Jelaing anak Mersat
Jelaing Anak Mersat JBS (Swk) | |
---|---|
Timbalan Menteri Dalam Negeri | |
Dalam jawatan 10 April 2009 – 4 Jun 2010 | |
Didahului oleh | Wan Ahmad Farid Wan Salleh Chor Chee Heung |
Digantikan oleh | Lee Chee Leong |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Saratok, Sarawak | |
Dalam jawatan 2004–2013 | |
Didahului oleh | Peter Tinggom Kamarau |
Digantikan oleh | William Mawan Ikom |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Sabah | 31 Disember 1948
Mati | 1 September 2023 | (umur 74)
Parti politik | SPDP |
Pekerjaan | Timbalan Menteri Dalam Negeri |
Jelaing anak Mersat (31 Disember 1948 – 1 September 2023) merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia. Beliau dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya.Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.
Pilihan raya Malaysia 2008
[sunting | sunting sumber]Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Jelaing Anak Mersat bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Saratok , negeri Sarawak. Jelaing Anak Mersat telah menang dengan mendapat undi sebanyak 12470.
Calon lawan ialah Mohd Yahya Abdullah dari PKR mendapat 3,764 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 68.65%. Undi rosak sebanyak 218.