Raja Arthur

(Dilencongkan daripada King Arthur)

Raja Arthur (bahasa Inggeris: King Arthur, Wales: Brenin Arthur, Cornish: Arthur Gernow, Breton: Roue Arzhur) ialah raja dalam lagenda atau mitologi England. Baginda tinggal di Camelot dan memiliki pedang mistik Excalibur.

Dewangga gambaran Arthur memakai jata sendiri[1] (sekitar 1385)

Beberapa orang berpendapat bahawa Raja Arthur hidup pada akhir abad ke-5 hingga awal abad ke-6. Baginda mungkin seorang raja mahupun pemimpin bangsa Celtic di pulau Britain. Kemudian, kisahnya berkembang dengan cerita-cerita tambahan seperti ahli sihir Merlin atau kesatria Sir Lancelot.

Banyak buku yang telah ditulis tentang baginda. Salah satu yang terkenal ditulis oleh Sir Thomas Malory.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting