The Hunger Games (Permainan Kelaparan) merupakan sebuah siri novel ditulis oleh pengarang Amerika Syarikat, Suzanne Collins. Novel-novel ini bertajuk The Hunger Games (2008), Catching Fire (2009) dan Mockingjay (2010). Kesemua novel ini telah diadaptasi kepada filem dengan adaptasi filem Mockingjay dibahagikan kepada dua bahagian. Sehingga tahun 2014, trilogi ini telah terjual lebih daripada 65 juta salinan di Amerika Syarikat (28 juta salinan untuk The Hunger Games, 19 juta salinan untuk Catching Fire dan 18 juta salinan untuk Mockingjay).

The Hunger Games
Umum
PengarangSuzanne Collins
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
GenrePengembaraan, sains fiksyen, drama, aksi
Penerbitan
PenerbitScholastic
Tarikh penerbitan
2008–2010
Jenis media
Cetak (kulit keras, kulit lembut)
E-book

Pada 17 Ogos 2012, Amazon mengumumkan trilogi The Hunger Games sebagai siri paling larisnya, mengatasi rekod yang dipegang oleh siri Harry Potter.[1] Trilogi The Hunger Games telah dijual di 56 negara dalam 51 bahasa.

Bertahun-tahun sebelum permulaan siri, tiga belas daerah cuba untuk memulakan revolusi menentang Capitol. Capitol menang dan Daerah 13 dimusnahkan. Sebagai hukuman, sebuah pertandingan sehingga mati tahunan digelar The Hunger Games dicipta oleh Capitol. Dua peserta, seorang lelaki dan seorang perempuan dikenali sebagai tribute, diantara umur 12 dan 18 tahun dari setiap daerah dipilih secara rawak melalui loteri. Remaja juga boleh menawarkan diri sebagai tribute. Mereka dibawa ke sebuah arena dan berlawan sehingga tinggal seorang yang masih hidup.[2]

Katniss Everdeen ialah seorang remaja perempuan 16 tahun dari Daerah 12 yang menawarkan diri untuk Hunger Games ke-74 selepas adiknya, Primrose Everdeen dipilih. Dia terselamat dalam Permainan ini bersama-sama Peeta Mellark selepas mereka berdua menentang Capitol dengan mengancam untuk membunuh diri.[2]

Capitol marah terhadap tentangan mereka yang telah merangsang pemberontakan di beberapa daerah. Katniss dan Peeta melawat daerah dan cuba untuk mengakhiri pemberontakan. Kemudiannya, pemilihan untuk Hunger Games seterusnya berlaku. Untuk permainan kali ini, sebagai sebahagian daripada "Quarter Quell" yang berlaku setiap 25 tahun, pemenang-pemenang daripada permainan sebelumnya dipaksa untuk mengambil bahagian. Apabila tinggal hanya beberapa peserta dalam permainan ini termasuk Katniss dan Peeta, arena ini telah dimusnahkan. Tiga tribute termasuk Katniss diselamatkan oleh pasukan pemberontak dari Daerah 13 tetapi tiga tribute lain termasuk Peeta ditahan oleh Capitol.[3]

Pemberontakan ini diteruskan dengan Katniss digunakan sebagai pemimpin.[4]

The Hunger Games

sunting

The Hunger Games mengikuti seorang remaja 16 tahun, Katniss Everdeen dari Daerah 12 yang menawarkan diri untuk Hunger Games ke-74 menggantikan adiknya, Primrose Everdeen. Juga mengambil bahagian dari Daerah 12 adalah Peeta Mellark, seorang lelaki yang jatuh hati secara rahsia terhadap Katniss. Mereka dibimbing oleh bekas pemenang dari Daerah 12, Haymitch Abernathy yang memenangi Permainan ini 24 tahun sebelumnya dan sejak itu menjadi kaki arak. Peeta mendedahkan cintanya terhadap Katniss dalam temubual televisyen sebelum Permainan. Pendedahan ini mengejutkan Katniss yang menaruh perasaan terhadap Gale Hawthorne. Haymitch menasihati Katniss untuk berpura-pura mempunyai perasaan terhadap Peeta untuk cuba mendapatkan penaja yang boleh memberi hadiah bekalan semasa Permainan. Di dalam arena, Katniss bersekutu dengan Rue, seorang tribute muda dari Daerah 11 dan takut secara emosi apabila Rue dibunuh kerana dia mengingatkan Katniss terhadap adiknya. Katniss meletakkan bunga di sekeliling badan Rue sebagai tentangan terhadap Capitol. Tribute yang masih hidup diumumkan perubahan peraturan yang membenarkan dua pemenang jika mereka dari daerah yang sama. Selepas perubahan peraturan ini, Katniss dan Peeta mula bekerjasama sebagai satu pasukan. Apabila tribute-tribute yang lain mati dan mereka menyangka telah menang, perubahan peraturan ini dibatalkan. Katniss meyakinkan Peeta untuk membunuh diri bersama-sama dengan memakan buah beracun yang dikenali sebagai nightlock dengan harapan bahawa perubahan peraturan akan dikembalikan semula. Muslihat mereka berjaya dan kedua-dua tribute diumumkan sebagai pemenang. Semasa dan selepas Permainan ini, Katniss mula mempunyai perasaan sebenar terhadap Peeta. Apabila ia menjadi jelas bahawa Capitol kecewa dengan tentangannya, Haymitch meminta Katniss untuk kekal berpura-pura sebagai pasangan bercinta tanpa memberitahu Peeta.

Catching Fire

sunting

Dalam Catching Fire yang bermula enam bulan selepas tamatnya The Hunger Games, Katniss mempelajari bahawa tentangannya di dalam novel sebelumnya telah merangsang pemberontakan di daerah-daerah. Presiden Snow mengancam untuk menyakiti keluarga dan rakan-rakannya jika dia tidak membantu untuk meredakan pergolakan di daerah dan berkahwin dengan Peeta. Sementara itu, Peeta telah menyedari cinta tidak jujur Katniss terhadapnya tetapi dia juga telah dimaklumkan tentang ancaman Snow dan berjanji untuk membantu lakonan itu untuk menyelamatkan nyawa rakyat Daerah 12. Mereka dibawa melawat daerah sebagai pemenang dan merancang perkahwinan awam. Walaupun mereka mengikut arahan Snow dan meneruskan lakonan, Katniss secara tidak sengaja memarakkan pemberontakan dan pin mockingjay yang dipakainya menjadi simbol. Snow mengumumkan edisi istimewa Hunger Games ke-75—dikenali sebagai Quarter Quell—dimana Katniss dan Peeta terpaksa bersaing dengan pemenang yang lepas. Atas desakan Haymitch, mereka bekerjasama dengan beberapa tribute lain, berjaya untuk memusnahkan arena dan melarikan diri dari Permainan. Katniss diselamatkan oleh pasukan pemberontak dari Daerah 13 dan Gale memaklumkan kepadanya bahawa Capitol telah memusnahkan Daerah 12 dan menahan Peeta serta sekutu mereka dari Daerah 7, Johanna Mason. Katniss akhirnya mendapat tahu bahawa dia secara tidak sengaja menjadi sebahagian daripada pemberontakan selama ini; misi menyelamatkannya telah dirancang oleh Haymitch, Plutarch Heavensbee dan Finnick Odair serta lain-lain.

Mockingjay

sunting

Katniss kembali ke rumah dan melihat sisa Daerah 12. Ia telah didedahkan bahawa Daerah 13 terselamat dengan tinggal di bawah tanah dan dipimpin oleh Presiden Alma Coin. Katniss, selepas dibawa ke Daerah 13, setuju untuk menjadi 'Mockingjay' untuk merekrut lebih ramai pemberontak dari daerah-daerah. Dia menetapkan syarat bahawa Peeta, Johanna Mason, Annie Cresta dan Enobaria yang ditahan oleh Capitol tidak akan dilihat sebagai pembelot dan syarat dimana Katniss akan membunuh Snow jika pemberontak menang. Ia telah didedahkan bahawa Peeta telah 'dirampas', diubah pendapatnya menggunakan racun Tracker Jacker untuk membunuh Katniss. Dia cuba untuk mencekik Katniss sehingga mati ketika mereka berjumpa kembali. Selepas sembuh, Katniss dan sebuah pasukan dikenali sebagai Skuad Bintang terdiri daripada Gale, Peeta, Finnick, krew kamera dan beberapa askar lain memulakan misi untuk membunuh Snow. Sepanjang misi mereka, ramai ahli skuad mati termasuk Finnick. Katniss menghampiri rumah agam Snow dimana dia melihat sekumpulan kanak-kanak Capitol melindungi pintu masuk rumah agam itu sebagai perisai dan tiba-tiba sebuah hoverkraf Capitol menjatuhkan bom, membunuh kanak-kanak tersebut. Pemberontak menghantar pasukan perubatan termasuk Prim. Bom yang tidak meletup tiba-tiba meletup menyebabkan Prim terbunuh serta-merta sebaik sahaja dia terlihat kakaknya. Katniss yang juga cedera terbangun selepas koma. Dia mendapat tahu bahawa pemberontak telah menang dan menunggu untuk menjalankan hukuman mati ke atas Snow dimana Katniss dibenarkan untuk menjalankan hukuman tersebut. Semasa berjumpa Snow, dia mengatakan bahawa ia adalah sebenarnya pemberontak yang diketuai oleh Coin yang merampas hoverkraf Capitol dan membunuh Prim dalam usaha untuk menggambarkan Snow sebagai kejam. Pemenang-pemenang yang masih hidup kemudiannya diminta oleh Coin untuk mengundi terhadap Hunger Games terakhir menggunakan anak-anak pegawai berkedudukan tinggi Capitol (termasuk cucu Snow) untuk menghukum Capitol atas jenayah mereka terhadap daerah-daerah lain. Ketika hukuman mati Snow, Katniss sebaliknya memutuskan untuk membunuh Coin dan Snow mati dengan tercekik darahnya sendiri ketika ketawa. Ini membawa kepada pendakwaan Katniss tetapi dia dianggap tidak bersalah kerana juri percaya bahawa dia berada dalam keadaan mental tidak stabil. Katniss dihantar pulang ke Daerah 12. Ibu Katniss dan Gale mengambil pekerjaan di daerah lain. Di dalam epilog, Katniss dan Peeta kekal bersama. Pasangan ini mempunyai dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan.

Adaptasi filem

sunting

Lionsgate Entertainment mendapatkan hak pengedaran sedunia untuk adaptasi filem The Hunger Games yang diterbitkan oleh syarikat pengeluaraan Nina Jacobson, Color Force.[5] Collins sendiri mengadaptasi novel ini kepada filem[5] bersama Gary Ross.[6] Filem ini memulakan pengeluaraan semasa musim bunga tahun 2011 dan berakhir semasa musim panas tahun 2011.[7] Ia ditayangkan pada 23 Mac 2012 dengan rating PG-13.[8][9] Gary Ross mengarah filem ini; barisan pelakon termasuk Jennifer Lawrence sebagai Katniss, Josh Hutcherson sebagai Peeta dan Liam Hemsworth sebagai Gale.[10][11][12] Catching Fire ditayangkan pada 22 November 2013 dimana barisan pelakon pertama menyambung watak mereka tetapi pengarah, Gary Ross tidak kembali.[13][14] Pada bulan April 2012, jawatan pengarah ditawarkan kepada Francis Lawrence.[15] Lawrence juga mengarah Mockingjay part 1 dan 2.[16]

Rujukan

sunting
  1. ^ Bosman, Julie (August 17, 2012). "Amazon Crowns 'Hunger Games' as Its Top Seller, Surpassing Harry Potter Series". The New York Times.
  2. ^ a b Collins, Suzanne (September 14, 2008). The Hunger Games.
  3. ^ Collins, Suzanne (September 1, 2009). Catching Fire.
  4. ^ Collins, Suzanne (August 24, 2010). Mockingjay.
  5. ^ a b Jay A. Fernandez; Borys Kit (17 Mac 2009). "Lionsgate picks up 'Hunger Games'". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 4 Januari 2011.
  6. ^ Karen Springen (5 Ogos 2010). "Marketing 'Mockingjay'". Publishers Weekly. Dicapai pada 4 September 2010.
  7. ^ Valby, Karen (6 Januari 2011). "'Hunger Games' exclusive: Why Gary Ross got the coveted job, and who suggested Megan Fox for the lead role". Entertainment Weekly. Dicapai pada 26 Januari 2011.
  8. ^ Valby, Karen (25 Januari 2011). "'The Hunger Games' gets release date". Entertainment Weekly. Dicapai pada 26 Januari 2011.
  9. ^ Hopkinson, Deborah. "Suzanne Collins Interview-Catching Fire". BookPage. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-02. Dicapai pada 30 Jun 2010.
  10. ^ "The Changing Objective of the American Film Market". Baseline Intel. 18 November 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-04. Dicapai pada 2 Januari 2011.
  11. ^ Joshua L. Weinstein (16 Mac 2011). "Exclusive: Jennifer Lawrence Gets Lead Role in 'The Hunger Games'". TheWrap.com. Dicapai pada 17 Mac 2011.
  12. ^ Jeff Labrecque (4 April 2011). "'Hunger Games' casts Peeta and Gale: Josh Hutcherson and Liam Hemsworth nab the roles". Entertainment Weekly. Dicapai pada 4 April 2011. Lionsgate mengumumkan bahawa trilogi ini akan dijadikan kepada 4 filem.
  13. ^ Nikki Finke (10 April 2012). "Gary Ross Decides NOT to Direct "Hunger Games Two: Catching Fire': Lionsgate In 'Shock'". Deadline. Dicapai pada 10 April 2012.
  14. ^ "9 Untold Secrets of the High Stakes 'Hunger Games". The Hollywood Reporter. 1 Februari 2012. Dicapai pada 7 Februari 2012.
  15. ^ "'Hunger Games' Sequel 'Catching Fire' Nabs Director Francis Lawrence". Access Hollywood. 20 April 2012.
  16. ^ Goldberg, Matt (1 November 2012). "Exclusive: Francis Lawrence to Direct Remainder of THE HUNGER GAMES Franchise with Two-Part Adaptation of MOCKINGJAY". Collider.com.

Pautan luar

sunting