Pulau Sibu

pulau di Mersing, Johor, Malaysia

Pulau Sibu sepanjang 6 km, merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut Cina Selatan di persisiran laut Johor, Malaysia. Antara pulau berdekatan adalah Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kurus dan Pulau Sibu Hujung.

Pulau Sibu

Pulau Sibu mempunyai pantai berpasir putih yang bersih. Air yang jernih mengelilingi kesemua pantai di pulau-pulau tersebut. Pulau ini juga dikelilingi dengan beberapa kelompok terumbu karang yang cantik dan menarik. Merupakan salah satu tempat yang menjadi pilihan pelancong untuk tujuan aktiviti air. Para pemancing juga menjadikan lokasi ini sebagai antara pilihan terbaik. Ini antara lain disebabkan ia mengadap ke laut lepas serta kaya dengan sumber laut. Di diami oleh sekitar 40 keluarga dan mempunyai kemudahan asas antaranya balai polis, klinik kerajaan, sekolah rendah, masjid, hotel peranginan dan kedai.

Pulau Sibu juga mempunyai jeti moden sepanjang 300 meter. Mengambil masa sekitar 15 minit perjalanan menggunakan bot laju ke Jeti Tanjung Leman. Namun begitu masa perjalanan ini amat bergantung kepada jenis bot yang dinaiki, keadaan angin serta ombak laut yang sentiasa berubah-ubah mengikut bulan dan cuaca semasa.

Rujukan

sunting