Tembok Hadrian
Tembok Hadrian (bahasa Latin: Vallum Hadriani, bahasa Inggeris: Hadrian's Wall ) merupakan suatu tembok pertahanan yang dibina merentasi pulau Great Britain pada zaman Maharaja Hadrianus (nama Inggerisnya: Hadrian) dengan tujuan untuk menyekat serangan orang-orang Celt terhadap kawasan selatan pulau yang dikuasai Empayar Rom selain sebagai penanda sempadan Empayar. Ia menjangkau dari tebing Sungai Tyne di pesisiran Laut Utara England sampailah ke muara Solway (Solway Firth) berdekatan Bowness-on-Solway di pesisiran Laut Ireland.
Tembok ini sangat dikenali kerana kekuatannya yang mampu menjadikan ia paling terpelihara secara fizikal dan paling jelas kelihatan hari ini. Tambahan kepada kegunaannya sebagai kubu pertahanan, ia dipercayai bahawa pintu pagar tembok juga digunakan sebagai pos kastam bagi memudahkan cukai perdagangan.
Sebahagian besar tembok masih wujud, terutamanya dibahagian tengah, dan kebanyakan tembok tersebut boleh disusur dengan berjalan kaki. Ia merupakan tumpuan pelancong paling popular di Utara England, di mana ia sering kali dikenali hanya sebagai Tembok Rom. Ia dijadikan Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 1987. English Heritage, organisasi kerajaan yang mengendalikan persekitaran bersejarah di England, menggambarkan binaan ini sebagai "monumen paling penting didirikan tamadun Rom di Britain".[1]
Dimensi
suntingPembinaan
suntingRujukan
sunting- ^ "English Heritage". Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-07-22. Dicapai pada 2007-04-16.
Pautan luar
sunting- Episod siri radio In Our Time Radio BBC Radio 4 mengenai topik ini dengan wawancara Greg Woolf, Profesor Sejarah Purba University of St Andrews, David Breeze, Profesor Arkeologi Universiti Durham dan Lindsay Allason-Jones Pengkaji Bahan Tamadun Romawi Universiti Newcastle
- Hadrian's Wall - Official Northumberland Visitor
- Hadrian's Wall Discussion Forum
- UNESCO Frontiers of the Roman Empire
- News on the Wall path
- English Lakes article
- iRomans—lelaman peta interaktif bahagian Cumbria tembok
- Well illustrated account of sites along Hadrian's Wall