Laut Hebrides

laut

Laut Hebrides (bahasa Inggeris: Sea of the Hebrides) adalah sebahagian daripada Lautan Atlantik Utara, terletak di luar pantai barat Scotland, memisahkan tanah besar dan bahagian utara pulau-pulau Hebrides Dalam di sebelah timur dari bahagian selatan pulau-pulau Hebrides Luar di sebelah barat. Di utara, Laut Hebrides menyertai The Minch.[1]

Laut Hebrides yang dilihat antara gugusan pulau Hebrides Dalam dan Luar.

Laut Hebrides membentuk sebahagian daripada Laut dalaman di Pantai Barat Scotland, seperti yang ditakrifkan oleh Pertubuhan Hidrografi Antarabangsa,[2] dan sebahagian daripada Laut barat Scotland bagi kes pengurusan perikanan.

Rujukan

sunting
  1. ^ C.Michael Hogan. 2011. Sea of the Hebrides. Eds. P.Saundry & C.J.Cleveland. Encyclopedia of Earth. National Council for Science and the Environment. Washington DC
  2. ^ "Limits of Oceans and Seas, 3rd edition" (PDF). International Hydrographic Organization. 1953. Dicapai pada 7 February 2010.

Koordinat: 57°N 7°W / 57°N 7°W / 57; -7