Pergi ke kandungan

Asal Usul Spesies

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada On the Origin of Species)
On the Origin of Species
Halaman judul edisi 1859
of On the Origin of Species
Umum
PengarangCharles Darwin
NegaraUnited Kingdom
BahasaInggeris
SubjekPemilihan semula jadi
Biologi evolusi
Penerbitan
PenerbitJohn Murray
Tarikh penerbitan
24 November 1859
Jenis media
Cetak (Kulit keras)
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN N/A Invalid ISBN

Asal-Usul Spesies (bahasa Inggeris: On the Origin of Species), karya Charles Darwin yang diterbitkan pada 28 November 1859, merupakan karya ilmiah yang dipandang sebagai asas ilmu biologi evolusi. Tajuk penuhnya ialah On the Origin of Species by Means of Natural Selection, or the Preservation of Favoured Races in the Struggle for Life (Mengenai Asal-Usul Spesies secara Pemilihan Semula Jadi, atau Pemeliharaan Ras-Ras Terpilih dalam Perjuangan Hidup). Mulai edisi keenamnya pada tahun 1872, judul pendeknya ditukar kepada The Origin of Species. Buku Darwin ini memperkenalkan satu teori bahawa setiap populasi mengalami evolusi selama turun-temurun melalui proses pemilihan semula jadi, dan membentangkan bukti-bukti bahawa kepelbagaian kehidupan di dunia berasal daripada keturunan yang sama melalui pola evolusi yang bercabang-cabang. Darwin menyertakan bukti yang dikumpulnya pada ekspedisi Beagle pada 1830-an dan penemuan-penemuan berikutnya hasil penyelidikan, kesepadanan, dan uji kaji.

Selama ini pernah diusulkannya berbagai-bagai gagasan evolusi untuk menerangkan penemuan baru dalam bidang biologi. Gagasan-gagasan sedemikian semakin disambut baik di kalangan para ahli anatomi yang bertelagah dan orang awam, namun pada separuh pertama abad ke-19, institusi sains Inggeris menjalin hubungan erat dengan Gereja England, manakala sains merupakan sebahagian teologi alam. Gagasan-gagasan transmutasi spesies menjadi kontroversi kerana bercanggah dengan kepercayaan bahawa spesies merupakan bahagian yang tidak boleh diubah dalam tatatingkat rekaan serta bahawa manusia adalah unik dan tiada pertalian darah dengan haiwan. Implikasi politik dan teologinya cukup hangat sekali diperbahaskan, namun gagasan transmutasi masih tidak diterima oleh arus perdana institusi sains ketika itu.

Buku yang dikarang untuk tatapan pembaca bukan pakar ini menarik perhatian meluas sebaik sahaja diterbitkan. Disebabkan Darwin merupakan seorang saintis tersohor, hasil kajiannya dipandang serius dan bukti-bukti yang dibentangkannya mencetuskan perbahasan sama ada dari segi sains, falsafah mahupun keagamaan. Perbahasan mengenai buku ini menyumbang kepada sebuah kempen yang dilancarkan oleh T.H. Huxley dan rakan-rakan seperjuangannya di X Club untuk mensekularkan sains dengan memupuk fahaman naturalisme sains. Dalam masa dua dekad, tercapainya persepakatan di kalangan kebanyakan ahli sains bahawa evolusi yang berpola cabang-cabang dari seketurunan ini sememangnya terjadi, namun para saintis masih teragak-agak untuk memberi kepentingan kepada pemilihan semula jadi yang diusulkan oleh Darwin. Ketika "gerhana Darwinisme" dari 1880-an hingga 1930-an, wujudnya pelbagai mekanisme evolusi lain yang disambut baik. Berikutan perkembangan sintesis evolusi moden pada 1930-an hingga 1940-an, konsep adaptasi melalui pemilihan semula jadi yang diusulkan oleh Darwin ini menjadi bahan terpenting dalam teori evolusi moden yang kini menjadi konsep penyatuan ilmu sains hayat.

Bacaan selanjutnya

[sunting | sunting sumber]

Ulasan semasa

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]