Republik Demokratik Timor Leste (Portugis: República Democrática de Timor-Leste,[5] Tetum: Repúblika Demokrátika Timór-Leste),[6]) atau juga dikenali sebagai Timor Timur ialah sebuah negara kepulauan yang terletak di Asia Tenggara, dan bersempadan dengan Kepulauan Timor (Indonesia) di barat. Timor Leste merangkumi pulau Atauro, Jaco, Oecussi-Ambeno dan sebahagian Pulau Timor.

Republik Demokratik Timor Leste
ريڤوبليک ديموکراتيک تيمور ليستي
  • Tetum:Repúblika Demokrátika
    Timor Lorosa'e
    Portugis:República Democrática de Timor-Leste
Bendera Timor Leste
Jata negara Timor Leste
Bendera Jata negara
Cogan kata"Unidade, Asaun, Progresu" (Tetum)
"Unidade, Acção e Progresso" (Portugis)

("Perpaduan, Tindakan, dan Kemajuan")
Lagu kebangsaan"Pátria"
(Portugis: "Tanah Air")
Lokasi Timor Leste
Ibu negara
dan bandar terbesar
Dili
8°20′S 125°20′E / 8.34°S 125.34°E / -8.34; 125.34Koordinat: 8°20′S 125°20′E / 8.34°S 125.34°E / -8.34; 125.34
Bahasa rasmiBahasa Tetum[], Bahasa Portugis[a], Bahasa Indonesia (diiktiraf sebagai bahasa kerja)
Agama
96.9% Roman Katolik
3.1% Lain-lain
DemonimTimor Leste
KerajaanRepublik
• Presiden
José Ramos-Horta
Taur Matan Ruak
Arão Noé da Costa Amaral
Badan perundanganParlimen Kebangsaan
Kemerdekaan 
daripada Portugal, dan Indonesia[b]
• Diisytiharkan
28 November 1975
17 Julai 1976
• Diiktirafan
20 Mei 2002
Keluasan
• Jumlah
15,410[1] km2 (5,950 bt2) (ke-154)
• Perairan (%)
sedikit sahaja
Populasi
• Bancian Penduduk 2015
1,167,242[2]
78/km2 (202.0/sq mi)
KDNK (PPP)2017
• Jumlah
$4.567 billion[3]
$5,479[3] (ke-148)
KDNK (nominal)2014
•  Jumlah
$2.498 billion[3]
$3,330[3]
HDI (2015) 0.605[4]
sederhana · ke-133
Mata wangDolar Amerika Syarikat[c]
(USD)
Zon waktu()
Arah memanduKiri
Kod panggilan+670
Kod ISO 3166TL
DPT internet.tl[d]
Laman sesawang rasmi
timor-leste.gov.tl
 a. Bahasa Inggeris dan Bahasa Indonesia diiktiraf oleh Perlembagaan sebagai bahasa kerja.
 b. Indonesia mula-mula menduduki Timor Timur pada 7 Disember 1975 dan merasmikan sebagai Provinsi di Indonesia pada 17 Julai 1976 .
 c. Syiling Centavo Timor Leste juga digunakan.
 d. .tp sedang dinyahsenarai.

Timor Leste diserap ke dalam Republik Indonesia pada tahun 1975 dan memecahkan diri pada tahun 1999. Timor Leste berjaya mendapatkan kemerdekaan pada Mei 2002.

Penamaan

sunting

"Leste" dalam bahasa Portugis bermaksud "timur" merujuk kepada lokasi petempatan para penjajah Portugis di pulau Timor itu sendiri, hal ini membawa kepada penamaan ia dalam bahasa Portugs yang juga salah satu bahasa rasmi negara ini, Timor-Leste yang bertanda sengkang;[5] nama Portugis bersengkang ini turut dipakai semasa wakil-wakilnya memasuki Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu pada 2002. Nama "Timor Leste" yang berjarak pula lazim digunakan media berita se-Nusantara baik yang berbahasa Malaysia (termasuk Bernama) dan Indonesia (termasuk KOMPAS). Bahasa Tetum pula memanggil nama ini sebagai Timór Lorosa'e (Lorosa'e bermaksud "naik matahari" / "timur").

Nama Timor Leste juga dimelayukan sebagai "Timor Timur", nama ini merupakan nama dipilih untuk provinsi yang dibentuk setelah pihak tentera Indonesia mengilhak negara tersebut secara paksa dalam Operasi Seroja pada 1975.

Sejarah

sunting
  • Abad ke-16: Kedatangan kaum Portugis
  • 1902: Pembahagian Timor antara kaum Portugis dan Belanda secara definitif
  • 1975: Timor Portugis ditelantarkan Portugal yang dilanda Revolusi Pokok Bunga Teluki
  • 1976: Bergabung dengan Indonesia, menjadi Wilayah Timor Timur
  • 1976 - 1980: Perang saudara; konon sekitar 100.000 - 250.000 orang tewas
  • 1991: Insiden Santa Cruz
  • 1999: Referendum pemisahan diri Timor Timur dibenarkan presiden B. J. Habibie
  • 1999: Rusuhan besar-besaran antara pro-dan anti-kemerdekaan dan pelarian warga Timor Timur
  • 2002: Terbentuknya negara Timor Leste
  • 2006: pertiga bekas tentera kebangsaan Timor Leste memberontak menuntut keadilan; pecah konflik antara pihak polis yang menyokong kerajaan dengan pihak tentera

Politik

sunting

Ketua Negara Republik Timor Leste ialah seorang presiden, yang dipilih secara langsung dengan dengan masa bakti selama 5 tahun. Walaupun fungsinya hanya seremonial saja, ia juga mempunyai hak veto undang-undang. Perdana Menteri dipilih daripada pemilihan parti dan diangkat / ditunjuk dari parti majoriti sebuah sokongan majoriti. Sebagai ketua kerajaan, Perdana Menteri mengetuai Majlis Menteri-menteri atau Kabinet dalam Kabinet Kerajaan.

Parlimen Timor Leste hanya terdiri dari satu kamar saja dan disebut Parlamento Nacional. Anggotanya dipilih untuk masa jabatan selama lima tahun. Jumlah kerusi di parlimen antara 52 dan 65 tetapi saat ini berjumlah 65. Undang-Undang Dasar Timor Leste berdasarkan perlembagaan Portugal.

Angkatan Bersenjata Timor Leste adalah FALINTIL-FDTL (F-FDTL), sedangkan angkatan kepolisiannya adalah PNTL (Policia Nacional Timor-Leste).

Daerah

sunting

Pentadbiran Timor Leste dibahagikan kepada 13 daerah:

  • Aileu (Aileu)
  • Ainaro (Ainaro)
  • Baucau (Baucau)
  • Bobonaro (Bobonaro)
  • Cova-Lima (Suai)
  • Dili (Dili)
  • Ermera (Gleno)
  • Lautem (Lautem)
  • Liquica (Liquica)
  • Manatuto (Manatuto)
  • Manufahi (Same)
  • Oecusse (Pante Makassar)
  • Viqueque (Viqueque)

Nama-nama yang berada di antara tanda kurung adalah ejaan alternatif yang sering digunakan pada masa Integrasi.

Rujukan

sunting
  1. ^ [1] [pautan mati]
  2. ^ "2015 Census shows population growth moderating". Government of Timor-Leste. 25 Oktober 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Februari 2016. Dicapai pada 24 Julai 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ a b c d "Timor-Leste". The World Bank. Dicapai pada 3 May 2014.
  4. ^ "2016 Human Development Report" (PDF). United Nations Development Programme. 2016. Dicapai pada 21 March 2017.
  5. ^ a b "Constituição da República Democrática de Timor" (PDF). Government of Timor-Leste. Dicapai pada 2 September 2016.
  6. ^ "Konstituisaun Repúblika Demokrátika Timór-Leste" (PDF). Government of Timor-Leste. Dicapai pada 2 September 2016.