Pemangku Pegawai Juruterbang
Pemangku Pegawai Juruterbang (Acting Pilot Officer) ialah pegawai bertauliah paling rendah dalam Royal Air Force.[1] Pemangku pegawai juruterbang bukanlah pangkat tentera yang sebenar, oleh itu pemangku pegawai juruterbang di taraf semula menjadi Pegawai Juruterbang dan bukannya menerima kenaikkan pangkat. Tidak seperti pangkat lain RAF yang boleh dipegang oleh pegawai secara pangkuan, pemangku pegawai juruterbang dikekalkan sebagai gred berasingan. Gred ini biasanya menandakan pegawai yang baru ditauliahkan dan menyertai RAF sebagai pegawai langsung bukan siswazah.
Pemangku Pegawai Juruterbang Acting Pilot Officer | |||
| |||
Negara | United Kingdom | ||
Cabang perkhidmatan | Tentera Udara Diraja | ||
Kumpulan pangkat | Pegawai muda | ||
Singkatan | A/Plt Off | ||
Diperkenalkan | 1 April 1918 | ||
Persamaan NATO |
OF-1 | ||
Pangkat tinggi seterusnya | Pegawai Juruterbang
| ||
Pangkat rendah seterusnya | |||
Persamaan pangkat tentera laut | Leftenan Muda (RN) | ||
Persamaan pangkat tentera darat/marin | Leftenan Muda (TD/RM) |
Walaupun acting pilot officer mempunyai kod pangkat NATO OF(D), tiada pangkat setara yang tepat dalam Tentera Darat British, Marin Diraja dan Royal Navy. Memandangkan acting pilot officer adalah rendah dari Leftenan Muda dalam Tentera Darat British atau Marin Diraja serta Pegawai Kadet Kanan Royal Navy, pangkat tersebut merupakan pegawai bertauliah paling rendah dalam Angkatan Tentera British.
Di Universiti Skuadron Udara (UAS), para pelajar boleh memohon jawatan acting pilot officer (APO) untuk memegang peranan pelajar senior atau flait komander, biasanya empat setiap satu UAS. Bagi mendapatkan tauliah Simpanan Sukarelawan mereka perlu melengkapkan kursus yang dikendalikan oleh Unit Latihan Pegawai dan Kadet Kru Udara di RAFC Cranwell. Pada hari graduasi, acting pilot officer Simpanan Tentera Udara Diraja memegang tauliah penuh selama setahun. Ini boleh disambung jika berkhidmat lebih dari satu tahun sewaktu memegang posisi senior dalam skuadron atau dikekalkan jika berkhidmat dengan pasukan simpanan RAF.
Sehingga tahun 2012, Sekolah Latihan Penerbangan 3 (3FTS) bertanggungjawab bagi latihan APO UAS. Bagaimanapun, bermula tahun 2013 OACTU mengambil alih tugas-tugas melatih acting pilot officer dengan kursus yang sejajar dengan kursus pentauliahan pasukan simpanan RAF.
Tanda pangkat adalah sama dengan kepunyaan pilot officer, yang berbentuk satu jalur biru nipis pada jalur hitam yang lebih lebar. Ini dipakai pada kedua-dua pergelangan baju atau pada bahu sut penerbangan atau pakaian seragam biasa. APO RAFVR APO mempunyai tanda VR pada slaid pangkat mereka, samada pin gangsa VR yang disemat pada stipe atau bersulam dibawahnya.
Para pegawai Organisasi Kadet Tentera Udara Diraja diletakkan sebagai acting pilot officer sehingga tamat Kursus Awal Pegawai di RAFC Cranwell.
-
Lengan baju acting pilot officer RAF
-
Lengan baju mess acting pilot officer RAF
-
Lencana bahu Acting Pilot Officer RAF
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "acting pilot officer". oxfordreference.com. Oxford University Press. Dicapai pada 10 October 2020.
A rank in the RAF above warrant officer and below pilot officer.