Ikatan logam melibatkan daya tarikan elektrostatik di antara elektron dinyahsetempatkan (dipanggil elektron pengaliran) yang dikumpulkan di dalam satu lautan elektron dan ion logam bercas positif. Difahami sebagai perkongsian elektron "bebas" di kalangan satu kekisi ion bercas positif (kation), ikatan logam biasanya dibandingkan dengan ikatan di dalam garam lebur. Namun, pandangan ini hanya tepat untuk beberapa jenis logam sahaja. Dalam pandangan yang lebih ke arah mekanik kuantum, elektron pengaliran membahagikan kepadatan mereka di antara semua atom yang berfungsi sebagai entiti neutral (tidak bercas). Ikatan logam memainkan peranan dalam pelbagai ciri fizikal yang dimiliki oleh sesuatu logam seperti kekuatan, kebolehtempaan, kemuluran, keberaliran haba dan elektrik, kelegapan dan kilauan.

Walaupun istilah "ikatan logam" lebih kerap digunakan menggantikan "ikatan kovalen", penggunaan pengikatan logam (metallic bonding) adalah lebih digalakkan, kerana jenis ikatan ini bersifat kolektif dalam alam semula jadi, dan satu "ikatan logam" tunggal tidak wujud. Tidak semua logam memiliki pengikatan logam: salah satu contoh ialah ion merkurus (Hg2+
2
) yang membentuk ikatan kovalen logam-logam.



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.