Kerana Karina
Kerana Karina ialah drama bersiri Internet buatan Malaysia yang pertama, ditayangkan di gua.com.my. Siri drama ini yang setiap episodnya tidak lebih lima minit ini dibintangi Marsha Milan Londoh, Sazzy Falak, Zizan Nin, Elaine Daly, Tunku Tiara Yasmin Sofia dan Roslan Aziz.
Kerana Karina | |
---|---|
Genre | Drama |
Dibangunkan oleh | Alt Media Grand Brilliance |
Pengarah | Aidil Fitri Mohd Yunos |
Dibintangi oleh | Marsha Milan Londoh Sazzy Falak Zizan Nin Elaine Daly Roslan Aziz Tengku Tiara Yasmin Sofia |
Penggubah lagu tema | Azmeer |
Lagu penutup | Yang Mana? oleh Marsha Milan Londoh |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bilangan musim | 3 |
Bilangan episod | 64 (Senarai episod) |
Penerbitan | |
Penerbit | Ahmad Puad Onah |
Tempoh siaran | Lebih kurang 5 minit per episod |
Penyiaran | |
Saluran asal | gua.com.my |
Siaran asal | 29 Oktober 2007 | – 3 Disember 2007
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Pada 11 Disember 2007, Kerana Karina telah menerima pengiktirafan sah dari Malaysia Book of Records sebagai Drama Online Malaysia Yang Pertama. Di samping itu, Kerana Karina sudah dibikin dua musim sehingga kini.
Plot
suntingMusim 1
suntingKarina ialah seorang artis rakaman yang tengah merakam album keduanya. Labelnya menaruh harapan tinggi dan media pula ghairah meramal lagu yang makin hit. Lebih-lebih lagi, seperti yang kita tahu, album kedua seseorang artis penting sekali dalam menentu masa depan kerjayanya.
Pada masa yang sama, Karina perlu bekerjasama dengan seorang penerbit baru, iaitu Imran yang berbakat dan berkarisma. Masalahnya, mereka berdua pernah berpasangan tetapi sudah berpecah dengan membawa kenangan pahit. Selain itu, eksekutif labelnya tidak terdaya untuk menangani situasinya. Oleh itu, Karina dan rombongan pengurusan, rakan-rakan dan konco-konconya cuba memahami apa yang terbaik untuk kerjayanya.
Hari pelancaran albumnya makin tiba, dan Karina makin tertekan untuk melahirkan rakaman yang hit. Perkembangannya memang perlahan tapi apa yang penting ialah: Karina membiasakan diri dengan gaya Imran selaku penerbit. Lebih-lebih lagi, Karina beransur-ansur menyukai Imran sekali lagi. Namun, setiap hari mereka cuba saling mendekati adanya halangan yang wujud.
Musim 2
suntingKarina kini sudah menjadi bintang popular, dan kini beliau telahpun menarik perhatian ramai apabila ditawarkan untuk berlakon filem. Tetapi sudah semestinya, Karina masih tidak dapat melupakan Imran dalam hidupnya.
Dan apabila ia berlaku, kepulangan dan pertunangan beliau dengan Imran tampak akan seperti mengakhiri kisah percintaan romantis mereka dengan sempurna. Namun kisah percintaan mereka menjadi semakin dramatik dengan kemunculan Zelfa (Tengku Tiara Yasmin Sofia), artis baru yang juga bernaung dibawah syarikat rakaman Dato Ross. Karina semakin cemburu apabila mengetahui bahawa dia dan Zelfa bekerja dibawah penerbit yang sama iaitu Imran, dan konflik semakin memuncak apabila Imran memilih untuk menerbitkan album Zelfa terlebih dahulu.
Tanpa disedari, kawan rapat Karina juga telah ‘melarikan’ diri daripada beliau. Boy kini sudah mempunyai rakan ‘baru’, sementara Sherina telah terpengaruh dengan satu tawaran untuk mengembangkan impiannya dalam bidang perniagaan yang sememang diimpikannya.
Memasuki dunia baru beliau sebagai pelakon di lokasi pengambaran, menjadikan Karina semakin lupa daratan dan kini Karina mempunyai helah tersendiri untuk direncanakan. Bagi Karina, maksud sebenar ‘bintang’ semakin sukar untuk diterima.
Musim 3
suntingWaktu terus beredar namun Karina masih meratap kehilangan Imran. Sementara itu, kerjaya Zelfa kelihatan semakin berkembang. Dalam kekusutan ini, sahabat lama Karina iaitu Hani (Wan Nurul Aini Wan Shuib), tiba-tiba muncul kembali dalam hidupnya dan memberikan semangat baru kepada Karina untuk memulihkan kerjayanya.
Tetapi sewaktu pelancaran filemnya, Cinta Dewa Dewi, Karina terus mengecewakan sahabat baiknya dengan satu pengumuman yang menghampakan. Pada masa yang sama, Sherina pulang daripada London dan mendapat tahu bahawa Marcus telah bercerai. Ternyata, mereka masih menyimpan rasa sayang di antara satu sama lain, namun ibu Marcus menjadi penghalang cinta mereka. Ini ditambah pula dengan kehadiran Taufiq yang mula jatuh cinta pada Karina.
Watak-watak
suntingWatak utama
suntingBerikut ialah watak-watak utama Kerana Karina pada musim ketiga:
- Karina (Marsha Milan Londoh)
- Karina ialah seorang bintang nyanyian yang berjaya di pasaran. Dalam siri ini, dia sedang mengusahakan album keduanya. Sungguhpun gah namanya, namun Karina mudah beremosi, terutamanya setelah bekas teman lelakinya tampil sebagai penerbit albumnya. Walau bagaimanapun, perasaan cinta Karina terhadap Imran beransur pulih di sepanjang tempoh kerjasamanya dengan Imran.
Dalam musim kedua, Karina sudah menjadi bintang nyanyian popular lalu menerima tawaran berlakon dalam filem bertajuk Cinta Dewa-dewi. Bagaimanapun, kehadiran Zelfa dalam syarikat rakaman yang menaunginya menimbulkan rasa kurang selesa dalam hati Karina. Karina berharap peluang berlakon ini membolehkannya berjauhan daripada masalah lama yang tetap mengekorinya. Akhirnya, setelah berlakunya satu tragedi, Karina meluahkan hasrat untuk meninggalkan persada hiburan.
Tetapi di musim ketiga, setelah berkali-kali dipujuk oleh rakan-rakannya, akhirnya Karina pulih dari sebak kerinduan dan kembali ke persada hiburan untuk merakam lagu-lagu baru.
- Taufik (Norman Hakim)
- Pengarah filem dan pelakon lelaki utama Cinta Dewa-dewi yang bakal dibintangi Karina. Kehadirannya mengubati hati Karina ketika berjauhan daripada Imran, Sherina dan lain-lain, sehingga pada suatu malam, Imran mendapati mereka berdua berada di bilik yang sama ketika Karina tidur, lalu mengeruhkan konflik antara Imran dan Karina. Semenjak pemergian Imran, hubungan Taufik dan Karina makin rapat. Taufik pun cuba menjadikan Karina sebagai kekasih tetapi Karina lebih rela mereka berdua sekadar berteman.
- Sherina (Sazzy Falak)
- Sherina ialah ahli krew pengurusan Karina yang paling rapat dengan Karina. Dia juga merupakan teman wanita kepada Marcus tetapi hubungan mereka tegang setelah mengetahui latar belakang Marcus dengan lebih lanjut.
Di musim kedua, dia mengesyorkan tawaran berlakon kepada Karina, tetapi setelah Karina menerima tawaran itu, dia mendapati dirinya kian berjauhan dengan Karina padahal dia diingatkan oleh Dato Ross bahawa dialah yang memikul tanggungjawab terhadap keselamatan Karina bagi pihak syarikat. Sherina turut menerima tawaran bekerja di London bersama kawan lamanya Sherry, dan akhirnya menerimanya juga dengan hati yang keberatan.
Di musim ketiga, Sherina kembali ke tanah air untuk membaiki hubungan dengan Karina yang terlupa diucap selamat tinggal, sambil menerima lamaran Marcus.
- Boy (Nasrizal Ngasri)
- Sungguhpun jelasnya seorang lelaki, namun Boy berperangai keperempuanan dan taksub dengan fesyen dan kecantikan. Di hadapan Karina, Boy menunjukkan sifat "keibuan" yang agak melampau. Di musim kedua, dia mengundurkan diri dari hal ehwal Karina untuk membantu dalam misi Angah. Kewanitaan Boy juga terserlah apabila cepat gelabah setiap kali dirinya dan Angah diekori penjahat sampai ditimpa kemalangan. Enam bulan selepas kejadian itu, Boy tetap ceria dan mampu bertugas untuk menghidupkan kembali kerjaya Karina walaupun terpaksa bertongkat.
- Dato Ross (Roslan Aziz)
- Dato Ross ialah pengurus besar syarikat rakaman Rossa Records yang menjaga kerjaya Karina (dan Zelfa pada musim kedua) dan sentiasa mengehendaki yang terbaik agar album artis naungan syarikatnya berjaya di pasaran. Dalam musim kedua, hubungan pekerjaan Karina dengannya semakin keruh gara-gara Karina menyangka syarikatnya mengutamakan bakat baru bernama Zelfa itu.
Watak sampingan
sunting- Zelfa (Tengku Tiara Yasmin Sofia)
- Artis baru syarikat rakaman Karina. Kehadirannya seolah-olah membawa tuah kepada penyanyi baru ini sehingga menyebabkan Karina berasa terpinggir, lalu timbul sedikit perselisihan antara mereka. Namun, Zelfa mengaku tidak pernah bermaksud untuk melukakan hati Karina, sebaliknya hendak mengejar impiannya sepertimana yang dicapai Karina.
Di musim ketiga, apabila terasa tergugat oleh kembalinya Karina, Zelfa menyerlahkan kegelapan hatinya dengan menggunakan taktik kotor dalam syarikat rakaman, tetapi akhirnya tertumpas jua.
- Hani (Wan Nurul Aini Wan Shuib)
- Kawan lama Karina yang diperkenalkan di musim ketiga. Dengan sikap prihatin dan tinggi harapan, dia muncul untuk memujuk Karina agar kembali ke persada seni, tak kira apa pun.
- Jennifer (Chelsia Ng)
- Seorang lagi pembantu Karina yang juga merupakan adik perempuan kepada Marcus dan kawan baik kepada Sherina. Di musim kedua, Jennifer menjadi rakan sekerja Sherina untuk menceburi perniagaan di London.
- Marcus (Alan Yun)
- Teman lelaki kepada Sherina, sungguhpun Marcus sendiri sudah bertunang dengan wanita lain. Menjelang akhir musim pertama, kelakuan Marcus menjadi tidak menentu apabila makin rapat dengan Sherina, tetapi lama-kelamaan dia mengahwini tunangnya jua. Pada awal musim ketiga, didapati Marcus sudah bercerai.
- Hilda (Nur Aliah Lee)
- Penerbit baru album terbaru Kerana Karina di musim ketiga.
- Jane (Elaine Daly)
- Pembantu dalam syarikat rakaman Karina yang hendak menjatuhkan nama Karina atas perasaan dengki, serta juga cuba menawan hati Imran.
- Huzir (Razally Hussain)
- Huzir adalah pekerja di syarikat rakaman yang amat prihatin terhadap hal-hal Karina. Dia berminat untuk menarik hati Karina dan sentiasa risau Imran akan berbaik semula dengan Karina lalu meranapkan cita-cita cintanya.
- Angah (Nabil Zamanhuri)
- Adik lelaki kepada Sherina yang berhenti pengajian di Australia semata-mata untuk melancarkan kerjaya perfileman. Dia sering ditemani Boy dan pada masa yang sama diekori penjahat ke sana sini.
- Kamelia (Diana Rafar) dan Elly (Wan Sariah)
- Dua orang pelakon pembantu dalam Cinta Dewa-dewi. Ketika Karina berjauhan daripada teman-teman lama dari syarikat rakaman, merekalah yang menjaga hatinya.
- Sherry (Darling Robyna)
- Seorang kenalan lama Sherina dan Jennifer yang kembali dari London secara mengejut untuk memujuk mereka berdua agar merealisasikan impian lama membuka butik bersamanya.
Bekas watak utama
sunting- Imran (Zizan Nin)
- Imran ialah bekas teman lelaki Karina yang pertama kali bertemu di Amerika Syarikat. Setelah memutuskan hubungan dengan Karina, Imran kembali mendekati Karina sebagai penerbit albumnya dan cuba sedaya upaya untuk memastikan penerbitan album berjalan lancar tanpa banyak gangguan emosi.
Pada musim kedua, Imran kembali dari AS secara mengejut bukan sahaja untuk menawar rindu Karina, bahkan untuk mengusahakan album-album baru Karina dan Zelfa. Namun, sewaktu Karina mengambil tugas berlakon, hubungan Imran dengan Karina makin tegang, terutamanya apabila diarah mengutamakan album Zelfa. Ketika menyelamatkan Boy dan Angah dari diculik, dia terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan nyawanya melayang di hospital.
Episod
suntingMusim 1
sunting# | Tarikh keluaran | Ringkasan |
---|---|---|
1 | 29 Oktober 2007 | Album kedua Karina masih di tengah pembikinan setelah penerbit bersilih ganti, dan Dato Ross membawa seorang penerbit baru "dari Amerika" yang rupa-rupanya… |
2 | 31 Oktober 2007 | Rupa-rupanya Karina dan penerbit barunya, Imran, pernah berkenalan sewaktu menuntut di Amerika, tetapi sudah berpecah, jadi inilah yang merimaskan Karina. |
3 | 2 November 2007 | Imran mahukan perhubungan yang lebih profesional dengan Karina dengan harapan agar Karina bersetuju dengan permintaanya. |
4 | 5 November 2007 | Karina terpaksa berhadapan dengan orang sekeliling selepas menjawab soalan peribadi dari media. |
5 | 7 November 2007 | Tahap tekanan melampau yang menyelubungi Karina apabila masuk ke dalam studio bersama Imran. Muzik yang didengarnya dapat menyembuhkan sedikit ketegangan Karina. |
6 | 9 November 2007 | Sherina dan Marcus menikmati makan malam romantis bersama. Sementara itu, Huzir mempelawa Karina menyertai syarikat rakaman baru yang dicadangkan Huzir sendiri. |
7 | 12 November 2007 | Karina membuat persediaan untuk penggambaran bergaya apabila Jane muncul di tempat penggambaran dengan Imran di sisinya. |
8 | 14 November 2007 | Imran cuba meyakinkan Karina bahawa Jane yang datang kepadanya dahulu ketika menjawab pertanyaan Karina. |
9 | 16 November 2007 | Imran dan Karina cuba mengetepikan perselisihan antara mereka untuk menyiapkan album. Sementara itu, kaliber Karina terus berkembang dengan dukungan komersial dan kerja permodelan berprofil tinggi. |
10 | 19 November 2007 | Karina muncul dalam rancangan temubual (iaitu Melodi) dan membuat satu kenyataan yang menguris perasaan Huzir. |
11 | 21 November 2007 | Pertelingkahan antara Imran dan Huzir makin menjadi-jadi, sementara satu e-mel misteri menjadikan hidup Karina kian kelam-kabut. |
12 | 23 November 2007 | Karina telah hilang, dan khabar ini menggemparkan Imran dan seluruh pihak syarikat rakamannya. |
13 | 26 November 2007 | Karina akhirnya ditemui di kelab untuk membuat persembahan, dan selepas itu mendedahkan sebab dia menghilangkan diri. |
14 | 28 November 2007 | Imran menjelaskan bahawa dia pernah berkahwin tetapi sudah bercerai, tetapikarina sukar menerima hakikat ini. Selepas itu, karina menghadapi tindakan disiplin dari syarikat rakamannya. |
15 | 30 November 2007 | Huzir mempelawan Karina agar menyertai syarikat rakaman barunya dengan janji-janji yang kedengaran "manis." |
16 | 3 Disember 2007 | Karina ragu-ragu untuk menerima tawaran Huzir. Marcus ditahan polis kerana berkelahi dalam keadaan mabuk. |
17 | 5 Disember 2007 | Setelah dimaafkan pihak syarikat, Karina bersama Imran ke stesen radio untuk menjelaskan perilakunya baru-baru ini. |
18 | 7 Disember 2007 | Imran ditawarkan untuk bekerja di AS dan hendak Karina mengikutnya. Manakala, ibu Marcus dan Jennifer memaksa Sherina memutuskan hubungan dengan Marcus. |
19 | 10 Disember 2007 | Single pertama Karina menjadi hit, dan Imran akan pulang ke Amerika Syarikat setelah menjayakan album Karina. |
20 | 12 Disember 2007 | Tiba masanya Imran berpisah dengan rakan sekerjanya di Malaysia, menjadi saat paling menyayat hati bagi Karina. |
Musim 2
sunting# | Tarikh keluaran | Ringkasan |
---|---|---|
1 | 16 Mei 2008 | Album terbaru Karina 'Yang Mana?' mendapat sambutan yang hangat dan karier Karina kini semakin berkembang. Dato Ross menasihati Karina supaya lebih fokus terhadap karier nyanyiannya. Karina menerimanya dengan baik tetapi Karina masih juga tidak dapat melupakan Imran. Di tempat letak kereta bersama Sherina dan Boy, Karina secara tiba-tiba mengingati Imran. |
2 | 19 Mei 2008 | Dato Ross mengadakan satu sidang media untuk memperkenalkan artis baru, Zelfa, yang baru sahaja menandatangani kontrak dibawah label beliau. Zelfa penyanyi muda dan begitu bersungguh-sungguh menyakinkan pihak media akan bakat beliau. Apabila disoal mengenai penerimaan Karina, responnya baik, namun ketegangan mula terasa diantara mereka berdua. |
3 | 21 Mei 2008 | Sherina dan Boy mengadakan satu jamuan makan malam yang istimewa untuk memberitahu Karina bahawa dia telah mendapat tawaran untuk berlakon dalam sebuah filem arahan pengarah terkenal. Karina teruja dengan peluang tersebut namun terdapat satu lagi kejutan menanti Karina. |
4 | 23 Mei 2008 | Imran dan Karina tidak dapat lagi menyembunyikan perasaan mereka, lalu mereka meluahkan segala yang terbuku didalam hati mereka. Dato Ross yang mengetahui akan kepulangan Imran membuat satu tawaran untuk Imran, iaitu menerbitkan album Karina tetapi dengan syarat menerbitkan dahulu album debut Zelfa. Ini membuatkan Karina berasa tidak senang. |
5 | 26 Mei 2008 | Karina, Sherina, Imran dan Boy berbincang tentang masa depan Karina. Memandangkan album terbaru Karina baru akan keluar dalam masa 6 bulan, beliau menerima tawaran berlakon. Kejutan berlaku apabila adik Sherina, Angah baru pulang belajar dari Australia, Angah perlu menyiapkan satu lagi filem. |
6 | 28 Mei 2008 | Hubungan Karina dan Imran semakin intim apabila Imran melamar Karina semasa mereka sedang makan malam disebuah restoran. Berita percintaan mereka tersebar luas di media. Sherina sibuk sepanjang hari menerima panggilan daripada media untuk mendapatkan pengesahan kisah cinta Imran dan Karina. |
7 | 30 Mei 2008 | Imran dan Karina buat pertama kalinya menghadiri sebuah parti sebagai tunang sesama mereka, dalam parti tersebut mereka telah bertemu dengan pengarah filem Karina yang akan datang iaitu Hafiz, selepas berbual seketika, Hafiz memperkenalkan Karina gandingan beliau dalam filem mereka nanti iaitu Taufik. |
8 | 2 Jun 2008 | Semasa di studio, Imran telah mengagumkan semua orang termasuk Dato Ross dan Zelfa apabila dia memainkan demo lagu yang akan dinyanyikan oleh Zelfa dalam album debut beliau. Karina yang turut berada disitu inginkan lagu tersebut, namun Dato Ross mengingatkan Karina dan Imran agar bersikap professional. |
9 | 4 Jun 2008 | Tiada siapa dapat menemani Karina semasa hari pertama pengambaran di lokasi. Ditambah pula, Karina berasa kecewa kerana Imran dan Zelfa bekerjasama dengan sangat rapat di studio, di studio, gandingan Imran dan Zelfa tampak seperti akan menjadi satu gandingan yang hebat. |
10 | 6 Jun 2008 | Elly mendapati bahawa dia memerlukan seseorang untuk bekerjasama dalam perniagaan beliau di London, dan dia merasakan bahawa Sherina dan Jennifer merupakan orang yang tepat, Sherina merasa teruja dengan peluang tersebut, dalam masa yang sama, Karina telah memperkenalkan "pembantu baru" beliau. |
11 | 9 Jun 2008 | Zelfa memberitahu Imran betapa cemburunya beliau terhadap bakat yang terdapat dalam diri Karina dan memiliki kekasih seperi Imran. Di lokasi pengambaran, gandingan Karina dan Taufik nampak begitu serasi dan hebat. |
12 | 11 Jun 2008 | Foto romantik Karina dan Taufik tersebar luar di surat khabar dan majalah, Sherina lalu menghubungi Karina untuk mendapatkan jawapan mengenai gambar tersebut. Karina menerangkan bahawa tiada apa yang berlaku diantara beliau dan Taufik namun dia tidak memberitahu Sherina bahawa dia telah keluar clubbing bersama Kamelia dan Sherry. |
13 | 13 Jun 2008 | Kamelia dan Sheryy mempersoalkan Karina mengenai perkahwinan yang terlalu awal. Taufik pula memuji lakonan Karina dalam filem lakonan mereka berdua. Selepas sesi pengambaran yang habis awal Taufik mengajak Karina untuk bersiar-siar. |
14 | 16 Jun 2008 | Gossip Imran keluar bersama Zelfa tersebar luas, ini membuatkan Karina ingin mendapatkan jawapan dari Imran sendiri mengenai gossip tersebut, manakala Sherina mula mengira masa yang sesuai untuk meninggalkan KL dan secara tiba-tiba Karina. |
15 | 18 Jun 2008 | Boy dan Angah mula menyedari yang mereka telah dibayangi oleh bayang-bayang yang mengekori mereka kemana sahaja. Selain itu, untuk menghilangkan kesedihan, Karina keluar ke kelab malam bersama Kamelia dan Sherry. Dalam masa yang sama, Sherina gagal untuk menghubungi Karina, adakah dia mula merasakan sesuatu yang tidak kena? |
16 | 20 Jun 2008 | Dato Ross gembira dengan perkembangan album Zelfa dan menyatakan bahawa Zelfa boleh menjadi lebih baik dari Karina. Sherina juga telah berjumpa dengan Elly dan Sherina terkejut apabila Aziz, cinta pertama dia… |
17 | 23 Jun 2008 | Taufik kurang senang dengan pergaulan Karina dengan Kamelia dan Sherry yang sentiasa keluar berhibur. Sherina kemudiannya berjumpa Karina untuk menasihatinya, namun pertengkaran pula yang berlaku. |
18 | 25 Jun 2008 | Sherina mengadu kekecewaannya terhadap Karina kepada Boy. Manakala semasa majlis pelancaran Album Zelfa, Imran terkejut dengan soalan pemberita yang bertanyakan mengenai kenyataan Karina yang mengatakan bahawa mereka sudah putus tunang. |
19 | 27 Jun 2008 | Imran yang datang untuk bersemuka dengan Karina, terkejut mendapati Karina tidak sedarkan diri dengan Taufik berada disisinya. Dari situ, terjadi satu pertengkaran besar antara Imran dan Karina mengenai hala tuju hubungan mereka. |
20 | 30 Jun 2008 | Sherina dan Jennifer sepakat untuk menukar kerjaya yang memerlukan mereka berpindah ke luar negara. Dalam satu wawancara TV, Taufik menyatakan Karina mempunyai ciri-ciri wanita idamannya. Manakala Angah dan Boy semakin tertekan dengan misteri yang mengekori mereka. |
21 | 2 Julai 2008 | Boy dan Angah tampil mengemukakan bukti kepada pihak polis. Sherina memberitahu Aziz mengenai kerjaya barunya. Manakala Imran nekad bertindak untuk kali terakhir bagi menyelamatkan pertunangannya dengan Karina. |
22 | 4 Julai 2008 | Angah dan Boy telah diculik! Imran yang menyaksikan kejadian tersebut kemudiannya mengejar penculik tersebut, tetapi berlaku pula kemalangan. |
23 | 7 Julai 2008 | Di hospital, pihak polis memberitahu Angah yang penjahat sudah dalam tahanan. Karina dan Sherina pula akhirnya berbincang dari hati ke hati. Doktor kemudiannya datang dengan satu berita buruk. |
24 | 9 Julai 2008 | Hidup Karina sudah lengkap diselubungi tragedi setelah perginya Imran buat selamanya, sehingga dia mengambil keputusan untuk meninggalkan bidang hiburan. Sherina pun berlepas ke UK untuk mengejar impian. |
Musim 3
sunting# | Tarikh keluaran | Ringkasan |
---|---|---|
1 | 20 Oktober 2008 | Enam bulan sudah berlalu setelah Imran meninggal dunia, Karina masih meratapi pemergiannya di samping menjauhkan diri dari persada hiburan semenjak peristiwa tragis itu. Tiba-tiba pula hadirnya seorang kawan lama Karina bernama Hani, menemani Karina yang keseorangan. |
2 | 22 Oktober 2008 | Karina berkali-kali menerima jemputan ke tayangan perdana filem terbaru. Namun dia bingung bagaimana ini boleh berlaku sedangkan dia sudah meminggirkan diri dari persada hiburan. Hani menjelaskan bahawa dialah yang merancangkan semua ini demi mengembalikan Karina ke dalam kerjaya lamanya. |
3 | 24 Oktober 2008 | Tiba-tiba Boy datang ke rumah Karina dengan penampilan sedikit berbeza, tetapi masih mengekalkan sifat "keibuannya." Dalam rumah, Boy bersembang dengan Karina dan Hani sambil menyolek muka Karina. |
4 | 27 Oktober 2008 | Karina menghadiri acara pratayang Cinta Dewa-Dewi, diikuti menghadiri sidang media tersebut lalu tersentak dengan soalan-soalan wartawan. |
5 | 29 Oktober 2008 | Apabila ditanya wartawan, Karina tetap dengan pendiriannya untuk mengundurkan diri dari hiburan. Sementara itu, Sherina dan Jeniifer sudah kembali ke tanah air, lalu dijemput Marcus. |
6 | 31 Oktober 2008 | Karina menjelaskan sebab dia tetap menjauhkan diri dari kerjaya hiburan kepada Boy dan Hani, tetapi mereka berdua tetap tidak setuju dengan tindakannya. |
7 | 3 November 2008 | Sherina rasa bersalah pada Karina dan Karina pula menghadapi masalah kerana Hani akan balik ke Amerika Syarikat kerana ada urusan penting di kampusnya di sana. |
8 | 5 November 2008 | Setelah lama berpisah, Sherina akhirnya berjumpa semula dengan Karina dan Boy. |
9 | 7 November 2008 | Dato' Ross sekali lagi memberi tawaran kepada Karina kerana ada lagu-lagu baru yang khusus untuk dinyanyikannya, termasuk karya tinggalan arwah Imran. Sementara itu, Marcus menahan teksi yang dinaiki Sherina untuk menegaskan rasa cinta kepadanya. |
10 | 10 November 2008 | Peminat-peminat Karina tumpang gembira membaca cerita mengenai kemunculannya di layar perak, tetapi sedih apabila Karina tidak mahu menyanyi lagi. Media juga memperkatakan benda yang sama. Karina masih membuat syarat-syarat apabila dipujuk lagi agar kembali ke persada seni, lalu mencuba beberapa lagu baru yang disediakan Dato' Ross. |
11 | 12 November 2008 | Sherina mendapat hadiah dari Marcus, menandakan berputiknya cinta antara mereka berdua. Pada hari kemudian, Sherina menjelaskan kepada Jennifer sebab mereka kembali ke tanahair. Selepas sesi penggambaran, Taufik pula hendak mengatakan sesuatu kepada Karina. |
12 | 14 November 2008 | Karina mendapat semangat baru untuk merakam album semula setelah mendapat khidmat dari penerbit lagu terkenal bernama Hilda Hamdan, manakala Sherina pula mendapat kejutan baru dari Marcus. |
13 | 17 November 2008 | Karina menghadapi ketegasan Hilda selaku penerbit muzik bertaraf antarabangsa, menyebabkan dirinya sedikit gentar. Lambat-laun Karina berjaya melalui sesi rakaman yang panjang, sementara Zelfa yang mengikuti sesi Karina dari awal berasa tertekan lalu cuba memujuk Dato' Ross agar menyerahkan lagu-lagu yang dirakam Karina kepadanya. |
14 | 19 November 2008 | Dato' Ross menawarkan kontrak baru kepada Karina, tetapi Karina hendak mempertimbangkannya. Zelfa menyerahkan lagu yang dirakam olehnya kepada Dato' Ross dan Sherina pula mendapat sejambak bunga yang ditinggalkan di hadapan pintunya. |
15 | 21 November 2008 | Karina kembali merasai bahang glamor apabila gerombolan wartawan muncul tiba-tiba di lobi hotel. Bell bergegas menjauhkan Karina dari para wartawan ke dalam kereta, dan di dalam kereta berjenaka wartawan. Sementara itu, Sherina membincangkan lamaran Marcus bersama Jennifer. |
16 | 24 November 2008 | Sherina dan Marcus kembali menjalinkan hubungan mereka yang terputus dulu manakala Karina dan Taufik semakin mesra. Taufik pula meluahkan perasaannya terhadap Karina… |
17 | 26 November 2008 | Jennifer, Sherina, Karina dan Boy telah bertemu di sebuah kafe. Zelfa tidak berpuashati dengan Karina kerana kemunculan lagu baru Karina. Sherina pula telah membuat keputusan untuk masa depannya, iaitu hendak menghawini Marcus. |
18 | 28 November 2008 | Dato Ross mengamuk kerana Zelfa dengan tiba-tiba mencelah ketika Dato Ross dan Hilda sedang mendengar lagu Karina, maka Zelfa cuba "bermain" dengan cara "kotor", aiitu cuba menghapuskan salinan utama lagu Karina. Marcus dan Sherina berjumpa ibu Marcus dan masih berdepan dengan kedinginan hati ibunya. Hani pun kembali dari AS dengan mengejut. |
19 | 1 Disember 2008 | Taufik pernah melafazkan hasratnya kepada Karina dan Karina telah membuat keputusannya, iaitu sekadar hendak berkawan dengan Taufik. Rancangan Zelfa memberi rasuah kepada jururakam telah terbongkar dihadapan Dato Ross. |
20 | 3 Disember 2008 | Sherina dan Marcus melangsungkan majlis perkahwinan dengan jayanya. |
Prestasi
suntingMenurut M. Zulkifli, pengurus besar Portal Gaya Hidup dan Rekaan Kandungan Alt Media, Kerana Karina telah mencatatkan 520,000 penonton.[1] Pada Mei 2008, Kerana Karina sudah ada musim keduanya. Di samping itu, kejayaan Kerana Karina mendorong gua.com.my mengeluarkan banyak lagi drama siri Internet termasuk malaysiantalents.com dan Jelma.
Kini, Kerana Karina boleh dimuat turun ke telefon mudah alih 3G melalui perkhidmatan gua mobile. [1]
Rujukan
sunting- ^ M. Zulkifli (2007-12-12). "Kerana Karina - The Party!". Check date values in:
|date=
(bantuan)
Pautan luar
sunting- Laman web rasmi Kerana Karina (musim 2) — Setiap episod boleh ditonton di sini
- Pelancaran Kerana Karina.[pautan mati kekal]