Siput belalai gajah
Siput belalai gajah atau siput belalai (bahasa Inggeris: geoduck disebut [ˈɡuːiˌdʌk terdekat gui.dak]; nama saintifik: Panopea generosa) ialah spesies kerangan dalam keluarga Hiatellidae[1][2] yang bertaburan di perairan dan pantai British Columbia barat Kanada dan Washington barat laut Amerika Syarikat.
Siput belalai gajah | |
---|---|
Spesimen Panopea generosa yang hidup | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Mollusca |
Kelas: | Bivalvia |
Order: | Adapedonta |
Keluarga: | Hiatellidae |
Genus: | Panopea |
Spesies: | P. generosa
|
Nama binomial | |
Panopea generosa Gould, 1850
|
Haiwan ini dikenali kerana bentuknya yang berotot besar menonjol melangkaui badan asal. Ia juga merupakan haiwan jenis kepah penggali terbesar[3] malah antara yang paling lama hidup dengan jangka hayat 140 tahun; yang tertua telah dicatatkan pada usia 168 tahun.[4]
Penamaan
suntingNama haiwan ini setara dengan istilah bahasa Cinanya 象拔蚌 (pinyin: xiàngbábàng, Jyutping: zoeng6 bat6 pong), yang secara harfiahnya bermaksud "kepah hidung gajah", merujuk kepada penampilan badan kepah tersebut yang menyerupai belalai seekor gajah.[5]
Masyarakat peribumi Niskwali yang duduk di negeri Washington termasuk kawasan habitat asalnya pula memberikan nama gʷídəq[6][7] (sebutan terdekat [gui.dĕk]) dalam bahasa Lesyusid yang dituturkan oleh mereka: əq bermaksud "pelir"[8] atau "menggali dalam"[9] atau mungkin kedua-duanya; ia diserapkan ke dalam bahasa Inggeris sebagai geoduck[6][7] iaitu nama lain yang sering digunakan dalam pasaran umum.
Ciri fizikal
suntingIa kerangan penggali terbesar di dunia dengan berat matang rata-rata 0.7 kilogram; terdapat spesimen yang diperolehi dengan berat lebih daripada 7 kg sepanjang sebanyak 2 meter. Kepah ini menggunakan suatu "belalai" (sifon) untuk menyedut air laut sekitarnya, mengutip plankton yang dituras dan dimakan sambil air tapisan ditinja melalui lubang berasingan.
Kepah yang ditangkap dan diangkut perlu dipelihara dalam persekitaran air masin bersuhu 10 darjah Celsius.[10]
Sebagai sumber makanan
suntingSifon yang besar dan gemuk sangat dikehendaki kerana gurih dan tekstur renyah. Rasa isi siput ini adakala dibandingkan juga dengan rasa tiram.[10] Ia juga adakala dilihat mempunyai sifat yang dipercayai menaikkan berahi si pemakan.[3]
Ia sangat popular di China di mana ia dianggap sebagai bahan hidangan istimewa stimbot untuk tujuan keraian.[3] Ia juga sering digemari dimakan secara mentah[10] terutamanya dalam kalangan orang Jepun dan Korea bercicah masing-masing dengan wasabi dan kicap.
Rujukan
sunting- ^ Panopea generosa Gould, 1850. Dicapai melalui: World Register of Marine Species pada 28 Disember 2010.
- ^ Vadopalas, B.; T. W. Pietsch; C. S. Friedman (2010). "The proper name for the geoduck: resurrection of Panopea generosa Gould, 1850, from the synonymy of Panopea abrupta (Conrad, 1849) (Bivalvia: Myoida: Hiatellidae)" (PDF). Malacologia. 52 (1): 169–173. doi:10.4002/040.052.0111. Dicapai pada 2 Mac 2012.
- ^ a b c Morgan, James (19 Julai 2015). "The 'phallic' clam America sells to China". BBC. Dicapai pada 20 Julai 2015.
- ^ Orensanz, J. M. L.; Hand, C. M.; Parma, A. M.; Valero, J.; Hilborn, R. (2004). "Precaution in the harvest of Methuselahs clams-the difficulty of getting timely feedback from slow-paced dynamics". Can. J. Fish. Aquat. Sci. 61: 1355–1372. doi:10.1139/f04-136.
- ^ Chappell, Hilary M. (2015). Diversity in Sinitic Languages (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. m/s. 171. ISBN 978-0-19-103573-9.
- ^ a b "Geoduck". Dictionary.com. Dicapai pada 29 Mac 2007.
- ^ a b "Bartleby.com: Great Books Online -- Quotes, Poems, Novels, Classics and hundreds more". Diarkibkan daripada yang asal pada 5 April 2005.
- ^ Oxford English Dictionary, 3rd edition (March 2012), s.v. "geoduck" (subscription required).
- ^ A. Campbell, R. M. Harbo, and C. M. Hand, "Harvesting and distribution of Pacific Geoduck Clams", Proceedings of the North Pacific Symposium on Invertebrate Stock Assessment and Management (1998), p. 350
- ^ a b c Zubir Mohd Yunus (21 Ogos 2018). "Penangan siput belalai gajah". Berita Harian. m/s. 47.
Pautan luar
sunting- Geoduck clam (Panopea abrupta): Anatomy, Histology, Development, Pathology, Parasites, and Symbionts — Fisheries and Oceans Canada
- "3 Feet Under—Digging Deep for the Geoduck Clam" - dokumentari mengenai kegiatan penangkapan siput ini
- Geoduck.org kelolaan Underwater Harvester's Association di Kanada