkan kod untuk nama subbahagian utama (contohnya, wilayah atau negeri) bagi semua negara berkod dalam ISO 3166-1.
Kod-kod ISO 3166-2 ditakrifkan untuk setiap 16 kegabenoran Negara Palestin.
Setiap kod terdiri daripada dua bahagian, dipisahkan oleh tanda sempang. Bahagian pertama ialah PS, kod ISO 3166-1 alfa-2 Negara Palestin. Bahagian kedua ialah tiga huruf.
Kod semasa
[sunting | sunting sumber]Nama subbahagian disenaraikan seperti dalam piawaian ISO 3166-2 yang diterbitkan oleh Agensi Penyelenggaraan ISO 3166 (ISO 3166/MA).
Kod ISO 639-1 digunakan untuk mewakili nama subbahagian dalam bahasa pentadbiran berikut:
- (ar): Bahasa Arab
- (en): Bahasa Inggeris