Penarahan
Penarahan, pendarahan, kayu asap, medang simpai, salak utan atau balo (nama botani: Gymnacranthera bancana) ialah spesies tumbuhan dalam keluarga Myristicaceae. Ia ditemukan di kawasan hutan pamah, hutan paya dan tepi bukit di Sumatera, Johor, Singapura, Pulau Bangka, Sarawak dan Brunei.[2]:43
Penarahan | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | G. bancana
|
Nama binomial | |
Gymnacranthera bancana (Miq.) Sinclair
| |
Sinonim[1] | |
Senarai
|
Peristilahan
suntingNama penarahan (Jawi: ڤنارهن ) dan nama pendarahan (Jawi: ڤندارهن ) diberikan kerana warna getah pokoknya yang merah seperti darah, nama-nama tersebut juga dipakai kepada banyak spesies tumbuhan dalam keluarga Myristicaceae.[3]:466[4] Nama penarahan digunakan di Semenanjung Melayu.[3]:466
Nama balo (Jawi: بالو ) digunakan di Pulau Bangka.[3]:466
Botani
suntingPokok oenarahan tumbuh tinggi sehingga 5-40 meter. Kulit kayunya berwarna perang kemerah-merahan dan kasar dengan banyak rekahan. Helai daunnya berbentuk bujur dengan ukuran 18-42 sentimeter panjang dan 7.5-19 sm lebar, permukaan atas berkilat tetapi bahagian bawahnya dilitupi bulu.[2]:43
- Bunga: Kecil, dengan warna perang di bahagian luar tetapi berwarna merah jambu di bahagian dalam.
Rujukan
sunting- ^ "Gymnacranthera bancana (Miq.) J.Sinclair". Plants of the World Online. Royal Botanical Gardens, Kew. 2023. Dicapai pada 27 Mei 2023.
- ^ a b de Wilde, W. J. J. O. (1994). "Myristicaceae". Flora Malesiana. 14 (1): 1–632 – melalui Naturalis Institutional Repository.
- ^ a b c Schouten, R.T.A. (1986). "Revision of the genus Gymnacranthera (Myristicaceae)". Flora Malesiana. 31 (2): 451–486 – melalui Naturalis Institutional Repository.
- ^ Wilkinson, Richard James (1932). "pĕndarahan". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 241 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
- Phang Wien Ho et al. A Guide to the Botanic Gardens Jungle. Pusat Sains Singapura (1983). ISBN 9971-88-010-5.