Jata Negara Uthmaniyah

Setiap sultan Empayar Uthmaniyah mempunyai monogramnya yang tersendiri yang dipanggil tughra yang berfungsi sebagai jata atau lambang negara. Jata negara yang moden diinspirasikan oleh jata negara milik kuasa Eropah seperti Jata Negara British dicipta pada kurun ke-19. Bentuk terakhir jata negara Uthmaniyah dipersetujui oleh Sultan Abdul Hamid II pada 17 April 1882. Ia juga termasuk dua bendera: bendera Anatolia dan eyalet-eyalet Asia yang lain[1] yang mempunyai sebuah bulan sabit dan bintang dengan asas berwarna merah dan bendera Rumelia[1] yang mempunyai tiga buah bulan sabit dengan asas berwarna hijau.

Jata Empayar Uthmaniyah
Butiran
JenisJata negara Sunting nilai ini di Wikidata
Pemegang/
pembawa
Sultan Abdul Hamid II
Diterima pakai1882
GencanaTughra
KegunaanDinasti Uthmaniyah
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sesetengah elemen grafik jata negara Uthmaniyah seperti bujur ditengahnya serta bulan sabit terbaliknya dan bintang adalah diedit semula di dalam jata negara Republik Turki yang ada sekarang.

Lihat juga

sunting

Nota dan rujukan

sunting