Pergi ke kandungan

Isfahan (bandar)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Isfahan)
Dataran Isfahan

Isfahan atau Eşfahān (juga dieja sebagai Ispahan, Bahasa Parsi Lama Aspadana, Bahasa Parsi Pertengahan Spahān, اصفهان ,Eṣfahān) adalah pusat pentadbiran Wilayah Isfahan di Iran. Ia adalah bandar ketiga terbesar di negara ini dengan mempunyai populasi seramai 1,600,554 penduduk pada tahun 2007.[1]

Isfahan pernah suatu masa menjadi bandar terbesar di dunia. Kegemilangannya adalah dari 1050 hingga 1722 ketika ia menjadi ibukota empayar Parsi dibawah pemerintahan kerajaan Safavid. Pada hari ini, ia mempunyai banyak bangunan-bangunan sejarah yang dibina oleh raja-raja Safavid.

Chehel Sotoon merupakan antara tarikan utama di Isfahan.
Pintu masuk Masjid Shah.

Pra Sejarah

[sunting | sunting sumber]

Sejarah Isfahan bermula ketika zaman Paleolitik. Dewasa ini, beberapa sejarahwan menemui beberapa artifak yang bertarikh ketika zaman Paleolitik, Mesolitik, Neolitik dan Zaman Besi.

Empayar Elam

[sunting | sunting sumber]

Ketika zaman purba, Isfahan menjadi sebahagian daripada Empayar Elam. Ketika zaman Medes pula, ia dinamakan Aspandana dan berkembang menjadi sebuah pekan. Isfahan kemudiannya jatuh ke tangan kerajaan Achaemenid dan kemudiannya ke tangan askar-askar Yunani pimpinan Iskandar Zulkarnain. Selepas kejatuhan Yunani di Iran, kota ini diperintah oleh kerajaan Arsacid dan menjadi sebahagian daripada empayar Parthia dan ketika ini, Isfahan menjadi ibu kota salah satu wilayah Parthia dan diperintah seorang gabenor. Pada zaman Sassanid pula, ia diperintah oleh gabenor yang digelar "Espoohrans" atau ahli-ahli tujuh keluarga mulia Iran dan mereka ini merupakan kerabat diraja Sassanid. Malahan, ketika zaman ini juga, Isfahan menjadi pusat ketenteraan Parsi. Bandar Isfahan kemudiannya jatuh ketangan tentera Islam dari tanah Arab.

Empayar Islam

[sunting | sunting sumber]

Kepentingan Isfahan merosot ketika pemerintahan Arab sehinggalah zaman Abbasiyah. Pada kurun ke sepuluh, ia diperintah oleh kerajaan Buwayhid dan kota ini sekali lagi mencapai kegemilangannya. Ketika zaman pemerintahan Malik Shah I dari kerajaan Turki Seljuk, Isfahan menjadi ibu kota empayar ini. Ketika zaman inilah kota ini menjadi pusat tumpuan perkembangan ilmu dan merupakan antara bandar yang utama di dunia.

Serangan tentera Mongol pada kurun ke tiga belas menyebabkan kemusnahan yang teruk dan ramai penduduknya terbunuh. Serangan tentera Timur selepas itu memburukkan lagi situasi di Isfahan. Namun begitu, kerana kedudukannya yang strategik, bandar ini kembali berkembang semulanya terutamanya ketika wangsa Safavid.

Pada tahun 1722 tentera Afghan menyerang kota ini menyebabkan banyak infrastrukturnya musnah teruk. Ini merupakan beberapa faktor yang menyebabkan kejatuhan kota ini. Faktor lain pula perdagangan timur-barat beralih dari jalan darat ke jalan laut menyebabkan ekonomi bandar ini merosot.

Isfahan terletka di penara Zayandeh Rud, di kaki pergunungan Zagros. Iklimnya sederhana dan mempunyai musim-musim lazim. Kota Isfahan terletak 1590 meter di atas paras laut dan mendapat 355 mm hujan setiap tahun. Julat suhu pula adalah antara 2 darjah hingga 28 darjah selsius.

  1. ^ Iran: Statistik bandar dan pekan terbesar (dari laman web world-gazetteer.com)

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]
Laman Web Kerajaan
Laman Web Lain