Inggeris-Saxon
Anglo-Saxon ialah istilah yang lazimnya digunakan untuk merujuk kepada puak Jermanik yang menguasai selatan dan timur Great Britain daripada awal abad ke-5 M, dan pengasasan negara England, hingga penaklukan Norman pada 1066.[1] Budaya dan sosial Anglo-Saxon berbeza dengan negara-negara di daratan Eropah Barat lainnya.
Bahasa mereka, bahasa Inggeris Kuno berpunca daripada dialek Jermanik Barat "Ingvaeonik" dan bertukar menjadi bahasa Inggeris Pertengahan daripada abad ke-11.