Kerajaan Yunani
Kerajaan Yunani (Bahasa Yunani Tulen: Βασίλειον τῆς Ἑλλάδος Basilion tis Ellados) ditubuhkan tahun 1832 menggantikan Republik Yunani Pertama. Ia diiktiraf melalui pemeteraian Perjanjian Constantinople tahun sama menjamin kemerdekaan Yunani daripada genggaman Empayar Uthmaniyah selepas empat abad.
Kerajaan Yunani Βασίλειον τῆς Ἑλλάδος | |||||
---|---|---|---|---|---|
1832–1924 1924–1935: Republik 1935–1941 1941–1944: Kerajaan buangan 1944–1973a | |||||
| |||||
Cogan kata:
| |||||
Lagu kebangsaan: Ὕμνος εἰς τὴν Ἐλευθερίαν "Gita Kebebasan" | |||||
Ibu negara | |||||
Bahasa rasmi | Bahasa Yunanib | ||||
Agama | Ortodoks Timur | ||||
Kerajaan |
| ||||
[Raja Yunani | |||||
• 1832–1862 (first) | Othon | ||||
• 1964–1973 (last) | Konstantinos II | ||||
Perdana Menteri | |||||
• 1833 (first) | Spyridon Trikoupis | ||||
• 1967–1973 (last) | Georgios Papadopoulos | ||||
Badan perundangan | Parlimen | ||||
Era Sejarah | Moden | ||||
30 August 1832 | |||||
3 September 1843 | |||||
April-May 1897 | |||||
28 August 1909 | |||||
1912–1913 | |||||
1915–1917 | |||||
1919–1922 | |||||
1924–1935 | |||||
1936–1941 | |||||
1941–1944 | |||||
1943–1949 | |||||
25 October 1945 | |||||
• [junta tentera Yunani 1967–1974 | 27 April 1967 | ||||
1 Jun 1973 | |||||
Keluasan | |||||
1838 | 47,516 km2 (18,346 bt2) | ||||
1920 | 173,779 km2 (67,096 bt2) | ||||
1973 | 131,990 km2 (50,960 bt2) | ||||
Populasi | |||||
• 1838 | 752,077 | ||||
• 1971 | 8,768,372 | ||||
Mata wang | Drakhma (₯) | ||||
Sekarang sebahagian dari | |||||
|
Ia pernah dibubarkan suatu pemerintahan republikan tahun 1924 berikutan kekalahan dalam Kempen Asia Kecil ditumpaskan Turki, namun suatu rampasan kuasa tentera 1935 telah mengembalikan takhta diraja Yunani. Ia ditamatkan buat kaii terakhirnya pada 1974 berikutan suatu referendum republik Yunani 1974 berikutan suatu junta tentera yang bertahan selama enam tahun .
Duluan
suntingSelepas Perang Kemerdekaan
suntingYunani berjaya menumpaskan kekuasaan Empayar Uthmaniyah dengan bantuan kuasa-kuasa British, Perancis dan Rusia melalui suatu pertempuran muktamad di Navarino. Ha ini mendorong kepada suatu gencatan senjata dengan suatu Perjanjian London. Protokol-protokol pada 1828 dan 1830 menjaminkan Yunani mampu berpemerintahan sendiri.
Pembunuhan Ioannis Kapodistrias
suntingSemasa Republik Yunani Pertama, Gabenor (Κυβερνήτης ) Ioannis Kapodistrias bertelagah dengan seorang seperjuangannya yang juga senat bernama Petrobey Mavromichalis; Ioannis mahukan pegawai dilantik dalam kalangan orang politik berkelayakan manakala Petrobey mahukan semua wakil negeri Yunani dilantik dalam kalangan puak-puak yang taat setia dalam perjuangan kemerdekaan.
Seorang abangnya Petrobey, Tzanis, melaksanakan suatu pemberontakan ke atas gabenor Lakonia. Atas sebab ini, dua-dua Tzanis dan Petrobey ditahan Ioannis. Keadaan ini dianggap mencalar maruah keluargga Mavromichalis, maka seorang adiknya Konstantinos dan anaknya Giorgios bersumpah membalas dendam. Ioannis ditikam dan ditembak mati[1] selepas dikepung segerombolan pimpinan Konstantinos ketika dalam perjalanannya ke gereja Santo Spyridon di Nauplio pada 27 September 1831.[1]
Adik Ioannis, Augustinos, menggantikan beliau sebagai Gabenor. Keadaan politik Yunani semakin lama semakin tidak stabil lalu para pemimpin sepakat menjadikan Yunani suatu negara beraja demi meraih perhatian sekutu serantau lebih kuat.