Pergi ke kandungan

Puyuh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Burung puyuh)

Puyuh
Burung puyuh.
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Kumpulan berkaitan
Seekor burung puyuh.

Puyuh[1] (Jawi: ڤويوه) (juga kepuyuh; Bahasa Jawa, gemak[2]) adalah sekumpulan burung yang bertubuh kecil tanpa ekor dari famili Phasianidae atau Odontophoridae. Di Malaysia, nama puyuh boleh juga merujuk khusus kepada spesies Turnix suscitator atau spesies lain dari keluarga Turnicidae, yang mana disebut buttonquail dalam bahasa Inggeris.

Penerangan

[sunting | sunting sumber]

Burung ini memiliki sayap namun tidak pandai terbang kuat sepertimana burung lain pada umumnya. Antara ciri burung ini adalah termasuk pemakan biji-bijian, memiliki bulu yang loreng, dan lubang hidung berada di pangkal paruh. Puyuh Dunia Lama ditempatkan dalam keluarga Phasianidae, manakala puyuh Dunia Baru ditempatkan dalam keluarga Odontophoridae. Puyuh batu (king quail), sejenis puyuh Dunia Lama, sering dijual dalam perdagangan haiwan peliharaan, dan biasanya, disebut sebagai "buttonquail" walaupun mengelirukan.

Sebilangan besar spesies yang lebih besar biasanya diternak untuk dijadikan makanan hidang atau pengambilan telur, dan diburu di ladang permainan atau di alam liar, di mana mereka dapat dibebaskan untuk menambah populasi liar untuk berkembang ke daerah di luar jangkauan semula jadi mereka. Penjodoh bilangan bagi puyuh dalam bahasa Inggeris adalah flock, covey ataupun bevy. Perbuatan puyuh mengeluarkan bunyi khususnya yang bergema memanjang pula disebut "mendengut" dalam bahasa Melayu[3].

Bunyi kepuyuh jantan, Coturnix coturnix mendengut; lebih kecil dan ringkas berbanding dengutan puyuh tanah.
Perangkap puyuh dari Malaysia, juga disebut jebak puyuh: puyuh betina akan diletakkan dalam bekas anyaman di sebalik jaring. Apabila sang betina memanggil, sang jantan akan mendekat lalu perangkap akan jatuh membidas ke arahnya.

Di beberapa tempat di Malaysia, puyuh tanah biasanya dibela selaku burung jinak oleh penggemarnya dan disebut "puyuh denak". Burung puyuh perlu ditangkap menggunakan perkakas khas iaitu jebak puyuh. Burung puyuh dikatakan pemalu, sering bersembunyi dan mudah melarikan diri. Penternakan puyuh Jepun atau puyuh ternak pula banyak diusahakan oleh para petani untuk memperolehkan telurnya.

Sekitar tahun 2020 lalu, sebuah meme Internet yang disebut "meme buwong puyoh" tular dalam kalangan pengguna media sosial di Malaysia dan Indonesia. Meme itu dikatakan datang dari sebuah klip YouTube berisikan uji bakat sebuah acara lawak Malaysia. Ayat-ayat seperti "Tu burung apa? burung puyuh." atau versi lainnya "Burung apa tu man? burung puyuh." sering dijadikan bahan candaan oleh warga siber.[4]

Spesies puyuh

[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa jenis spesies burung puyuh yang secara umumnya dikenali sebagai puyuh, antaranya adalah:-

Keluarga Odontophoridae

[sunting | sunting sumber]

Keluarga Phasianidae

[sunting | sunting sumber]

Keluarga Turnicidae

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "puyuh". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  2. ^ "gemak". SEAlang Library Malay Lexicography. Southeast Asian Languages Library. 2005.
  3. ^ "dengut". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  4. ^ "Ternyata Ada Video Sedih di Balik Meme Viral Burung Puyuh". Kumparan. Berita Viral. 2020.
  5. ^ "Mengenal Ciri Khas Burung Puyuh Gonggong Endemik Dari Jawa". Jalak Suren Net. UD. Jalak Suren. 2021.
  6. ^ Sukses Beternak Puyuh, By Redaksi AgroMedia